Bab 25

11 2 0
                                    

Seminggu sudah berlalu. Tapi masih tiada tanda-tanda Razz kembali dari menghilang. Alanaa juga sudah memberi tahu rakan-rakan yang lain tentang ketiadaannya.

Lebih mengejutkan lagi Syakir diberhentikan dari belajar secara mengejut. Sebelum sehari bukak uni. Itu pun Hafiza yang memberitahunya di telefon. Ini punca angkara Dee juga. Ketua kepala uni disitu juga dipaksa berbuat sedemikian agar Syakir dibuang. Semua ini terjadi dengan sekelip mata sahaja. Razz masih hilang, Syakir diberhentikan begitu sahaja, kelibat Amir masih tidak terlihat.

Alanaa dan Hafiza terasa didalam kelas seperti kekurangan Bila tiada tiga sahabat baik itu. Tiba-tiba, puan Aminah masuk ke dalam kelas. Mereka yang ralit berbual terus berhenti dan diam memandang puan Aminah yang baru sahaja masuk. Puan Aminah membuka mulut mengatakan "seperti sedia maklum bahawa Syakir sudah diberhentikan. Dan bukan itu sahaja yang saya ingin sampaikan...".

Semua pelajar menunggu puan Aminah menghabiskan ayatnya.

"Bahawa, Razz juga berhenti belajar disini". Kata puan Aminah.

Alanaa terkejut mendengarkan Razz juga berhenti tapi dia sedikit pelik lalu mengangkat tangan Dan bertanya.

"Razz diberhentikan atau dia yang nak minta berhenti puan"

"Semalam dia berjumpa saya di uni. Sewaktu itu, uni sedang dibaik pulih library. Masa yang elok, dia berjumpa dan dia kata ingin berhenti" terang puan Aminah kepada Alanaa yang memandangnya dengan sayu.

Hafiza memegang kedua bahu Alanaa dan mengusap perlahan bahu kawannya agar bersabar. Dia tahu pasti Alanaa kecewa dan sedih. Dan Hafiza perasaan, bawah meja Ade semua air kotak susu dan nota mungkin itu buat Razz. Hafiza tidak mampu berkata ape-ape. "Ya Allah, kesian kawan ku ini. Ya Allah kembalikan lah senyuman manis pada kawan ku ini semula seperti dulu balik" bisiknya dalam hati.







Keadaan riuh rendah, kerana ramai pelanggan datang pada harini. Penat juga Razz membuat kerja. Mengambil pesanan dari pelanggan dan Bila waktu malam dia juga yang membersihkan pinggan mangkuk. Razz yang memilih untuk berbuat kerja lebih kerana Wang sakunya sudah sedikit.

"Ini budak, kamu tu sudah sudah. Harini uncle bagi kamu pulang awal ya" kata pakcik hamdi.

Pakcik hamdi ialah pemilik restaurant itu yang dimana Razz bekerja. Dia berbangsa India tapi mualaf sebab dah masuk Islam.

"Betul ke ni uncle? Lagipun baru jam 4, kenapa?" Tanya Razz semula untuk kepastian dengan mengelap peluhnya.

"Iye.. sudah itu biar kamil yang buat dan ini kamu punya Wang atas hasil usaha keras kamu" sambil hulurkan Wang yang berjumlah seratus ringgit.

Razz tanpa rase ragu-ragu pun menyambut huluran tersebut dan mengucap terima kasih. Razz membuka apron nya dan menyalam uncle hamdi dengan senyuman Manis dibibirnya.

Kalau ikutkan sekarang Razz sedang mengumpul duit untuk menyewa mana-mana home stay untuk berlindung. Kalau hotel terlampau mahal sangat. Ye lah sudah seminggu juga dia tidur dikedai untuk sementara ini. Sekarang ini Razz sedang berjalan menuju ke 7 eleven untuk membeli sedikit barang.

Sambil melihat mencari ape yang ia mahukan tiba-tiba Razz terlanggar seseorang dan barang dari tangan org tersebut jatuh.

"Eh ya Allah, maaf bang maaf. Saya kutip ni Salah saya" kata Razz sambil menunduk mengutip barang.

Sudah mengambil barang dan ingin menghulurkan. Dia terkejut orang yang ia langgar itu ialah Zahril Afzan. Mata coklat lelaki itu bertemu dengan matanya.











Zahril dan Razz pergi ke masjid untuk menunaikan solat asar kerana jam sudah mengijak 5:30 petang.

Mereka menaiki kereta tanpa satu suara pun yang buka mulut. Kekok kerana sudah seminggu tidak bersua muka. Zahril macam biasa fokus dengan pemanduannya. Sejam lebih didalam kereta akhirnya sampai ke destinasi.

