Bab 30

15 1 0
                                    

Menangis memeluk cium puan Khadijah yang terlantar di hospital akibat kena serangan jantung itu. Zahril dan tuan Rashid hanya memerhati dua beranak itu berpelukan.

Tuan Rashid faham akan perasaan isterinya yang amat ia sayangi pada anak bongsunya itu. Zahril tersenyum manis melihat ibunya gembira kerana Alanaa sudah ada didepan matanya tanpa luka.

Zahril berjalan keluar dari wad untuk berjumpa kawan-kawanya yang berada di luar bilik wad tersebut. Dia berjabat tangan dengan mereka berempat kerana sudah menolongnya mencari Alanaa.

"Haaa ril. Macam biasa ahhh lanje kami muehehehe". Gelak besar sambil menyiku lengan Syawal.

"Ish ape kau ni fiz. Tolong tak ikhlas eh kau ni". Sambil mencubit lengan Nafiz.

Nafiz membuat muka perit dicubit.

"Hahahaha.. haih boleh je ape salahnya lanje korang semua. Korang kan kawan baik aku".

Berbunga-bunga hati Nafiz terdengar kata-kata Zahril yang membelanya. Jalan dekat pada Zahril lalu memeluk lengan Zahril dengan membuat muka manja.

"Ye ke ni.."

"Hahahaha iye fiz. Dah tak payah mengade sangat menempil macam tu kat aku. Cukup adik aku dan bakal bini aku je boleh buat macam tu".

Nafiz menjelingkan matanya ke atas. Menyampah.

Mereka berempat bergelak tawa dengan reaksi Nafiz yang sebergitu.

"Eleh.. sape bakal kau tu ?? Haa ??"

"Ade lah". Jawab Zahril bersahaja.

Khairi dan Syazwi berpandangan sesama mereka seakan pikiran mereka meneka nama seseorang itu. Tidak mungkin gadis itu.

Dalam sejam lebih mereka di hospital satu per satu daripada mereka pulang ke rumah dan tinggal lah Syazwi sahaja disitu yang menemani Zahril di luar.

Syazwi datang membawa botol mineral lalu hulurkan pada Zahril.

"Kau still pikir pasal perempuan tu ke ril?". Teka Syazwi.

"Kalau aku cakap ye. Kenapa?"

"Haih... Aku tak kesah tapi kau tau kan dia dah kawen dengan mamat yang tak berapa haaa kau faham-faham lah".

"Aku tau. Tu sebab aku........"

"Aku ape?"

Lama diam Zahril ingin membuka mulut tiba-tiba Alanaa sampai menghampiri mereka berdua.

"Bual ape tu". Sapa Alanaa.

"Eh adik. Tak ade ape pun, Bual kosong je ni". Balas Zahril.

Syazwi diam sahaja hanya melihat riaksi si Zahril.

"Oooooooo oky. Abang jom lah balik, adik ngantok tapi nak teman mama kat sini".

"Baikk... Tapi adik tak penat ke? Kan baru je balik dari cari adik tau"

"It's oky.. but please". Rayu Alanaa sambil membuat mata kuyu.

"Fine. Tapi tunggu abang bawakan baju ye.. dah pergi masuk balik ok"

Alanaa tersenyum riang kerana Zahril mengalah dan memberikan sahaja Alanaa temani ibunya di hospital.

Perbualan Zahril dan Syazwi terputus begitu sahaja selepas Alanaa masuk semula ke wad bilik ibunya.











Berjalan terhuyun hayang akhirnya sampai juga walaupun lutut dan bahagian betisnya terluka akibat terjatuh. Salah dirinya juga kerana minum terlampau banyak.

Hati berasa tidak senang kerana merasakan Zahril sudah ade dirumah ini. Mampus lah aku Kali ni. Bisik hatinya.

Melihat kiri dan kanan tiada. Selamat!. Berjalan terus pergi ke arah tangga.

Pap!!

"Haaa aku dah agak dah.." latang suara Zahril yang berada dibelakang Razz.

"Kau minum arak kan?!?"

Diam dan gelengkan kepala seperti tidak.

"Aku Tanya ni??"

Diam dan masih gelengkan kepalanya. Tidak mahu mengaku kesalahannya itu.

"Ooo kau nak diam macam ni sampai subuh aku tak kisah. Tapi kau duduk luar lah ye..."

Dengar ugutan Zahril begitu terus Razz menggelengkan kepalanya berkali. Lalu meminta maaf dan perlahan-lahan air matanya mengalir.

Zahril kebingunggan sekejap. Dah kenapa menangis pulak. Bisik hati kecilnya.

"Haih. Dah pergi naik lah Razz, lepastu solat isyak dan terus pergi tidur." Tegas kedengaran suara Zahril.

Razz kaku tak bergerak tetapi ia memeluk Zahril. Zahril diam tetapi seakan faham ape dan kenapa Razz seperti ini. Lalu membalas pelukan Razz.

Beberapa jam sudah berlalu, Razz masih dibelenggu dengan perasaannya sendiri.

Termenung dan terus termenung sampai pikirannya melayang mengingati Alanaa.

"Asal kau jugak yang aku ingat naa.."

Dia berjalan masuk semula ke biliknya dan menutup pintu balkoni itu. Lalu merebahkan diri ke katil besarnya itu dan mencapai telefonnya. Membuka aplikasi TikTok, tidak tahu kenapa banyak video-video yang lalu di screen telefonnya tentang cinta dan ilmu agama.















Zahril gelisah pagi ini kerana Alanaa mengatakan bahawa ingin kerumahnya pada petang ini. Dia tidak kesahkan Hal itu kerana yang ia risaukan keberadaan Razz dirumahnya tanpa sesiapa tahu.

Bingung juga ingin mereka ayat atau alasan supaya Alanaa tidak kemari ke rumahnya ini.

"Aduhh.. macam mana ni"

Beberapa minit sibuk memikirkan cara dan alasan dalam masa yang sama hairan Razz masih tidak bangun lagi. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11:30 pagi.

"Yang sorang tu tak nak bangun ke ape??" Garu kepala yang tidak gatal.

Geram punya pasal Zahril lari terus ke bilik Razz. Ingin membuka pintu tetapi berkunci pula. "Haihhh..". Terkial-kial mencari kunci pendua di laci biliknya. Haaa jumpa pun sambil tersenyum jahat. Pergi semula ke pintu bilik Razz dan masukan kunci ke lubang kunci bilik tersebut akhirnya terbuka juga.

Terlihat Razz masih terbongkang di atas katil besar itu dengan lenanya.

"Adoii lah nak jadi ape budak ni sorang... Haih dah macam kau tanggung jawab aku dah jadi abang angkat tak berbayar kau Razz". Mengeluh kecik Zahril dibuatnya.

Tiba-tiba idea jahatnya timbul dibenak pikirannya. Zahril terkebil-kebil mencari sesuatu di dalam bilik itu dan terjumpa yassin.

"Haaa Razz, kau tak nak bangun sangat kan...meh sini aku bacakan ini untuk kau". Sambil ketawa.

Ambik telefon dan mendail nombor seseorang. Dalam 25 minit tiba sesorang yang dinantikan Zahril.

"Haa weh sapa meninggal weh?". Tanya mereka dengan cemas.

Tersenyum senget geranggan yang datang itu bukan seorang tetapi Dua orang.








Happy reading 🥰

Maaf kalau ade cara penulisan saya agak down dan bosan ye. Jgn Lupa rate ye tq 🤍

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now