Bab 28

14 3 2
                                    

Semua ketawakan Alanaa yang kebasahan itu. Alanaa berdiri di kelilingi pelajar yang tertawakannya. Bukan itu sahaja, mereka semua memegang sebekas berisi tepung.

Gugur air mata Alanaa, begitu sekali layanan mereka kepadanya atas kerana statusnya dan juga ia tahu ini semua Dee punya angkara.

Alanaa tersungkur duduk dan terbatuk-batuk. Tiba-tiba terdengar tepukan dari arah belakangnya.

"Wah wah wah, lihat lah siapa si malang ni" tersenyum sinis.

Perlahan Alanaa mengangkat siapa yang berkata itu.

"Heii Alanaa" kata Dee.

Alanaa sudah sangka rupanya Dee dan Dua sahabat setia disisinya.

"Hebatkan plan I ni." Bongok sedikit badannya disebelah Alanaa.

"Alololo nanges ke ni, Ciannya HAHAHAHA."

"Sekarang kau dah tau siapa tengku Adira kan? Jadi aku nak kau berambus dari Uni bapak aku serta merta" sambil tolak kepala Alanaa dengan jari telunjuknya.

Dua sahabat Dee mengangkat Alanaa untuk bangun lalu membawanya ke pintu utama uni.

Dengan begitu kasar, lalu melepaskan Alanaa begitu sahaja. Mereka menyapu tangan mereka yang sudah Kotor itu akibat memegang Alanaa. Mereka membiarkan Alanaa seorang diri, Dee dan yang lain pun sudah tiada di depan mata Alanaa.

Alanaa mampu menangis dan cuba gagahkan dirinya bangun dan bawa dirinya berjalan sendiri dengan keadaan basah dan bercampur dengan tepung.

"Ya Allah, berikan lah hamba mu ini kekuatan ya Allah." Lalu mengesatkan air matanya.










"Assalamualaikum makcik jah." kuat ketukan dipintu rumah milik tuan Rashid.

Tok tok tok tok!

"Iyee waalaikumussalam.. kenapa ni kalut sangat." Puan Khadijah yang menyambut Salam tersebut.

Dengan muka Hafiza yang agak merisaukan puan Khadijah.

Hafiza menarik nafas lalu menceritakan sesuatu terjadi pada Alanaa. Ketika ia memberitahu, Hafiza sampai ke uni keadaan agak kucar kacir. Hafiza tidak nampak kelibat Alanaa tetapi dia tahu siapa yang jadi mangsa Dee buat tahun ini.

Puan Khadijah yang mendengarkan Hafiza bercerita membuatkan puan Khadijah lemah hampir pengsan, nasib Zahril cepat berlari menyambut puan Khadijah.

"Ya Allah mama!.. abah Telefon ambulans sekarang!" Tepik Zahril.

Hafiza sebersalah pula rase kerana memberitahu Hal ini.

"Hafiza, Alanaa mana? Bagitau sekarang?!"

"Saya tak tahu abang ril.."

"saya datang uni lambat, Saya betul-betul mintak maaf." sambil tundukan kepalanya.

Buntu Zahril dibuatnya, puan Khadijah sudah ia baringkan disofa. Tanpa lengah mase Zahril berlari menuju ke keretanya untuk mencari Alanaa.

Zahril menghidupkan ejen kereta, ia turunkan sedikit tingkap keretanya, lalu memberitahu Hafiza untuk menjaga ibunya sementara tunggu ambulans sampai. Lalu ia memecut pergi meninggalkan kediaman rumah tuan Rashid.

Zahril pergi ke uni Alanaa, bukan seorang tetapi dengan membawa kawan baiknya.

Menunggu geng nya sampai, buatkan dirinya semakin hilang sabar lalu bergegas masuk. Zahril  terlihat dari kesan tapak kaki menuju keluar ke Pagar uni. Firasatnya kuat mengatakan ini mungkin kesan tapak kaki adiknya, Alanaa.

Zahril mengenggam kuat penumbuknya menahan amarahnya yang ade dalam diri ni. "Abang mintak maaf adik." Desisnya dalam hati lalu masuk ke uni.











"HAHAHAHA." Gelak mereka semua di kelas.

"Haih puas sangat-sangat dapat halau perempuan jijik tu." kata Dee.

