bab 19

350 34 2
                                    

Aku merenung telefonku lama. Sekian kalinya, aku membaca mesej dari nombor yang tak dikenali.

+60 12-345 678
Kau okey ke?

Siapa ni? Dahlah tak kenal, boleh tanya okey atau tak. Profilenya ditekan. Group yang dijoin adalah group kelas. Classmate?

Tapi siapa?

Setelah berjam berfikir, aku terus menaip mesej untuk nombor yang tak dikenali itu.

Ni siapa ya?

Aku pandang skrin telefon, tunggu balasan.

5 minit... 10 minit... 15 minit...

Hampa. Tuannya tak balas mesej yang dikirim. Telefon dicampakkan ke atas katil. Ingin ke dapur mencari makanan dan tonton series Loki season 2 yang baru sahaja keluar.

Belum sempat kaki aku melepasi pintu, bunyi notifikasi kedengaran. Segera aku mengambil telefon dan membuka aplikasi WhatsApp.

Aku merenung seketika membaca mesej yang dibalas. Hah?

+60 12-345 678
Bintang kaulah.

Bintang? Afliq? Afliq Astra yang acah pandai tu?

Astra?

Ya.

Ooo.

Kau okey?

Kenapa?

Tadi Chris buat kau.

Oh. Okey. Pedih sikit.

Okey.

Kenapa tanya?

Sebab boleh.

I hate you.

I hate you too.

Menyampahnya dengan Bintang ni. Selalu tak serius bila aku tanya. Kalau aku hempuk dengan bekas Ferrero Rocher dia bagi tu, memang masuk dalam tanah.

Bunyi notifikasi daripada Astra. Mata terus membaca mesej yang diberi.

+60 12-345 678
Kalau aku jawab dapat apa, Salji?

Salji?

Eira kan maknanya salji. 

Tapi kenapa panggil salji?

Kelihatan Afliq sedang typing. Sebelum dia balas dengan jawapan yang mengjengkelkan, cepat-cepat aku beri amaran.

Kalau kau jawab sebab boleh, aku guna kuasa Loki belasah kau.

Afliq yang sedang typing, berhenti menjadi online. Beberapa minit kemudian, dia typing semula dan membalas.

+60 12-345 678
Sebab kau macam salji.

Aku kerutkan kening. Aku macam salji? Apa yang sama?

istimewaWhere stories live. Discover now