bab 9

418 31 1
                                    

Cikgu Faridah duduk semula di tempatnya setelah menyebutkan nama yang telah ditetapkan.

Alhamdulliah, pelajar yang akan aku ajar semua perempuan. Iaitu Fana, Aurel dan Syara. Bolehlah bergurau sambil belajar. Kalau lelaki aku boleh bayangkan bertapa awkwardnya nanti.

Selesai Cikgu Faridah mengajar selama 15 minit, cikgu mengarahkan kami membuat latihan. Semua mentor perlu mengajar 'anak muridnya' membuat latihan.

"Weh Eira, ni macam mana? Aku tak faham," tanya Aurel yang berada di hadapanku.

Sejak akhir-akhir ini, aku dah mula rapat dengan Aurel. Tak tahu macam mana. Mungkin sebab dia pemalu, lebih senang nak berinteraksi.

Aku menjenguk ingin melihat soalan yang di tanyakan oleh Aurel. Sekali baca, tak faham. Dua kali baca, pun tak faham lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kejap eh, aku tanya cikgu. Sebab soalan ni pun aku tak berapa faham." Aku sengih.

Belum sempat aku bangun, terlihat Afliq sudah ke depan sambil membawa buku. Mungkin dia pun tanyakan soalan.

Bila Afliq sudah kembali di tempatnya, aku bangun mendekati cikgu.

"Cikgu, soalan ni macam mana ya?" soal aku menghulurkan buku latihan.

"Oh, soalan ni Afliq baru tanya tadi, boleh tanya dia untuk terangkan," jawab Cikgu Farida.

Aduh, nak kena tanya dia juga ke? Aku melihat ke arah kumpulan Afliq. 'Anak muridnya' semua pelajar lelaki.

Perlahan-lahan aku mendekati mereka. Walapun duduk dalam berkumpulan, tapi Afliq tetap pilih untuk duduk jauh dari pelajar yang lain.

Aku meletakkan buku latihan di hadapan Afliq. "Afliq, aku tak faham soalan 5." Macam tak ikhlas kan aku minta tolong?

Dia mendongak memandang aku seketika, kemudian menatap buku yang aku letakkan tadi.

Dia membaca soalan sebelum menjawab, "Tengok contoh yang ada kat atas ni. Salin nombor yang kat depan ni, lepas tu buat jalan kira. Cuma guna tambah, tolak atau darab je." terang Afliq.

"Faham?" soalnya sambil mendongak memandang aku.

Pipi terasa kebas. Kenapa dia pandang aku macam tu?

"Faham," jawabku pendek terus mengambil buku lalu beredar.

Aku duduk semula di tempatku dan menerangkan apa yang dikatakan oleh Afliq. Lepas semua dah faham, baru aku sambung siapkan latihan.

"Eira," panggil Aurel perlahan.

"Hm."

"Jadi ke kau belajar dengan dia?" tanya Aurel yang sedang memandang aku.

"Siapa?" soal aku blur.

"Afliq."

Dengar nama itu, terus aku menjeling Aurel tajam. 2 hari lalu, puas aku marah Aurel sebab buat keputusan tanpa tanya aku. Dia pun hanya sengih dan belanja aku coklat.

"Tak tahu lagi," jawabku. Ini lagi satu masalah nak kena fikir.

— 𓆩⚝𓆪 —

istimewaWhere stories live. Discover now