"Betul tu, Tengku. Kalau tak, orang luar akan pandang serong kat uni kite ni." Kata salah seorang dari pelajar itu.

"Haaa... Ape lagi bersihkan loker tu dan aku akan suruh pensyarah atau pengetua untuk hapuskan maklumat atau data perempuan jijik tu." Sambil menacap sedikit litmate dibibir mugirnya.

Semua mengangguk kira kata sepakat dan setuju. Dee ingin keluar untuk ke tandas. Tiba-tiba, ade satu tangan mencengkam rambutnya. Dee menjerit kesakitan. AHHHHHH SAKITT.

Semua pelajar di kelas itu berpaling melihat. Mereka menelan kesat air liur, rupanya tangan itu tak silap ialah Zahril Afzan abang kepada Alanaa.

Dee masih memegang rambutnye yang dicengkam kuat oleh tangan Zahril. Sakit teramat rambut dan kulit kepala Dee dibuatnya.

"Perempuan jijik!? Sundal!? Sisa orang!? Kau kata kat adik aku kan betina!!." Renungan tajam yang menusuk ke anak mata Dee.

Dee mati kutu, diam, tak mampu berkata ape dengan rambutnya yang sakit.

Zahril mengheret Dee keluar dari kelas. Menjerit kesakitan Dee dibuatnya. Kawan-kawan Dee hanya mampu berdiam diri tidak ingin kena bagaimana Dee kena sekarang.

"SAKIT!! LEPAS LAH!." Tepik Dee dengan badan yang terseret. Zahril menghiraukan sahaja.

Dalam berapa minit terdengar suara sergahan dari pintu utama. Tak lain tak bukan ialah syazwi, nafiz, khairi dan syawal. Syazwi dan khairi cepat-cepat berlari dan pergi mendapatkan Zahril yang seperti tidak terkawal itu.

"Woii woii lepas ril, lepaskan sian anak orang ni. Botak jap lagi rambut dia kang dah tak leh ngorat sesape pulak nanti." Kata nafiz.

Syazwi dan khairi gelengkan sahaja kepala malas melayan lawak yang tak kene mase ni. Akhirnya, cengkaman dirambut Dee pun terlepas. Zahril masih dalam keadaan ingin menyerang Dee semula tetapi di tahan oleh syazwi.

"Weh fiz, kau pergi settled yang tu dengan syawal. Aku nak tenangkan ril dulu dengan khairi. Jom rii." Berjalan pergi keluar dari uni. Tinggal lah nafiz, syawal dan Dee di situ.

Nafiz dan syawal berpandangan satu sama lain. Cara mata dan saling membalas pandangan seperti insyarat mata.

"Aku tak tauu nak cakap ape kat pompuan ni lah wal." Sambil garu kepala memandang Dee yang masih menangis.

"Entah lah, aku pun tak tau." Balas syawal.

Dee cuba gagahkan diri untuk bangun. Nafiz dan syawal serentak melihat Dee yang bangun pergi begitu sahaja.

"Oii markonah, lain Kali kalau nak kacau orang pikir dulu akibatnya ye!." Tepik nafiz. Dee mengetap bibir.

"Sial. Aku bagitau papa aku yang korang buat rambut aku, pakaian aku rosak!." Balas Dee dan Sambung jalan semula.

Syawal membuat muka. "Erghh takut pulak kita yang dengar, macam lah papa dia tu tuhan. Lagipun dia yang punca buat ril tu mengamok." Letakkan tangan diatas bahu nafiz.

"Tu lah tu. Jom lah pergi kat dorang, kang tinggal kita pulak." Syawal mengangguk tanda setuju.

"Tapi kan seronok jugak tengok aksi ganas cam tu. HAHAHAHA dah lama kut tak tengok ril cam tu kan." Kata nafiz semula. Syawal malas nak menjawab ape yang baik buat begitu pada perempuan.

"Tetapi tengok pada perempuan yang begitu, cara bercakap dan pakaiannya pun meminta kena maki juga." Meraka berdua ketawa terbahak-bahak.

Syazwi yang dari jauh lihat Dua orang kawannya ketawa besar itu mesti ade lah tu Benda yang lucu sampai kesini dengar.









Happy reading 🥰

Maaf kalau ade byk slh dari segi tatabahasa ye. Jgn Lupa rate ye tq 🤍

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now