bab 24

341 30 0
                                    

Aku memandang tubuh Afliq dibelakang. Huh, Astra ni memang saja kan. Dahlah bag sama, boleh pula nak pergi sekali. Memang sah-sahlah orang lain nampak.

Kalau bukan sebab dia nak jaga aku, memang aku dah suruh dia pergi sendiri aje. Tapi memandangkan sekarang aku masih jadi sasaran mereka, terpaksa aku ikut arahan.

Afliq yang sedang berjalan itu tiba-tiba berhenti melangkah. Aku yang jauh daripadanya juga turut berhenti.

"Tiga," ujarnya toleh memandang aku.

"Hah?" Keningku bertaut.

"Tiga soalan."

Tiga soalan? Lama-kelamaan bibirku tersengih. Faham apa yang dimaksudkan olehnya.

Aku berlari anak mendekati Afliq.

"Tapi," Afliq angkat tangan, gaya seperti suruh aku berhenti. "Sambil jalan. Kalau tak, sampai tengah hari tak sampai sekolah." Terus dia sambung langkah.

"Okey!" Aku berjalan mengekori Afliq dari arah belakang.

Aku diam. Berfikir soalan untuk ditanyakan. Limit hanya tiga aje, salah tanya, memang terlepaslah aku.

Nak tanya apa eh?

"Lamanya fikir." Afliq pandang sekilas aku dibelakang.

"Ha! Soalan pertama. Macam mana kau boleh tahu aku kat bilik makmal tu? Keluar daripada atas pula tu? Dah macan Spider-Man tau?"

Serius Afliq mendengar soalan yang diutarakan. Kemudian dia tersengih. "Bilik makmal?"

Aku angkat bahu. "Dah bilik tu nampak macam makmal."

"Tugas aku untuk lindungi kau. Jadi di mana dan siapa kau berada, aku perlu tahu. Kau, tanggujawab aku."

Ayat terakhir Afliq berlegar di kepala. Kau, tanggujawab aku. Ya Allah Eira, sejak bila kau cepat perasan ni?

"Kalau kau nak tahu, aku ada lekatkan alat penjejak kat jam kau."

"Hah? Seriuslah? Bila? Tak perasan pun?" Aku menilik jam tanganku. Mencari sesuatu serupa alat penjejak.

"Rahsia." Afliq sengih. "Jangan risau, penjejak tu hanya akan tunjuk titik bewarna di mana lokasi kau berada."

"Jadi, bila kau sedar aku hilang kat tandas tu, kau jejak aku melalui jam tangan aku?"

"Yup. Dan terus aku tuju ke tempat itu. Nasib baik semua orang tak perasan lagi yang kau hilang. Sempat aku bawa kau semula ke hotel, dan reka cerita kau pengsan di tandas."

Aku angguk. "Okey, soalan seterusnya." Bangunan sekolah gah bewarna kelabu gelap sudah kelihatan dihadapan.

"Pistol. Macam mana kau boleh dapat?" soalku. Tuhan je tahu betapa terkejutnya aku bila Afliq keluarkan senjata api itu. Tapi nasib baik bukan pistol berpeluru.

Afliq terdiam seketika sebelum menjawab. "Itu memang senjata kami. Selepas aku rasmi mahir dalam penggunaan pistol, baru mereka berikan untuk jalankan misi. Aku belajar cara guna sejak aku berumur 10 tahun."

Keningku terjongket. Sejak dia darjah 4? Maknanya Afliq sudah hidup dengan benda ni sejak kecil lagi?

"Siapa tarik kau masuk dalam dunia ni? Keluarga kau tahu ke? Atau kau kena culik dan dibesarkan oleh keluarga luar supaya kerja macam ni?" soalku bertalu-talu.

"Aduh, lebih sangat soalan kau ni. Limit tiga je." Afliq tertawa kecil.

Alah, tak dapat pancing!

"Tak, aku sendiri pilih untuk masuk ke dunia tu. Jadi, aku dah belajar cara guna pistol selama 10 tahun. Tapi kau jangan risau, tak pernah lagi aku bawa ke sekolah." Afliq sengih.

istimewaWhere stories live. Discover now