part 13

85 2 0
                                    

3 hari kemudian...

Suasana kelam kabut di pagi hari membuat Farah, Ida , Sipah dan Fatin tidak sempat untuk bersarapan pagi kerana terlebih terlelap selepas semayang solat subuh kerana kepenatan dek tiba pada pukul 3 pagi dari kampung.

“korang kalau tak makan nanti perut masuk angin and bila masuk angin nanti tak selesa nak bekerja” bebel Dayana.

Dayana dan Najah bekerja di shif petang membuatkan mereka boleh berehat di pagi hari.

“tak payah membebel lah mak cik hoi, kami sudah lewat ni” bebel pula Ida kepada Dayana membuatkan Dayana tersenyum sumbing.

“pagi-pagi tak payah gaduh, tak masuk rezeki” tambah pula bebelan oleh Fatin.

“kau buat speckulasi mana ni Fatin” tanya Najah kepada Fatin.

Fatin hanya mengangkat bahunya tanda dia sendiri tidak tahu.

“cepatlah lewat dah ni” teriakan Sipah membuat suasana bertambah kelam kabut terutamanya Fatin.

Setelah mereka berangkat pergi ke tempat kerja meninggalkan Dayana dan Najah.

Najah menjeling ke arah Dayana.

“kau ni isteri jenis apa tak pergi tinggal dekat rumah suami” bebel Najah membuatkan Dayana menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“bukan aku tak nak tapi malas nak bergaduh dengan suami nanti dapat dosa kering sebab selalu bergaduh dengan suami kan” tempelak Dayana menggunakan nada suara manja.

“heleh, kalau tak jaga pakaian and makanan suami juga dapat dosa kering apatah lagi keluar rumah tak bagitahu suami” sinis Najah sambil tersenyum.

Dayana pergi memasuki ruang dapur, tiba-tiba telefon Dayana berbunyi menandakan mesej masuk.

Najah mengambil telefon Dayana tanpa kebenaran dan terbaca mesej tersebut daripada Badrul.

Aku nak kau bekerja sebagai PA aku and berhenti menjadi nurse. Ini arahan mama dan papa aku. Aku nak kau hantar notis 24jam kepada pihak hospital dan lusa kau bekerja dengan aku. TITIK!!

Mesej tersebut mengejutkan Najah.

“Dayana” jerit Najah yang hampir menangis.

Sebaik sahaja Dayana keluar daripada dapur, Dayana melihat Najah seperti ingin menangis.

“makin lama makin hairan aku dengan kau Najah hoi” cebik Dayana sambil tersenyum.

“baca ni” Najah menghampiri Dayana yang berada di meja makan sambil menghulurkan henfon kepadanya.

“terpaksalah kena ikut cakap suami and lepas aku resign nanti confirm kau yang akan jaga mak cik bilik kenanga tu dan dapatlah kau berjumpa dengan seseorang kan” usik Dayana membuatkan Najah menarik muka.

“nanti aku pergi kerja sorang-sorang” beritahu Najah yang separuh menjerit.

Dayana hanya mengarukan kepalanya yang tidak gatal.

“entahlah Najah” dayana mengangkat bahu tanda tidak tahu apa dia mahu lakukan untuk Najah.

•••

Di pejabat Mergah Holding, Eddy ditelefon oleh Syarikat milik keluarga Badrul iaitu Syarikat  yang menerajui The Majestic Hotel bertaraf 4 bintang yang berkerjasama dengan Korea-Malaysia serta merupakan syarikat terbesar dan syarikat Mergah Holding di bawah naungannya.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now