Bab 15

7 2 0
                                    

Pagi yang indah buatkan Razz diulek mimpi. Razz terjaga dari tidurnya kerana pantulan cahaya mengenai di mukanya.

Amir yang baru sahaja selesai dari mandi melihat kawannya masih diatas katil diselembungi selimut. Amir menghampiri Razz lalu menarik selimut membuat Razz terkejut. "Woii bangun lah beruk, cepat lah mandi aku dah siap mandi kau Masih berbungkus. Patut lah awek tinggal" perli Amir dengan sengaja. Razz yang mendengarkan Kata-kata terus bangun lalu pergi ke bilik air dengan mata jelinggan maut.

Mereka bersiap-siap lalu turun ke bawah untuk breakfast dahulu sebelum berangkat.

"Kau ke yang buat ni Amir?" Tanya Razz.

"Haah, sape lagi. Aku je tinggal sini" jawab Amir sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Faham. Sedap. Cari lah bibik" Razz memberi pendapat.

"Malas nak cari" jawab Amir dengan ringkas.

Razz hanya menganggukkan sahaja lah kerana, dia tahu yang kawannya ini malas dan dirinya tidak boleh berpisah itu lah Amir. Siap sahaja makan mereka pun berangkat ke kelas. Razz lain sedikit penampilanmya Hari ini kerana mengenakan hoodie dan seluar jeans panjang. Iye lah kerana Razz selalu mengenakan pakaian dengan seluar pendek. Mungkin disebabkan putus dengan Dee, pakaiannya berubah.

 Mungkin disebabkan putus dengan Dee, pakaiannya berubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weh, kau pergi dulu nanti aku follow kau. Aku sakit perut lah siak" kata Amir sambil memegang perutnya yang tidak sakit.

"Eh kau ok tak ni. Haa ye lah kau pergi lah membuang dulu, kalau lewat aku bagitau puan nanti" jawab Razz.

Amir masuk ke rumahnya semula dan menutupi pintu. Razz hanya mengeluh nak tak nak dia harus pergi kelas dengan sendiri. Razz tidak tahu bahawa Amir hanya berpura-pura sahaja kerana Amir tidak sakit pun. Amir yang melihat Razz sudah pergi keluar jauh dari kawasan rumahnya lalu Amir menelefon Dee untuk datang ke rumahnya.







Seketika berangkat ke kelas, Alanaa sudah berasa tidak sedap hati kerana ia merasakan akan terjadi sesuatu tetapi Alanaa tidak pasti mengapa. Zahril yang sedang memandu dari tadi melihat air muka adiknya berubah sedikit seakan ade yang tidak kena itu membuatkan Zahril tidak senang hati. Alanaa dalam hati tak lekang dengan selawat, zikir dan doa. Ia percaya hanya Allah yang mengetahui semuanya.

Tangan kiri Zahril mengusap kepala adiknya dan berpaling melontarkan senyuman agar adiknya Alanaa tidak terasa gelisah. Alanaa membalas senyuman "hehehehe macehh abang, jangan risaukan adik. Insyaallah Don't worry, everything will be ok".

"That's my little sister". Balas Zahril sambil tersenyum.

Sampai sahaja di Pagar uni tersebut. Alanaa menyalam tangan abangnya dan turun dari perut kereta. "Bismillah" bisik hatinya dan melangkah masuk ke Uni dengan senyuman dibibir. Sewaktu Alanaa berjalan menuju ke pintu utama, dia terlihat Dee dan dua orang kawannya berjalan menuju padanya. Alanaa cuba menggelak tetapi dihalang oleh dua orang kawannya. Dee sudah berada didepannya dan mendekatkan bibirnya ke telinga Alanaa. Dee membisikkan sesuatu. "I tak tahu pulak you ni janda and I don't know why this university accepts people like you".

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now