epilog

443 30 1
                                    

Siapa sangka? Selama ini, aku sangat kagumi dengan mereka yang dianugerahkan kebolehan luar biasa. Dapat melakukan sesuatu yang tak tercapai dek akal. Selalu terbayang di fikiran ini macam mana perasaan mereka apabila dianugerahkan kebolehan sebegitu.

Bangga? Seronok? Gembira? Atau... Takut?

Tapi... Setiap apa yang berlaku di dunia, pasti ada hikmahnya. Mungkin kita lihat seperti sia-sia dan tak berguna. Tapi jika kita lihat pada sudut yang lain, mungkin dia akan jadi sangat berguna? Kan?

Tak pernah tercapai dek akal bahawa aku akan menjadi salah seorang daripada mereka. Ya, aku di sahkan mempunyai kebolehan mind reader.

Gila bukan?

Setelah di beri beberapa kajian dan rawatan, kejadian aku pengsan ketika keluar daripada kafe bersama Aurel dahulu, adalah kesan pertama bagi kebolehan ini. Patutlah sakit kepala dia amat berbeza dengan sakit yang pernah aku rasai sebelum ini.

Rasa macam nak mati waktu itu.

Tetapi sekarang, aku ada tanggungjawab yang sangat besar. Aku perlu gunakan amanah yang Allah beri padaku ini sebaik mungkin. Aku tak boleh gunakannya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Aku pasti, ada sebab kenapa Allah beri kebolehan ini pada aku yang terlalu banyak kekurangan ni.

"Kod 203, kau kat mana?"

Suara daripada alat komunikasi bergema di gegendang telinga.

Automatik biji mata digulingkan keatas. "Kau memang akan panggil aku macam tu ke?" Sejak aku di sahkan mempunyai kebolehan mind reader, automatik kod aku di tukar. Kod 203. Dan sejak itulah, Afliq asyik panggil aku dengan panggilan kod tu. Katanya nampak rare.

"Baru nampak gempak. Cepatlah, kau kat mana ni, Hujan?" Afliq bertanya.

"Tingkat 2. Masih mencari target yang kita cari," balasku. Mata memandang sekitar kawasan koridor yang gelap. Mencari manusia-manusia yang akan lalu di jalan ini.

Misi kami malam ini ialah untuk mencari dua orang manusia. Daripada maklumat yang Euria dapat, dia dapat kesan ada dua orang manusia yang mempunyai banyak maklumat tentang mereka yang berkobolehan ini.

Dengar kata, orangnya memang sudah lama ketahui Organisasi Istimewa ini wujud, cuma dia takut jika munculkan diri, musuh akan dapat kesan.

"Eira, Afliq. Aku dah nampak mereka. Tapi ada seorang lelaki yang berada di belakang target kita. Tak pasti sama ada musuh atau bukan." Zryan beri maklumat.

Kemudian, mata aku tertumpu pada 3 orang manusia yang sedang berjalan di laluan koridor. Aku tersengih kecil.

"Biar aku uruskan."

Serentak itu, terus aku terjun dari tingkap tingkat dua itu kebawah. Tak adalah tinggi sangat. Setakat mahu lompat ke bawah, tak akan mati lagi.

"Nanti Eira, kita tak tahu siapa yang berada di belakang—"

Larangan Afliq aku hanya mengendahkannya.

Mereka bertiga terhinjut bahu dengan kehadiran aku yang tiba-tiba. Belum sempat aku bersuara, lelaki muda iaitu target yang kami cari, bersuara.

"Ejen Eira?" tanyanya terkejut. Mata meluas memandang aku.

Terkedu aku seketika. Macam mana dia kenal aku?

"Ahli Organisasi Istimewa kan?" soal rakannya pula. Menanti jawapan.

Aku anggukkan kepala teragak-agak. Mengiyakan soalan pasangan lelaki kembar itu.

Siapa pula perempuan ni?

Terdengar suara fikiran daripada lelaki di belakang lelaki kembar ini.

"Alhamdulillah, saya dah lama cari organisasi ni!" ujar lelaki kembar yang sedikit tinggi itu. Aku sengih. Organisasi ini memang terkenal dengan kalangan mereka yang kami target. Cuma mereka sendiri tidak tahu di mana mahu cari kami memandangkan kami perlu berhati-hati dalam menyebarkan organisasi ini.

"Er, kamu siapa ya?" soal lelaki di belakang. Mungkin pelik dengar perbualan kami.

Tiba-tiba Afliq muncul dan mendekati aku. Tangannya berada di belakang dan aku tahu dia mahu berjaga-jaga. Mestilah senjata yang akan dibawa keluar jika lelaki dibelakang ini adalah musuh.

"Aku tak rasa dia jahat," bisik aku pada Afliq.

"Maaf, saya nak tanya. Kenapa awak ikut dia ya?" soalku sopan. Dari segi wajah dia, nampaknya dia langsung tidak tahu tentang kegiatan organisasi ini.

"Oh, tadi dua orang budak ni minta tolong tunjukkan jalan," balas jejaka yang lebih tinggi itu.

Siapa mereka ni? Pakai pakaian macam nak berlawan.

Suara fikiran lelaki itu kedengaran. Aku hanya tersengih kecil mendengar telatah mereka.

"Jom, kita gerak sekarang." Afliq mengajak dua kembar lelaki itu pergi. Aku hanya anggukkan kepala, menandakan bahawa aku akan mengikut mereka sekejap lagi.

"Kenapa awak tangkap mereka?" soal lelaki itu keliru. Berkerut dahinya memandang dua kembar itu sudah menjauhinya.

Aku senyum kecil, mendekatkan diri dengan jejaka itu.

"Kerana mereka... Istimewa," bisik aku perlahan.

522024

istimewaWhere stories live. Discover now