part 6

94 1 0
                                    

Badrul sudah berada di restoran makanan seafood menunggu ketibaan tunangnya,Dayana.

“sorry i’m late again” suara Dayana membuatkan Badrul mengambil sesuatu di dalam beg sandangnya.

“nah baca ni” Badrul menghulurkan fail hijau membuatkan Dayana terkejut.

“come on la beb, takkan la nak bincang hal ni kat sini”Dayana merungut dengan menarik muka ketat.

“baca lah” fail di tangan Badrul masih tidak dihiraukan oleh Dayana.
Badrul melepaskan keluhan kerana Dayana enggan mengambil fail ditangannya.

“macam ni jelah, biar aku bagitahu kau. Dalam wasiat ni arwah atuk aku paksa kita khawin sebab apa kau tahu tak, sebab dulu nenek kau dengan atuk aku rancang nak berkhawin tapi keluarga nenek kau paksa nenek kau kawin dengan atuk kau yang sekarang menyebabkan arwah atuk aku tidak dapat berkhawin dengan nenek kau”nada tegas dikeluarkan oleh Badrul.

“tak payah nak explain la, aku dah tahu dari awal. Disebabkan arwah atuk kau tidak dapat khawin dengan nenek aku maka tercipta lah wasiat mengarut ni kan akhirnya aku bertunang dengan kau and kau nak suruh aku khawin orang macam kau, so nonsense” Dayana menggunakan nada suara yang tinggi menyebabkan semua orang di restoran tersebut memandang mereka berdua.

“aku tetap nak laksanakan tugas wasiat ni iaitu khawin dengan kau”jelas Badrul dengan nada bersahaja sambil menyandarkan badannya dengan memeluk tubuhnya di kerusi tersebut.

Dayana mengetap giginya kerana terlalu geram.

“habis tu kau panggil aku ke sini sebab pasal wasiat ni ke?”pertanyaan Dayana menyebabkan Badrul tersenyum sinis kepadanya.

“memang sebab esok aku dah nak pergi 2 minggu ke korea untuk settle hal syarikat kami kat sana and disebabkan aku takda masa nak discuss pasal ni so aku terpaksa lah cakap pasal hal ni harini tapi kan aku nak keputusan kau pada sekarang”Badrul segera mengeluarkan cincin dari poketnya lalu memberikan kepada Dayana.

Dayana terpaku atas tindakan Badrul memberinya cincin,

“kau tahu tak yang aku takkan khawin atas dasar wasiat tu and aku pun sebenarnya tak ada apa-apa perasaan kat kau” jelas Dayana dengan nada yang perlahan dan matanya hampir menangis.

Badrul terus memandang wajah Dayana dan terus ketawa sinis.

“kau ingat aku suka dekat kau , aku just nak tunaikan amanat wasiat arwah atuk ni je and atas  sebab lain aku kesian tengok mama aku yang nak sangat menantukan engkau dan dah lama family kita rancang semua ni kan lagipun kita dah berkawan dari kecil so senanglah nanti sebab kau dah kenal aku camne and aku dah kenal kai”setiap lontaran percakapan Badrul menyebabkan Dayana dalam keadaan gelisah dan serba salah.

Dayana terus mengangkat kaki untuk beredar dari situ tapi langkahnya terhenti apabila Badrul menyuarakan dirinya

“tiada guna kau lari dan aku nak kau fikir balik apa aku cakap sebab takkan kau nak biarkan hasrat family aku dan kau tidak tercapai” sindiran pedas diberi oleh Badrul.

Dayana terus memanjangkan langkahnya untuk beredar dari situ.

Kelibat Dayana sudah jauh dari pandangan Badrul,

“memang aku boleh cakap yang aku tak sukakan kau tapi sebenarnya aku tak boleh cakap yang aku tak cintakan kau sebab aku dah lama cintakan kau”ngomel Badrul sendirian.

Setiba dayana di dalam perut kereta myvi berwarna ungu miliknya,Dayana terus memecut laju pulang ke rumahnya.

