𝟐𝟗 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.8K 226 6
                                    

"APA kena dengan pensyarah kita ni ek? Kelas pertama je datang lambat, semester lepas Sir Rayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA kena dengan pensyarah kita ni ek? Kelas pertama je datang lambat, semester lepas Sir Rayyan. Kalini siapa pula?" Bebel Aisya dengan kening yang berkerut, sikunya diletak di atas meja sebelum menyandarkan pipi di atas tapak tangan. Nadra hanya mampu mengeluh sahaja melihat Aisya yang sudah bosan itu. Baru masuk semester terakhir dah macam ni. Cubit pipi tu nanti baru tau! Biar lebam sebelah.

"Amboi kau... mana lah tau pensyarah kita tu ada kecemasan macam Sir Rayyan?" Balas Nadra bersama gelengan. Dekat kolej memang Nadra biasakan dengan gelaran 'Sir' sebab dia tak nak orang tertanya kalau dia sebut nama Rayyan sahaja. Kalau boleh, Nadra memang tak mahu beritahu orang ramai tentang status dia dan Rayyan, bukan tak suka tapi Nadra mahukan privasi. Dalam kolej ni pun hanya Aisya yang tahu tapi cincin tunang masih lagi tersarung pada jari manis Nadra. Nak cabut buat apa kan?

"Maaf. Saya ada emergency tadi..." Suara yang sangat Nadra kenali itu menyapa gegendang telinga. Nadra menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia sedang memakai kemeja maroon bersama kot yang terletak kemas di atas kemejanya. Sampai bila nak sepasang dengan Nadra? Dah masuk kali berapa pun tak tahu.

"Patutlah kau back up... Tunang sendiri rupanya." Perli Aisya dengan bisikan. Senyuman senget diberikan pada Nadra, sengaja nak buat Nadra kemerahan. Sejak tunang dengan Rayyan, Aisya memang tak habis - habis nak mengusik Nadra.

"Mana ada! Aku pun tak tau dia mengajar kelas kita lagi." Marah Nadra dengan suara yang perlahan. Dah tau perangai Rayyan macam mana bila dalam kelas walaupun dah bertunang, takkan lah dia nak layan Nadra berbeza dengan cara dia layan pelajar lain. Tak adil tu!

"Are you guys done talking? Daripada semester lepas sampai lah semester terakhir, masih tak nampak ke saya yang besar ni?" Dah keluar dah sisi Rayyan yang menggerunkan itu. Tercekik air liur dibuatnya. Dah lama juga Nadra tak dengar suara dia yang tegas tu sebab dah biasa dengan Rayyan yang lembut dan sopan sekarang.

Macam biasalah, semua terdiam bila dengar suara Rayyan.

"Sir dah kahwin ke?"

Soalan itu membuatkan Nadra hampir tersedak air liur sendiri. Siapa pula yang berani tanya begitu ye? Nadra memandang jari manis Rayyan yang masih tersarung cincin itu, senyuman kecil terukir di bibir tetapi cepat - cepat dia menghilangkan. Bukan boleh percaya Rayyan tu, mata dia tajam. Semua benda dia nampak.

"Tunang." Balas Rayyan pendek sambil memandang sekilas ke arah Nadra. Tak sampai 5 saat pun sebelum dia memandang ke hadapan. Aisya pula hanya menyiku Nadra untuk mengusik gadis itu dan akibatnya, cubitan halus menghinggap ke pinggang Aisya. Nasib baik tak kuat, kalau tidak dah bergema dewan ni dengan jeritan Aisya. Jangan main - main, boleh luka kalau cubit dengan Nadra. Aisya pula hanya diam tak terkata, jelingan sahaja yang mampu dia beri pada Nadra yang sedang tersenyum jahat itu.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now