𝟒𝟕 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

4.7K 172 11
                                    

NADRA duduk di atas kerusi plastik yang terletak di sisi katil Rayyan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NADRA duduk di atas kerusi plastik yang terletak di sisi katil Rayyan itu. Tangan jejaka itu digenggam lembut sebelum membawa tangan itu ke bibirnya. Ciuman lembut menghinggap pada belakang tangan Rayyan, lama. Sempat juga air mata yang jernih itu jatuh membasahi belakang tangan jejaka itu sebelum dijauhkan bibir daripada tangan Rayyan.

Wajah Rayyan ditatap penuh cinta dan rindu, air mata tak pernah berhenti membasahi pipi Nadra. Lingkaran hitam di bawah mata itu semakin jelas, wajahnya pun nampak penat dan lemah. Disuruh makan, takde selera. Disuruh balik, nak duduk sini jaga suami. Disuruh rehat, takut Rayyan bangun. Dah banyak kali Nabeel pesan supaya jaga diri tapi Nadra kan seorang yang degil, bila je nak dengar cakap orang?

"Bila abang nak bangun? Tak rindu Nad ke...?" Sayu suara Nadra sambil menatap wajah tidur Rayyan. Tangan gadis itu bergerak untuk mengusap pipi Rayyan yang lembut itu. Kabur mata Nadra disebabkan air mata yang tidak berhenti. Tangannya yang lagi satu mengusap belakang tangan Rayyan.

"Dah seminggu abang tak bangun..." Ujar Nadra perlahan. Kini rambut Rayyan diusap lembut dengan jemari Nadra.

"Nad rindu abang... Sangat sangat..." Bisik Nadra, tersedu - sedu Nadra menangis di situ. Dahi disandarkan pada bahu Rayyan.

"Takde siapa nak lap air mata Nad... Takde siapa nak pujuk Nad..." Bisik Nadra lagi, terhinjut - hinjut bahunya.

"Nad akan sentiasa ada dekat sini dengan abang walaupun abang ambil masa bertahun untuk sedar, Nad akan sentiasa di sisi abang... Nad takkan tinggalkan abang seorang. Nad sayang abang..." Nadra mendongakkan kepala untuk melihat wajah Rayyan sekali lagi. Tak puas dia memandang raut wajah yang kacak itu.

"Nad tau abang kuat... Nad tau abang mampu lawan sakit abang... Nad sentiasa doakan yang baik - baik untuk abang... Stay strong, abang..." Dahi Rayyan dicukup lama sebelum dilepaskan. Nadra duduk kembali di atas kerusi plastik itu sambil mengusap tangan Rayyan.

Nadra mendengar pintu terbuka, dia mengelap sisa air mata tadi sebelum menoleh ke arah pintu. Aariz baru sahaja masuk ke dalam bilik itu untuk menjenguk Rayyan dan juga Nadra. Plastik yang berada di tangan Aariz itu dihulur pada Nadra.

"Ni apa, abang Riz?" Soal Nadra dengan suara yang sedikit pecah akibat menangis tadi.

"Nabeel bagi abang suruh bagi Nadra sebab Nadra tak makan lagi." Balas Aariz. Nadra mengambil plastik itu sebelum diletakkan di atas peha. Plastik itu ditenung tanpa rasa nak makan pun.

"Nadra makan lah dulu... Abang tengok Nadra dah kecut sikit sejak kebelakangan ni... Abang tahu Nadra risau dengan Rayyan tapi Nadra kena lah makan juga, kalau Nadra tak sihat macam mana nak jaga Rayyan?" Kata Aariz. Risau pula dia tengok kakak iparnya yang seorang ni. Kakak ipar yang lebih muda daripadanya.

"Nad tak lapar..." Nadra berkata perlahan, kepala ditundukkan. Plastik merah itu dimain dengan hujung jari.

"Tapi Nadra kena makan supaya Nadra ada tenaga nak jaga Rayyan nanti. Jangan siksa diri sendiri, Nadra. Abang yakin Rayyan pun tak nak tengok Nadra macam ni." Pujuk Aariz lagi sebelum mendekati tubuh Nadra.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now