“ada patut dia cakap macam tu? Dia ni ingat perkhawinan ni memain ke?”bebel Dayana semasa dalam perjalanan pulang. 

Bunyi deringan lagu doraemon di henfonnya menunjukkan panggilan masuk dan tertera nama kawan baiknya, Ida.

“Assalamualaikum Ida, ada apa?” dayanwa menanyakan Ida kerana merasakan pelik apabila kawannya menelefon pada waktu sebegini.

“tadi ada seorang datin datang dia cari kau tapi aku cakap kau keluar dengan tunang kau lepastu dia cakap nanti dia datang balik”jelas Ida.

“datin mana pulak cari aku pada pukul 9:45 malam ni?” jawab Dayana sambil mengerling jam tangannya.

“tak apa la nanti kalau dia datang , kau jumpalah dia. Jangan lupa jemput Farah”pesanan Ida mengejutkan Dayana.

“Ya Allah,lupa la pasal Farah. Okey aku nak pergi jemput dia kejap”jelas Dayana dan terus mematikan panggilan dari Ida.

•••

Farah kelihatan gelisah kerana dengan tetiba lampu ofisnya blackout,

“alamak,maa tolong kak ngah”jerit Farah dalam ketakutan.
Dalam fikirannya pelbagai yang muncul dan menyebabkan Farah separuh menangis kerana dia mengetahui tiada siapa di dalam bangunan ofis tersebut.

“dah la telefon aku dah habis bateri, macam mana ni” nada Farah dalam ketakutan.

“security guard mana ni? Takkan dia yang matikan suis lampu tapi biasanya lampu bangunan ni sentiasa dibuka”ngomel Farah lagi.

Dari sudut yang jauh, Eddy sengaja mem'blackout’kan bangunan tersebut kerana ingin membalas dendam kepada FarAh yang memanggilnya 'mr workholic’.

“serve you right”dengan  nada yang perlahan berbaur dengan ketawa.

Setelah puas mengusik Farah,Eddy masih tidak berpuas hati mengusiknya. Eddy memakai jubah putih yang baru diambil daripada dobi.

“heeheehee”Eddy menggunakan nada mengilai seperti langsuir untuk menakutkan Farah dan muncul dihadapan Farah dari jauh.

“maa, hantu langsuir jantan”teriak Farah apabila terdengar suara Eddy yang suaranya yang sah-sah agak garau itu tetapi Farah masih tidak dapat meneka bahawa itu suara milik bosnya kerana dalam ketakutan.

Apabila dayana terdengar bergegas dia menuju ke arah Farah sambil membuka suis lampu,

“Farah,are you okey?”suara Dayana melegakan Farah yang dalam ketakutan.

“Dayana nasib baik kau datang”teriak Farah yang matanya agak berair akibat ketakutan.

Dayana pelik akan tingkah laku Farah,

“dah la jom balik” Dayana mengajak Farah kerana melihat Farah seperti dalam ketakutan.

Dari bawah meja Eddy menyembunyikan diri apabila melihat kawan baiknya, Dayana menolong Farah menyebabkan Eddy terharu akan tindakan Dayana yang prihatin pada Farah itu.

“you are the good girl Dayana”ngomel Eddy di dalam hati.

Semasa dalam perjalanan pulang, Farah hanya mendiamkan diri dan Dayana tidak mahu menggangu emosi kawannya yang mudah meletup sehingga sampai ke rumah tersebut. Dayana menekan loceng rumah berkali-kali dan akhirnya muncul kelibat Fatin membuka pintu tersebut. Fatin melihat muka farah seperti kelihatan agak pucat.

“Farah,okey tak ni?”Fatin menanyakan Farah sebaik sahaja Farah melangkah masuk ke dalam rumah.

Farah hanya menggelengkan kepalanya dan terus menuju ke dalam bilik tidur.

“kenapa dengan Farah, Dayana?”pertanyaan Najah mengejutkan Dayana yang sedang menguncikan pintu rumah.

“aku sendiri tak berani tanya. Dah la aku nak pergi mandi kejap”jawab Dayana dengan ringkas.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now