bab 22

338 29 0
                                    

Tajam aku pandang Afliq yang sedang berjalan di kawasan Pintasan Saloma dengan muka selamba. Lama aku tahan untuk tanyanya sewaktu makan malam tadi. Member seronok menikmati makanan, malas nak ganggu.

"Kau tak nak cerita ke?" soalku pada Afliq yang sedang menangkap gambar jambatan lampu yang terang itu.

"Cerita apa?" tanya Afliq selamba. Tangan masih ralit dengan telefon.

"Jangan pura-pura Astra Bintang. Macam mana kau tahu lokasi aku? Macam mana kau boleh ada pistol?" Aku perlahankan suara apabila perkataan pistol keluar daripada mulut. Aku yakin dia tak beritahu sesiapa tentang itu.

Gila. Siapa Astra sebenarnya?

Afliq lepas nafas kasar. "Maaf, Eira," ucapnya menunduk.

Aku diam, tunggu dia sambung.

"Aku tak tahu macam mana nak beritahu." Afliq garu kepala.

Aku mengeluh. "Kau kenal siapa yang culik aku?" Nak tunggu Afliq terus terang memang lambatlah jawabnya.

Afliq angguk kepala.

"Siapa Zryan? Apa dia nak dengan aku?"

"Kalau nak cerita siapa Zryan, panjang sangat. Tapi apa yang dia nak, maklumat tentang mereka. Dan kau sendiri tak tahu apa maklumat tu," jawab Afliq serius.

Dahiku berlapis. "Hah? Tapi kenapa mereka cari aku kalau aku sendiri pun tak tahu tentang maklumat mereka tu?" Perkataan maklumat saja aku tekankan, ingin tunjuk bahawa aku geram kerana Afliq tidak terus terang.

"Mereka salah faham, Eira. Dan disebabkan itu, kau kena tempias sekali."

"Afliq, straight to the point please." Aku menjelingnya.

"Dengar sini, mereka masih target kau. Tak mustahil dalam masa singkat ni, akan ada penculikan lagi. Sebab peluang untuk mereka dapatkan maklumat tu, hanyalah kau."

"Tak faham," kataku selamba. Aku suruh straight to the point, bukan bagi ayat belit-belit.

Afliq pandang aku semacam ingin hempuk dengan bantal. Tiba-tiba terlintas sesuatu dikepala, terus aku menyoal Afliq.

"Bintang!"

"Apa?" Afliq pandang aku dengan kening berkerut. Mungkin terkejut kerana aku panggilnya tiba-tiba.

"Apa maksud Zryan kata sejak bila kau jadi budak sekolah?" Aku meniru nada suara Zryan.

Afliq diam, pandang aku.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal aku bila Afliq masih tak jawab soalan tadi.

"Aku tua tiga tahun dari kau," kata Afliq perlahan.

Serentak itu mata aku membulat. Mulutku ternganga. Tiga tahun?!

"Hah?!"

"Woi, janganlah jerit. Orang dengar." Afliq menegur.

Aku tutup mulut. Mata masih membulat tak percaya. Aku tak salah dengar kan? Jadi selama ni aku belajar dengan orang berumur 20 tahun? Patutlah Afliq pandai semacam!

istimewaWhere stories live. Discover now