Bab 23

21 3 6
                                    

Tiada hala tuju kemana ingin pergi. Duduk di taman sebentar kerana penat berjalan seperti orang pelarian tapi memang pelarian pun kerana rumahnya pun dihalau bapa sendiri. Haih.

Bingkas Razz bangun dan membuka telefonnya tetapi tidak boleh kerana bateri telefonnya sudah habis. Baru ingat nak Telefon Amir supaya mengambilnya. Nak tak nak kene lah dia berjalan semula. Mengambil masa dalam 2 atau 3 jam juga dibuatnya. Penat dan menyesal kerana tidak memberitahu awal-awal kepada Amir untuk mengambilnya. Silap dirinya juga kerana sibuk dengan emosinya.

Tidak lama selepas itu, Razz akhirnya sampai juga di rumah Amir. Dia menggunakan pintu kecil disebelah pagar besar itu untuk masuk ke dalam kawasan rumah Amir. Elok sahaja jalan masuk, Razz terlihat Ade kereta lain selain kereta Amir. Dia rase seperti kenal siapa empunya kereta tersebut. "Ni bukan ke kereta Dee?" buatkan dirinya tertanya-tanya. Tidak berbuang masa Razz pun berjalan laju sedikit masuk ke pintu, nasibnya bertuah kerana pintu utama tidak berkunci lalu Razz membuka perlahan-lahan.

Razz melihat sekeliling dengan berjalan perlahan mengamati setiap ruang takut-takut ade sesuatu. Tiba-tiba, Razz terdengar sesuatu dari tingkat atas. Tanpa berbasa basi Razz berjalan menuju ke tingkat atas dimana terdengarnya suara-suara itu. Kerana ia amat kenal dengan suara itu. Hatinya sudah merasakan tidak sedap sewaktu menaiki tangga ini.









Amir dan Dee sedang berasmara dana dibilik. Seronok melakukan hubungan terlarang itu kerana meraikan hari mereka berjaya menghapuskan Syakir. Dalam tak sedar mereka juga Lupa untuk menutup pintu dengan rapat.

Razz yang sudah sampai dimuka pintu mendengarkan segala ape yang mereka bualkan dibilik sambil melakukan hubungan. Alangkah terkejutnya Razz mendengarkan semua yang terjadi dan pergaduhannya dengan Syakir puncanya kawan baiknya sendiri yang ia percaya dan rapat sejak sekolah rendah lagi dan juga Dee. Bukan itu juga, dia tidak percaya yang mereka berduaan dan melakukan perkara terkutuk tu. Razz menekup mulutnya bagi tiada suara keluar. Sewaktu dia bersama dengan Dee tidak pernah lagi Razz melakukan hubungan itu Dia hanya mencium dan peluk sahaja tak lebih dari itu. Dia tidak percaya dengan ape yang dia lihat dan dengar.

Razz menyandarkan tubuhnya didinding. Otaknya serabut, hatinya sakit seperti di toreh-toreh sedalam-dalamnya. Dia bangun lalu menendang pintu tu dengan kuat.

Amir dan juga Dee terkejut melihat Razz sudah pulang kini sudah ade depan matanya. Amir menelan kesat air liurnya. Dia Cuba berlagak tenang.

"Eh weh.. erkk asal tak mesej aku yang kau otw balik" sapa Amir.

"Kenapa? Kalau aku bagitau kau. Mesti kau tak Ade peluangkan nak bermain dengan perempuan sial ni kan!" Tengking Razz sambil menunding jarinya pada Dee.

Amir dan Dee saling berpandangan lalu Dee mengumir senyuman lebar pergi ke arah Razz.

"Sial atau tak. You lagi sial, bodoh, bebal dan paling kesian miskin" katanya sambil ketawa.

"You yang memudahkan kerja kami".

Amir tak teragak Dee terus mengaku lalu Amir juga turut menjawab.

"Haah. Thanks Doo, kalau tak disebabkan kau lah aku tak kan dapat Dee dan rase dia" kata Amir sambil basahkan bibirnya dengan lidah.

Razz geram lalu menumbuk muka Amir tepat di bahagian mata kanan Amir.

"Sial punya kawan!" Jerit Razz.

"Selama ni aku anggap kau kawan aku! Aku anggap kau abang, kau lah adik, kau lah keluarga dan kau lah semua sial!!"

