𝟑𝟎 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.6K 238 5
                                    

"EH, Qirah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EH, Qirah. Akak nak pergi tandas kejap tau" Ujar Nadra pada adiknya, Aqirah sambil menepuk bahu Aqirah yang sedang sibuk dengan aiskrim llao llao kegemarannya. Aqirah hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Nadra kerana terlalu fokus dengan aiskrim yang berada di dalam tangan. Sedap!

Nadra hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat perangai Aqirah yang seperti tidak menghiraukan dunia luar. Dia berlalu ke tandas manakala Aqirah pula mahu mencari tempat duduk yang dekat dengan tandas awam di dalam pusat membeli belah itu. Mata masih tertumpu kepada aiskrim, tak telan lagi aiskrim di dalam mulut dah masuk suapan yang seterusnya, sambil berjalan pula tu. Aqirah hanya memandang sekilas sahaja sambil mencari tempat duduk tetapi semuanya sudah penuh dengan manusia. Dia hanya mampu mengeluh sambil meneruskan perjalanan, masih mencuba mencari tempat duduk walaupun jauh. Pandai lah nanti Nadra mencari.

Sedang berjalan sambil menunduk, orang sekeliling tidak dihiraukan kecuali aiskrim yang berada di tangan. Tiba - tiba sahaja kepalanya terhantuk pada dada manusia, keras pula tu! Terhenti langkah Aqirah, tangan yang sedang memegang sudu aiskrim itu diangkat untuk menggosok kepala yang sedikit bingung itu. Ini manusia ke robot? Kepala didongakkan bagi melihat susuk tubuh yang sangat lah tinggi dan berpakaian kemeja lengkap. Wajahnya sangat lah beku, dahinya berkerut tanda marah, kepala ditundukkan sedikit bagi melihat Aqirah yang lebih rendah daripadanya.

Aqirah mengerdipkan mata beberapa kali, air liur ditelan kasar dan dapat dirasakan aiskrim yang dia makan tadi tapi tak lalu nak ambil lagi sesuap. Menggerunkan betul dia ni. Kepala terhantuk dada dia je pun itu pun nak marah—

Mata Aqirah membulat apabila melihat aiskrimnya tadi sudah selamat mencium kot yang berwarna hitam itu, dah lah banyak. Alamak! Patut lah seram semacam dia tengok! Sempat Aqira mengambil sesuap lagi aiskrim itu seolah - olah aiskrim itu dapat memberi kekuatan mental kepadanya.

"Maaf, encik. Saya tak perasan..." Akhirnya Aqirah bersuara selepas mengumpul kekuatan tadi, kepala ditundukkan sedikit kerana tidak mahu menentang mata dengan lelaki itu. Menakutkan! Tapi jejaka itu mengambil selangkah bagi mendekati Aqira, gadis itu pula mengambil selangkah ke belakang sambil memegang erat aiskrim di tangan. Apa pula mamat ni nak?!

"Maaf? Kau jalan pakai mata ke pakai aiskrim tu?" Sarkastik suara lelaki itu, garau dan juga dalam. Lagi lah Aqirah takut. Dah minta maaf pun nak marah lagi ke? Habistu dia nak Aqirah buat apa? Basuh kot dia? Memang tidak lah! Aqirah mencapai tisu bersih yang berada di dalam beg tangannya lalu dihulurkan kepada jejaka itu tanpa memandangnya.

"Kau ingat kalau bagi aku tisu ni boleh hilang ke bau aiskrim kau tu?" Soal jejaka itu dengan nada keras. Bersyukur lah orang dah bagi tisu! Asalkan ada sesuatu yang boleh menghilangkan aiskrim tu walaupun akan tinggal bekas. Aqirah mendengus sebelum mendongak untuk memandang lelaki itu. Ewah, ingat dia ni apa? Senang kena pijak dengan orang ke? Dia tak macam Nadra tau.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now