bab 11

402 33 0
                                    

Siapa je tak rindu dengan coach cantik dan baik hati ini?

Kami berdua memang dah rapat dengan Cikgu Bella. Macam layan kawan sendiri pun ada. Tapi kalau cikgu mula mengajar memang boleh tahan tegas. Sebab tu aku dan Arena boleh menjadi...

"Good luck akak leader," ucap Arena sambil menepuk bahu aku.

Aku menjeling kecil. "Kau pun sama eh, jangan mengelat."

"Nampaknya awak berdua kena penat sikitlah hari ni nak uruskan semua pelajar. Cikgu pun tak sangka boleh ramai macam ni. Kebanyakkannya semua ikut kawan, jadi kena tengok betul-betul yang mahir," arah Cikgu Bella. 

Kami berdua hanya mengangguk.

"Perhatian please!" laung cikgu menarik perhatian semua pelajar.

Aku, Arena dan cikgu berdiri di hadapan pelajar. Manakala wakil sekolah yang lain duduk di belakang, iaitu tempat duduk penonton.

"Assalamualaikum semua. Yang tengah tulis nama, tulis sambil dengar ya." Cikgu mula bersuara.

Aku dan Arena tekun berdiri di sebelah cikgu.

"Macam cikgu terangkan pagi tadi, pihak sekolah hanya mengambil pelajar yang mahir sahaja. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit, sebab wakil sekolah dah ada." Cikgu berhenti bebicara ketika seorang pelajar menyerahkan senarai nama yang ditulis tadi.

"Disini kita ada... 45 orang pelajar," sambung Cikgu Bella.

Aku dan Arena sedikit terkejut. Itu memang kuantiti yang ramai. Macam mana nak perhatikan 45 orang pelajar bermain?

"45 orang pelajar memang kuantiti yang ramai. Terus terang saya kata, hanya 5% dari kamu sahaja akan terpilih. Jadi, ada pelajar yang ingin tarik diri? Yang tak mahir lagi dalam permainan bola jaring?" panjang Cikgu Bella berkata.

Beberapa minit, terdapat enam orang pelajar mengangkat tangan. Ingin menarik diri.

"Baik, terima kasih kerana jujur dengan diri sendiri. Yang tarik diri boleh potong nama di senarai nama ya."

Setelah enam orang pelajar tadi beredar, cikgu menyambung, "Ada lagi yang nak tarik diri?"

Senyap. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Baik, semangat yang bagus. Tapi cikgu warning awal-awal, peluang untuk awak semua di pilih sangat tipis ya." Selepas tiada siapa yang bersuara, cikgu mengarahkan aku untuk ke depan.

"Cikgu perkenalkan, Eira Indra. Leader bagi permainan bola jaring. Eira akan uruskan kau orang dalam sesi pemilihan ni. Semua pelajar perlu hormat dengan keputusan Eira. Faham?”

Semua pelajar hanya mengangguk kepala.

Cikgu Bella memandangku dan memberi isyarat mata agar aku ambil alih. Nasib baik Netball Courts ini tertutup. Jadi aku yakin untuk bercakap depan orang ramai.

Aku melihat semua wajah pelajar yang berada dihadapan aku. Kebanyakkannya pelajar tingkatan satu. Mungkin ada wakil sekolah ketika sekolah rendah.

"Assalamualaikum semua, saya Eira Indra," ucapku lembut. Sebolehnya aku perlu tunjukkan sikap yang baik. Bukan boleh percaya dengan manusia. Aku cakap kat depan pun mesti ada yang dengki.

"Ini Arena, leader kedua dan pembantu saya. Dia juga akan tolong untuk uruskan pemilihan kau orang hari ini."

Arena mengangguk kecil ketika aku memperkenalkannya dengan pelajar lain.

"Baik, kita mula sekarang. Untuk pemain posisi GS sila beratur di kanan saya. Diikuti dengan posisi GA, GD, GK, WD, WA, dan akhir sekali center," arah aku sambil menunjuk barisan yang di tetapkan.

istimewaWhere stories live. Discover now