bab 31

310 28 0
                                    

Semua yang berada di ruang utama tergamam. Memandang aku dengan riak wajah tak percaya.

"Oh? Ada juga yang kenal aku." Suara mama ketawa kecil.

"Izara? Apa semua ni?" Tuan Araf menyoal. Aku tahu Tuan Araf juga terkejut dengan apa yang kami semua ketahui tadi.

Aku geleng kepala. Mustahil. Mustahil mama adalah dalang semua ni. Tapi kalau betul, takkan papa dahulu tak tahu? Ataupun mama sudah tahu kegiatan papa selama ni dan mama khianati papa?

Tanpa menjawab pertanyaan Tuan Araf, mama terus memberi arahan.

"Siapa ejen kau yang seludup markas kami tempoh hari? Oh, Zryan kan?"

Kami hanya senyap menunggu mama meneruskan bicara. Tiada siapa yang berani mahu bersuara. Tambahan pula, kerana mama adalah orang yang kami semua kenali.

"Terima kasih, Zryan. Disebabkan kau kami tahu lokasi markas kamu semua. Mungkin kau tk ingat, yalah sebab minda kau dikawalkan?" Kemudian mama ketawa.

"Aku nak beri kamu semua peluang jika tak nak gunakan kekerasan."

"Peluang apa?" soal Adel kasar.

"Serahkan maklumat tentang manusia istimewa jika tak nak markas kamu semua dimusnahkan seperti dahulu."

Seperti dahulu? Markas mereka dahulu yang dimaksudkan oleh Zryan adalah markas yang sama dimusnahkan oleh mama?

"Cis, kau rupanya yang hantar konco-konco kau untuk serang markas kami." Euria pula bersuara.

"Oh, ada penambahan. Kami mahukan dia juga."

"Siapa?" Afliq tanya.

"Siapa lagi? Apa kod dia? 201?" Serentak itu semua mata memandang ke arah Euria. Aku yang masih bingung dengan kod-kod yang disebut cuba memproses. Euria? Kod 201?

"Mereka dah tahu Euria termasuk orang istimewa," gumam Tuan Araf perlahan.

Mataku membulat, memandang Euria yang sudah jelas kelihatan ketakutan. Zryan yang berada disisinya memeluk bahu Euria cuba untuk menenangkan isterinya.

"Macam mana? Setuju?"

"Tak mungkin!" Zryan menjerit membantah.

"Oh? Cepatnya kau tolak tawaran aku tanpa berfikir panjang. Baiklah, kalau itu yang kau mahu."

Setelah itu, suara mama sudah tidak kedengaran lagi. Lampu kembali menyala seperti sedia kala.

"Macam mana ni?" soalku memandang mereka semua yang berada disitu.

Bom!

Bunyi letupan bom yang berada diluar mengejutkan kami semua. Ruang utama bergegar sedikit menyebabkan kami semua hilang keseimbangan.

"Mereka dah sampai." Lapor Aurel ketika melihat melalui cctv yang dipasang diluar markas.

"Cepatnya!" Aku bersuara gelabah.

"Dengar sini semua. Kita kena berpecah untuk keluar daripada markas. Kita ada 8 orang, separuh daripada kita perlu berlawan untuk lindungi satu sama lain." Tuan Araf mula memberi rancangan.

"Adel dengan Kai ikut papa." Adel bersuara sambil memandang ke arah suaminya, Kai.

Kai mengangguk kepala. Setuju dengan cadangan isterinya. "Saya boleh bantu untuk tumpaskan mereka."

Tuan Araf angguk. "Baik. Zryan, kamu perlu bawa Euria keluar dari sini. Nampaknya mereka dah tahu dan mereka datang kesini untuk ambil Euria."

Zryan menundukkan kepala. Terpancar riak bersalah diwajahnya. "Maafkan saya, Tuan. Sebab saya-"

istimewaWhere stories live. Discover now