"Ape Salah aku pada kau bodoh! Sampai kau sanggup buat aku dan Syakir macam ni!!".

Amir menolak badan Razz sehingga badan Razz beranjak jauh sikit.

"Sebab kau rampas Dee dari aku, bodoh!" Tempik Amir.

"Aku yang sukakan Dee dulu bukan kau!"

"Aku ingat, aku akan lupakan Dee sebab aku dapat tahu dia Ade buah hati tapi aku tak sangka orang yang dia suka tu kau!".

"Disebabkan seorang perempuan. Kau sanggup buatkan hubungan kawan baik aku dengan Syakir putus. Dan persahabatan kita ni sia-sia je semata-mata sebab perempuan sial ni ke, MUHAMMAD AMIR!!" Jawab Razz dengan geram matanya sudah merah menahan tangisan.

"Aku Tanya ni! Jawab lah!"

Amir hanya diam membatu sahaja ape yang Razz katakan padanya. Dee yang berada disitu seperti tidak wujud, geram kerana dirasakan bgitu lalu ia bergerak dan menampar pipi Razz. Tersentak sekejap Razz.

"You yang bodoh sebab bersama dengan perempuan sial ni kan. Lagipun memang patut pun kita putus kan Razz" terang Dee.

"Ye lah tengok lah diri you tu. Dah lah miskin, kerja dah lah cuci pinggan dengan grab. Lepastu cincin yang you bagi kat I tu pun murah"

Lalu menunjukkan jarinya. Yang tersarung cincin baru yang dihiasi permata berlian.

"Ni baru betul dikatakan cincin. You bukan level I untuk bersama. Ye lah kalau tak, malu lah I sebab nanti kahwin dengan orang MISKIN".

Razz diam dan mengenggam kedua tangannya seperti penumbuk. Beberapa minit lepas tu Amir buka mulut semula.

"Dah. Kau dengan aku bukan lagi kawan Razz. Dan sekarang ni keluar dari rumah aku, Razz" kata Amir.

"Buat kecoh dekat bilik aku, ganggu aku dengan Dee lagi. Kau Ade rumah kan? So get out of here".

Kata-kata Amir sungguh tidak beri kemanusiaan langsung pada Razz. Razz juga malas bertumbuk lebih sebab membuang masenya berlawan dengan budak terencat macam ni dan juga malas nak melihat pasangan bodohnya itu. Lalu Razz pun pergi ambil barangnya dan berambus keluar. Amir mengikutnya dari belakang sambil tangan kanannya menyentuh mata kanannya yang ditumbuk oleh Razz. Sampai sahaja dibawah lalu Amir menghempas kuat pintu rumahnya.

Amir berdecit kecil kerana sakit matanya ditumbuk tadi. Dee yang turun kebawah pergi ke dapur mengambil kain lalu merendamkannya ke dalam air suam dan diperahkan. Dee meletakkan kain lembap itu ke mata Amir. Tak pasal dapat eyeshadow warna biru.











Razz berjalan pergi menuju ke rumahnya. Melihat semua lampu sudah tutup mungkin ayahnya sudah tidur tetapi dia hanya singgah untuk melihat sahaja. Dia pergi ke pintu lalu meninggalkan sedikit duit yang diselitkn bawah pintu. Lalu Razz pergi membawa diri.

Jalannya seorang diri dengan menangis. Jalannya seakan orang mabuk. Dia tidak tahu nak kemana. Dia buntu.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Razz cepat-cepat berlari ke bawah bangunan-bangunan yang tidak jauh dari rumahnya. Dia kesejukan akibat hujan lalu dia membuka bajunya. Sudah seperti orang gelandangan duduk dikaki Lima. Dia memakai baju semula lalu keluarkan sedikit baju yang lain untuk dijadikan selimut untuk selimutkan dirinya yang kesejukkan.

"Razz, rindukan ibu" kata Razz dengan sayu sambil menangis kecil.

Lama kelamaan Razz pun tertidur juga dengan air matanya yang membasahi pipi. Razz sudah tiada siapa-siapa lagi disisinya. Walaupun Razz bencika ayahnya tetapi tetap ia berikan duit pada ayahnya kerana itu tetap tugasnya sebagai anak tunggal.

Happy reading guys 🥰

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now