Bab 12

13 3 0
                                    

Sementara lecture tidak masuk ke kelas lagi, Amir mencuri keluar seketika tanpa memberitahu Razz dan Syakir. Aneh melihat Amir sejak kebelakangan ini perangainya agak lain sedikit. Hafiza yang perasan Amir keluar sesuka hati tanpa memberitahunya kerana Hafiza ialah penolong di kelasnya. Haih ape ape je lah malas nak tegur bukan ape. Amir ni makin ditegur makin itu lah ia buat, jadi Hafiza membiarkan sahaja.

Seketika ketiadaan Amir, Syakir cuba berbual sedikit dengan Razz akan kawannya itu Amir. Lalu Syakir mencuit sedikit bahu Razz. Razz yang terasa bahunya dicuit pun melihat kawanya Syakir dengan kening terangkat sebelah. Syakir menarik nafas lalu cuba mengatakan ape yang ingin disampaikan. "Kau tak rasa ke Amir tu perangai dia agak lain?" Tanya Syakir dengan serius.

"Hmmm. Aku Ade rase jugak macam tu tapi tu lah, aku pun tak tahu lah si Amir tu kenapa" jawab Razz dengan sahaja sambil melihat Alanaa yang sedang kusyuk berbual dengan Hafiza.

"Haih, haa kau dengan Dee macam mana ok?" Syakir sengaja menanyakan Hal itu kerana ingin tahu tentang relationship nya dengan Dee.

"Ok, tapi entah lah.. Dia pun kurang mesej aku" jawab Razz.

Kusyuk mereka berbual, Hafiza memusing kepalanya melihat belakang dan tiba-tiba matanya bertembung dengan Syakir. Syakir dalam masa itu juga melihat Hafiza yang sedang melihatnya lalu menjelirkan lidah pada hafiza. HAHAHAHAH. Hafiza dengan bengangnya kenapa si Syakir itu begitu berbuat perangai tak semegah seperti budak-budak. Geram ni geram ni. Hafiza membuat muka marah Dan membalas dengan membuat gaya tangan mengelar lehernya ditujukan pada Syakir yang sedang melihatnya. Haa padahnya cari pasal. Orang tak cari gaduh dia cari gaduh ayoyoyoyo. Syakir yang perasan itu terus kecut perut. "Haih siut lah, jelir je kut" bisiknya dalam hati.

Alanaa yang berada disebelah Hafiza itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Comel je. "Gaduh lah selalu mana tahu Syakir tu jodoh awak Hafiza" usik Alanaa dengan tersenyum sambil melihat ke arah Hafiza dan Syakir. Hafiza yang terkejut dengarkan Alanaa mengatakan sedemikian membuatkan tekaknya loya. "Excuse me. NO.WAY" jawab Hafiza sambil menggelengkan kepalanya dengan laju menandakan dia tidak berminat.

"Hahahahah, saya bergurau je. Eh kenapa lama sangat lecture nak masuk ni.." kata Alanaa dengan hairan.

"Eh hmm betul jugak tu.. jom teman saya kejap" ajak Hafiza kepada Alanaa. Tanpa lengahkan masa Alanaa dan Hafiza pun pergi keluar dari kelas untuk mencari lecture nya.


Dalam perjalanan mencari lecture kami di bilik lecture yang lain, Hafiza dan Alanaa terdengar perbualan seseorang dari tangga pergi ke rooftop. Lalu Hafiza dan Alanaa sailing berpandangan dengan kening yang berkerut seakan tidak sedap hati. Hafiza ingin pergi lebih dekat untuk mendengarkan ape yang berlalu disitu. Alanaa yang sedari Hafiza yang ingin pergi ke tangga cepat-cepat ia menarik tangan Hafiza. "Lebih baik Jangan masuk campur, saya tak nak perkara yang berlaku atau perkara yang buatkan kita terjerat sekali" terangnya Alanaa dengan risau.

"Hmm betul jugak tu, nasib. Kalau tak saya termasuk sekali dengan dosa orang lain erghhh tak nak tak nak" jawab Hafiza dan berlalu pergi sambil menarik lengan Alanaa.

Alanaa dan Hafiza sampai ke muka depan pintu kelas nya dan tiba-tiba Hafiza dan Syakir bertembung membuatkan mereka berdua tersungkur jatuh. Aduhhh.