"Jom, kita dah sampai" kata Zahril lalu keluar dari kereta lalu diikuti Razz.

Razz tergamam sekejap kerana terkejut melihat rumah yang berada didepannya itu. Cantik, tak terlampau mewah tetapi cukup membuatkan Razz terkaku.

"N-ni rumah sape?" Tanya Razz teragak-agak.

"Rumah aku" pendek Zahril membalas tapi cukup buat Razz tau siapa pemilik rumah itu.

Mereka memasuki rumah tersebut, Razz terpukau dengan hiasan rumah itu dihiasi perabot-perabot, dinding berwarna cream, susun atur ruangan itu membuatkan ruang tamu seperti luas.

"Ni rumah aku, jadi aku nak kau buat macam rumah kau sendiri" kata Zahril.

"Eh? Serius lah? Tapi tak menyusahkan kau ke Zahril?" Tanya Razz dengan tidak percaya.

"Ye. Aku pun anggap kau macam keluarga aku jugak Razz. So jangan malu jangan segan ok" jawab Zahril semula.

"Ok, tapi serius aku cakap.... Terima kasih, Zahril" terharu Razz kerana mempunyai seorang yang dia percayai.

"Haih. Kau ni pun same je macam adik aku sikit-sikit nangis. Meh sini peluk aku, anggap aku ni macam abang kau je Razz" sambil tarik mendekatkan dirinya ke Razz. Lalu Razz memeluknya, keluar lah air mata Razz perlahan-lahan membasahi pipinya. Zahril menepuk-nepuk kecil di bahagian belakang badan Razz untuk tenangkannya.

Malam sudah menjelma, apabila selesai mereka berdua solat di masjid yang tidak jauh dari rumahnya Zahril.
Waktu didalam kereta, "kau kalau dah rasa ok untuk ceritakan semuanya ape dan kenapa masalah kau pada aku, aku sedia mendengar ok" kata Zahril tanpa memandang Razz yang tengah memandang silih ganti.

"Dengar dan faham ke tak?!" Suara yang agak garang sedikit.

"Hah? Ye ye faham dan dengar dengan jelas" jawab Razz. Takut >⁠.⁠<.

"Good. Aku Ade dengan kau, sebab aku pernah kat situation kau yang tengah kau alami sekarang Razz" kata Zahril lagi.

Razz memandang Zahril seperti tidak percaya. Dia tidak Salah dengarkan. Bagaimana orang yang hebat, humble dan tenang seperti Zahril ini mempunyai masalah sepertinya 'pasal perempuan'.

"Aku tahu. Kau mesti tak caye, dari tengok riak muka kau yang bengong tu tahu dah Razz" jawab Zahril dengan selamba.

"Eh. Ape kau kata kat aku? bengong? Mulut tu elok sikit eh, muka aku yang hensem boleh cakap muka bengong" marah Razz. Tidak berpuas hati ape yang Zahril mengatakan padanya begitu didepan nya pula tu.

"Salah ke? Betul lah kan. Muka acah hensem tapi bengong, bengap atas sebab perempuan yang pakaian tak cukup kain. Padahal cukup je duit beli satu kedai baju yang kain tutup badan tu" perli Zahril dengan membuat mata bombastic side eyes.

Cuak Razz diperli begitu dan dengan pandangan seram itu juga. Nak tak nak dia kene mengalah kerana dibahas tentang agama memang dia kalah. "Diam? Makna betul lah kan?" Boleh bertanya pulak Zahril gitu kerana saja ingin menyakat Razz lagi.

"Haa ye betul. Haah betul lah tu" jawab Razz dengan geram.

Zahril yang dengarkan jawapan Razz begitu pun ketawa besar. HAHAHA. Seronok pula buat Razz begitu. Razz melihat Zahril yang kusyuk ketawa tu bagaikan tak percaya. Geram erghhh. Lalu membalikan bola matanya ke atas menyampah siakk mamat. Nak lawan tak boleh sebab memang terang-terang salahnya kerana atas sebab perempuan yang memang pakaiannya seakan bukan pakai baju.

Sekarang ini yang tahu cuma Zahril sahaja. Kerana Razz tidak ingin sesiapa tahu keberadaannya. Iya lah kalau tidak punca tercerus pergaduhan dengan Syakir dan semua ape yang jadi ini ialah dia. jadi Zahril terpaksa kunci mulut untuk sesiapa tapi tidak pada Alanaa adik kesayangannya itu.




Happy reading 🥰

Maaf lambat kit.. btw jgn Lupa like or rate my story ye tq 🤍

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now