Bab 5

19 4 1
                                    

Sewaktu Alanaa sedang mengemas bilik tidurnya dia terdengar bunyi ketukan dari pintu biliknya lalu Alanaa pergi membuka pintu tersebut. Ternyata ibunya.

"Oh mama, kenapa ni?" Tanya Alanaa sambil tersenyum.

"Maaf lah kalau mama mengganggu kamu. Mama ade sesuatu untuk kamu, boleh mama masuk?" Balas puan Khadijah.

"Boleh mama, Mari lah masuk. Duduk lah dulu. Mama kata ade sesuatu untuk saya?" Tanya Alanaa semula.

Puan Khadijah pun duduk di sofa itu dan menghulurkan beg kertas pada anak kesayangannya Alanaa. "Nah tengok lah ape isi dalam beg itu" sambil tersenyum manis melihat anaknya itu. Alanaa mengambil huluran ibunya dan mengeluarkan sesuatu didalam beg kertas tersebut lalu ia terkejut seakan tidak percaya. Alanaa bangun dari kedudukannya dan terus memeluk ibunya "terima kasih mama" mengalir air mata membasahi pipi. Hehehe nak tau ape isi dalam beg kertas tu? Oky dalam beg kertas tu ialah buku 'DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH'.

"Anak mama ni suka tak buku tu?" Tanya puan Khadijah sambil mengusap belakang anaknya Alanaa.

"S-suka sangat-sangat mama. Terima kasih" balas Alanaa lalu perlahan melonggarkan pelukan.

"Alololo,sama-sama. Dah lap air mata tu oky. Enjoy your present oky anak mama ni" kata puan Khadijah dengan lemah lembut lalu melabuhkan ciuman di dahi Alanaa.

"Mama nak keluar kejap. Ade nak kirimkan ape-ape?" Tanya puan Khadijah lagi.

"Tak ada mama. Hati-hati ya mama sebelum tu nak Salam dulu" balas Alanaa.



Selepas Alanaa Salam dan cium tangan ibunya, Alanaa merasakan ade yang memerhatinya Alanaa melihat abangnya berada dipintu biliknya sambil menyandarkan bahunya dibirai pintu dan dengan tangan menyilang didada. "Ada apa ni?" Suara garau Zahril memecahkan suasana. "Eh.. along rupanya. Tak ade lah mama nak keluar kejap" kata puan Khadijah lalu memusingkan badannya menghadap anak sulongnya yang bernama Muhammad Zahril Afzan.

"Ooo.. ingatkan drama air mata tadi sampaikan mata dan hidung budak kecik tu merah-merah" balas Zahril sambil anak matanya melihat adik perempuannya Alanaa.

"Eh sibuk je lah" kata Alanaa dengan geram kerana di panggil budak kecik.

"Sudah-sudah, haih kamu berdua ni. Mak pergi dulu ye.. assalamualaikum" kata puan Khadijah.

Alanaa dan Zahril membalas Salam dengan serentak. Puan Khadijah tersenyum dan keluar dari bilik Alanaa sambil melambaikan tangan pada anak-anaknya. Selepas sosok tubuh ibu tiada Alanaa duduk semula di sofa dan membelek-belek helaian kertas dibuku tersebut. Zahril mengikuti Alanaa dan melabuhkan punggungnya disebelah Alanaa. "Eh? Mama ke yang bagi ni kat adik?" Tanya Zahril. Alanaa memandangnya sambil tersenyum dan mengangguk "haah" jawab Alanaa. Zahril juga tersenyum melihat adiknya senyum.

"Eh adik, Bila masuk kelas?" Tanya Zahril.

"Lusa" balas Alanaa.

"Faham. Abang harap ramai akan berkawan dengan adik nanti" kata Zahril sambil usap kepala ku yang beralaskan tudung sarung itu. Alanaa hanya tersenyum dan berkata "abang jangan risau, insyaallah. Abang doakan lah untuk adik. Lagipun adik harap, tak ada siapa yang akan tahu pasal diri adik ni" sambil tersenyum tawar.

"Insyaallah, I'm always with you my little sister" pujuk zahril sambil mencuit hidungku.

"Sayang abang" kata Alanaa sambil mendepakan tangan untuk bersedia dipeluk.

"Alololo.. abang pun sayangkan adik" kata Zahril sambil memeluk adiknya lalu melabuhkan ciuman diubun ku.
"Dah, Jangan nak drama sangat. Dah solat asar?"Tanya Zahril. Alanaa yang mendengar abangnya menanyakan tentang itu terus Alanaa menggemam bibir lalu perlahan-lahan mengangkat kepalanya untuk melihat wajah abangnya. Dengan riaksi Alanaa begitu Zahril sudah agak yang adiknya belum solat lagi dan dia tahu adiknya takut kalau dia memarahi Alanaa. "Dah pergi solat dulu, amboiii biashe budak kecik ni" kata Zahril. Zahril tahu adiknya manja tetapi kuat dalam waktu yang sama. Alanaa seakan tak percaya abangnya Zahril tidak memarahinya. Lantas Alanaa bangun terus pergi ke bilik air dengan riang gembira. Zahril yang melihat kelakuan adiknya begitu kerana tidak dimarahi zahril, ia ketawa kecil sambil gelengkan kepala "haih adik ni comel je.. hmm aku harap Ade orang boleh jagakan kau lebih baik lepas ni" bisik hati Zahril.




Sewaktu Alanaa sudah mengambil wuduk dia melihat abangnya sedang membaca buku tersebut. "Eh abang still kat sini?" Tanya Alanaa. Zahril memandang adiknya dengan kening terangkat sebelah "kenapa? Halau abang eh. Ok tak ape abang faham hmmm abang tau abang ni sape pada adik" kata Zahril lalu menutup buku dan meletakkan di meja.

Alanaa yang terlihat abangnya bangun terus Alanaa pergi ke arahnya dan memeluk lengannya. "Abang niiii.. adik tak maksudkan untuk halau abang. Adik cuma tanya je" kata Alanaa dengan kendengaran suara ingin menangis. Zahril pun ketawa.

"Hahahahah.. comel je lah. I'm sorry little sister. abang saje nak usik" jawab Zahril.

"Ish abang ni" kata Alanaa sambil muncungkan mulut kedepan seperti itik.

"Oky.. oky dah pergi solat. Adik buat mulut gitu abang nak tarik biar panjang lagi haa, nak ke?" Jawab Zahril sambil mengusik.

"Eyyy ye lah" balas Alanaa. Lalu Alanaa melepaskan pelukan dari lengan abangnya yang sasa itu.

Zahril pun berlalu pergi dan menutup pintu bilik adiknya. Hshshshs comel je Zahril ni bila usik Alanaa. Alanaa pulak jenis manja dengan si abangnya Zahril ni haa memang elok lah tu hahaha.

Happy reading 🥰

Maaf kalau Ade kekurangan. Tegur ii lah ye. Jangan lupa tekan like ye tq ❤️

Anugerah Terindah [OG]Where stories live. Discover now