"Eh tak nampak ke?" Tanya Hafiza sambil hulurkan tangan pada Alanaa.

"Ewah ewah.. kau yang jalan tak pakai mata" jawab Syakir nada yang marah.

"Eh eh mulut tu jaga sikit eh.. eyy" kata Hafiza dengan ingin menampar Syakir tetapi di halang oleh Alanaa.

"Sudah ok, jangan jadi budak-budak. Ingat tak saya kata, gaduh dan benci awak pada orang itu macam mana sekali pun tengok lah Allah buat korang berdua berjodoh baru tahu" sengaja Alanaa ingin mengusik sambil menenangkan Hafiza. Tetapi Hafiza pulak yang geram Alanaa berkata begitu, ia tidak ingin dengan mamat yang acah memahami perempuan lah konon. Razz yang berada disebelah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Lalu Razz bersuara "Entah.. macam budak-budak, btw nampak Amir? Lecture mana ade jumpa tak?"

"Hmmm Amir? Tak Ade pula.. kalau lecture tu dia tak dapat nak hadir sebab anak dia sakit jadi dia ke hospital dan... Dia bagi tugasan untuk buat" terang Alanaa.

"Ooo.. haih ingatkan dia tak Ade tu tak Ade lah assignment" rungut Razz.

"Tu lah aduhhh.. malas haih" sama juga dengan Syakir.

"Jangan nak merungut sangat lah korang, yang tu jugak lah bantu korang punye results nanti" jelas Hafiza sambil tangannya mencekak pinggang.

"Hmmm" balas Syakir.

Seketika mereka berempat di depan pintu kelas itu. Amir kembali semula. Razz yang perasan Amir itu kembali terus menegurnya "Wehhh Amir". Hafiza dan Alanaa melihat Amir tu kembali dengan keadaan agak serabai sedikit lalu mereka berdua berpandangan. Eh jangan lah, tak mungkin lah. Alanaa dan Hafiza menelan kesat air liur. Syakir yang perasan akan pandangan Alanaa dan Hafiza itu membuatkan ia berasa pelik lalu melihat ke arah Amir.

Ape yang tak kena ok je rasa. Lalu Syakir pergi ke arah Razz dan Amir. Tiba-tiba dia terbau wangian yang bukan milik Amir. Tak pernah lagi bau macam ni. Malas ingin tegur Syakir hanya diam dan beri senyuman sahaja kepada Amir.



Setelah tamat kelas sahaja, macam biasa lah Hafiza dan Alanaa akan berpelukan seakan macam ingin berpisah padahal hanya pulang ke rumah. Hafiza terlebih dahulu pulang, Alanaa pula sedang menunggu abangnya datang mengambil.

Sewaktu berjalan keluar dari pintu utama, terpapang wajah Dee disitu. Razz terus berlari ingin memeluknya tetapi dia perasan yang Alanaa Ade dipondok jadi dia terpaksa kawal sedikit emosi. Sampai sahaja tiba-tiba Razz mendapat tamparan dari Dee. Kenapa Dee menampar dirinya? Dia pelik, dan diam sejenak. "You? Why?" Tanya Razz dengan kehairanan ambil mengusap pipinya yang sakit itu.

"What's?" Tengking Dee.

"Patut lah sibuk semacam tak mesej I ooo rupanya dengan betina lain betul tak!?!"

Razz yang terdengar Kata-kata Dee itu membuatkan dia cuba mencerna ape yang Dee cuba sampaikan. Razz Masih blur.

"Eh jangan buat bodoh lah you!!.. cukup lah.. cukup sampai sini.. dasar tak sedar diri!! Dah lah diri tu miskin lepastu curang belakang I. Mulai harini eh korang berdua sebagai bukti yang  I dan Razz P.U.T.U.S, jelas dan faham kan?? Anish Harazz!?!" Tengking Dee sambil membuang cincin dijarinya yang dihadiahkan oleh Razz padanya. Razz bagaikan mati ayat untuk bagitau perkara yang sebenarnya jadi.

Happy reading guys 🥰

Maaf banyak kurang ye, tegur ii lah saya ye.. jgn Lupa like oky tq 🤍

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now