part 14

83 2 0
                                    

Seminggu kemudian...

Ida, Fatin dan Sipah keluar pergi shopping mall semasa hari hujung minggu.

Farah masih berada di kampung dan Najah mengambil kerja overtime serta Dayana berada di rumah Badrul tidak dapat mengikuti mereka untuk shopping bersama di Star Mall.

“Ida dan Sipah, jomlah makan dulu. Lapar ni” rungut Fatin sambil memandang ke arah restoran yang berada di situ.

“Fatin always hungry”  beritahu Sipah membuatkan mereka ketawa.

Setibanya di restoran tersebut, Ida terserempak dengan Izz Haikal dan terus mengajaknya makan bersama kerana Izz Haikal dan Ida sudah menjadi kawan baik.

“biar aku order makanan” jelas Fatin sambil menuju ke arah kuanter memesan makanan.

Semasa Fatin beratur untuk memesan makanan, seorang lelaki menegur Fatin.

“Nur Fatiah” lelaki tersebut menyapanya.

“hmm, Naim Azmi yang dari tweeter kan” tanya Fatin kepada lelaki tersebut untuk mendapat kepastian.

“tak sangka boleh berjumpa dekat sini kan” jelas Naim Azmi sambil tersenyum.

“saya pun tak sangka dapat jumpa kawan tweeter” jelas Fatin sambil tersenyum.

“biar saya pesan untuk awak” Naim Azmi menawarkan pertolongannya kepada Fatin.

“takpe biar saya order sendiri” Fatin menolak pertolongan dari Naim Azmi.

“datang dengan siapa, dengan husband eh” pertanyaan Naim Azmi membuatkan Fatin terketawa .

“tak, saya datang dengan diorang lagipun saya masih tak khawin lagi” jelas Fatin sambil menunjukkan ke arah meja yang diduduki oleh kawan-kawannya.

“oh I see” beritahu Naim Azmi sambil tersenyum.

“awak pula datang dengan siapa” tanya Fatin.

“seorang je sebab saya pun tak khawin juga lagi” jawab Naim Azmi dengan selamba.

“kalau macam tu marilah join kitaorang makan sekali” beritahu Fatin membuatkan mata Naim Azmi terus bersinar.

“kawan-kawan awak tak kisah ke saya makan sekali” tanya Naim Azmi.

“of course not” jelas Fatin membuatkan Naim Azmi tersenyum meleret hingga ke telinga.

Setelah selesai memesan makanan, Fatin terus membawa makanan tersebut ke arah kawan-kawannya dan Naim Azmi mengekori Fatin daripada belakang.

“guys, ni Naim Azmi kawan dari tweeter aku” jelas Fatin yang memperkenalkan Naim Azmi kepada kawannya.

“pandainya kau” usik Sipah membuatkan Fatin memukulnya dengan manja.

Apabila melihat kehadiran Naim Azmi, Izz Haikal terus berdiri dan bersalaman dengan Naim sambil memperkenalkan diri masing-mmasing.

“handsome juga boyfriend kau Fatin” bisik Ida membuatkan Fatin membulatkan matanya.

“such the nonsense” bebel Fatin.

“kau pun apa kurangnya Ida” usik Sipah membuatkan mereka ketawa.

Sewaktu Izz Haikal ingin menyuap makanan ke mulutnya, dia hampir tersedak akibat Ida menyebut perkataan GYM.

“tomorrow aku nak pergi gym, korang nak join tak?” tanya Ida sambil menyuap makanan ke mulutnya dengan selamba  tanpa memperdulikan reaksi wajah kawan-kawannya bagaikan terkejut apabila Ida mengajaknya pergi gym.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now