Bab 24

10 2 0
                                    

Keesokan pagi, yang penuh kusut dan serabut, menuruni anak tangga. Dia pergi ke dapur mencari makanan. Tiada makanan yang ia lihat di almari, peti ais, atas meja pun tiada makanan.

Perut sudah lapar, tiada duit. Kalau Ade si Razz pasti dia tidak kelaparan sekarang. Ye lah duit sebelum ni pun habis dibuat Judi dan membayar si pelacur.

Tuan Hamdan ingin pergi ke ruang tamu tiba-tiba matanya tertacap sesuatu ianya duit sejumlah 50 ringgit. Lalu dia mengambil dengan tersenyum puas, kerana dapat juga mengisi perutnya yang lapar.

"Walaupun kau, aku dah halau. Kau tetap bagi duit pada aku, Razz" kata tuan Hamdan sebaris.

Dia pun membuka pintu dan melangkah keluar untuk membeli makanan. Sudah beberapa Hari dia tidak makan.






Habis membeli barang di kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan rumahnya itu tiba-tiba.

Ada tiga orang lelaki tidak dikenali terus menarik bungkusan makanan yang dibeli oleh tuan Hamdan. Lalu menghempaskannya ke bawah. Dua orang lelaki itu memegang kedua tangan kiri dan tangan kanan tuan Hamdan. Seorang lagi menumbuk dibahagian perut dan dimuka. Terbatuk tuan Hamdan dibuatnya kerana lelaki itu tumbuk pula dibahagian dada. Sakit yang teramat.

Orang yang didalam kedai takut untuk membantu kerana mereka ada senjata. Tuan Hamdan kesakitan dibahagian dadanya.

Lelaki yang menumbuk tuan Hamdan itu berbisik ditelinganya.

"Ini along kirim salam dan ini padahnya Bila kau lewat bayar hutang, Hamdan" dengan suara garaunya sambil tersenyum sinis.

Kedua lelaki yang memegang lengannya pun lepas dengan kasar. Makanan yang bertaburan itu dipijak-pijak. Lalu mereka pun pergi dengan menaiki kereta Honda berwarna hitam. Tuan Hamdan Cuba gagahkan diri untuk bangun mengambil makanan nya yang bertaburan itu. Orang-orang didalam kedai berlari terus menolong tuan Hamdan bangun dan memberikan tuan Hamdan makanan yang baru dengan sedikit sebanyak dari ape yang sebelum ni ia beli tadi. Tuan Hamdan pun berjalan pergi ke rumahnya dengan perlahan-lahan.

Sampai sahaja dirumah dia merebahkan dirinya di sofa. Dia tahu bahawa ini balasannya juga kerana berhutang dan juga banyak kalah dengan perjudiannya. Tidak lama lepas itu, tuan Hamdan pun makan. Mengalir sedikit air matanya lalu dikesat cepat-cepat. Ini silapnya dan ia harus bertanggung jawab dengan ape yang ia mulakan. Tetapi dia risau kalau anak buah along itu menjumpai Razz. Hatinya mula resah. Shit.









Zahril meronda-ronda dengan keretanya untuk mencari dimana Razz berada. Dia sudah pusing kemana Razz pergi dan menghilangkan diri. Dia juga risau atas ape yang jadi dan menimpa Razz ini. Beberapa jam itu, Zahril pun pulang dengan hampa.

Alanaa berlari pantas ke arah Zahril.

"Ade jumpa?" Tanya Alanaa dengan terburu-buru.

"Assalamualaikum" menghiraukan pertanyaan Alanaa dan memandang adiknya dengan sinis, geram juga.

"Eh waalaikumussalam. Maaf" kata Alanaa dengan menundukkan kepalanya.

Zahril pun berjalan pergi ke sofa manakala Alanaa mengekorinya dari belakang.

Puan Khadijah yang baru sahaja menyiram pokok bunganya terhenti sekejap apabila anak terunanya itu pulang. Dia berjalan masuk ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya disofa.

"Along Ade jumpa?" Tanya puan Khadijah.

"Tak Ade mama. Puas cari still tak jumpa dia" kata Zahril sambil mengeluh kecil.

Alanaa hanya diam dan dengarkan sahaja ape abangnya Zahril beritahu.

"Hmmm banyakkan berdoa pada Allah semoga dia Selamat dan tidak akan ade ape-ape berlaku kepadanya" katanya dengan mengukir senyuman kecil.

"Insyaallah mama" jawab Zahril.

Alanaa diam membisu lalu terus naik ke biliknya. Zahril dan juga puan Khadijah faham Bila Alanaa diam pergi begitu Ade lah yang buatkan Alanaa sedih atau kecewa. Zahril memandang ibunya semula. Lihat dari insyarat mata ibunya sudah tahu nak tak nak Zahril pun bangun dari kedudukannya dan pergi ke atas untuk memujuk.

Sampai dibilik adiknya, Zahril mengetuk dan memberi salam. Alanaa dengan muka muramnya pun bingkas bangun dan membukanya.

Cepat-cepat Alanaa memeluk abangnya. Abangnya sudah agak Alanaa akan menangis. Mereka masuk dan duduk disofa. Zahril mengusap perlahan belakang badan Alana untuk menenangkannya. "Bukan abang tak usaha adik. Abang cuba semampu yang boleh". Kata Zahril.

"Dah dah. Takmo nanges gini ye my little princess" pujuk zahril.

"Amboiii. Nanges cam tu sekali eh budak ni. Razz tu kan kuat, berani dia mesti ok punya lah".

Alanaa menyeka air matanya.

"Hmm, s..se..sebab dia so..sorang je kat lu..luar tu, kesian lah" katanya dengan gagap.

Zahril tersenyum manis, haih comel je budak ni.

"Ye abang tahu. Dah, dari adik nanges macam ni lebih baik adik doa banyak-banyak kat Allah supaya buah hati adik tu Selamat" usiknya untuk buatkan Alanaa tersenyum.

Dengarkan usikkan abangnya, Alanaa tersenyum kecil. Lalu Alanaa mengangguk.

"Haa macam tu lah. Amboiii manja sangat".

"Biar lah"

Hahahaha ketawa mereka berdua lalu diam semula. Alanaa sudah tidak menangis tetapi dia memikirkan sesuatu.

"Pikir ape?" Tanya Zahril.

"Tak Ade lah. Kalau cuti ni dah habis, rase-rase Razz akan muncul tak?" Tanya semula pada Zahril dengan memandang sesama sendiri.

"Tu abang tak pasti lah adik"

"I hope so"

Mereka berdua buntu dimana untuk mencari Razz sekarang. Tiada petunjuk atau jejak Razz dimana-mana itu yang payah buatkan pencariannya. Tidak mahu menelefon polis sebab Razz tak akan jauh dari tempat ini. Itu yang dirasakan Alanaa. Zahril hanya ikutkan sahaja.



Happy reading 🥰

Maaf kalau bab ni agak mengarut sedikit.

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now