𝟑𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.1K 215 7
                                    

"BILA masa pula aku rindu kau?" Jeling Nabeel selepas Nadra bersalaman dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BILA masa pula aku rindu kau?" Jeling Nabeel selepas Nadra bersalaman dengannya. Dahi Nadra dijentik oleh Nabeel membuatkan gadis itu merengek kesakitan sambil mengusap dahinya. Rayyan yang memerhati itu memukul bahu Nabeel sambil menjungkitkan kening.

"Sedap jentik bini aku?" Pamit Rayyan dengan nada gurau. Nadra menjelir lidah tanda mengejek ke arah Nabeel sambil menyembunyikan diri di belakang Rayyan. Nabeel hanya mengerdipkan mata melihat Nadra sebelum mencebik lalu dialihkan pandangan pada Rayyan dengan senyuman kecil.

"Sikit je tu. Tak sakit pun kan, Nad?" Soal Nabeel pada Nadra dengan penuh harapan. Rayyan menahan gelak apabila melihat Nabeel yang mula gelabah, mudah juga nak kenakan abang Nadra ni. Rayyan pun ada bakat belakon.

"Sakit tau..." Muncung mulut Nadra, wajahnya yang ceria diback up oleh Rayyan tadi berubah menjadi sedih. Suami isteri ni memang pandai belakon, boleh dapat A+. Nabeel mencebik apabila melihat Nadra yang manja itu, memang lah dah biasa tengok tapi yang ini macam nak kena siku. Rayyan memeluk pinggang isterinya lalu dikucup sayang kepala gadis itu.

"Kesian isteri abang ni... Sakit ye?" Pujuk Rayyan sambil mengusap dahi Nadra yang dijentik oleh Nabeel tadi. Nabeel hanya berdiri di situ tanpa buat apa - apa, tercengeng dia dekat situ sambil menyaksikan pasangan yang sedang beromantik itu. Nabeel menggaru kepala yang tidak gatal sebelum memeluk tubuh sendiri.

"Dah lah kau, malas nak layan!" Nabeel berlalu dari situ seakan - akan merajuk dengan adik sendiri. Dia melangkah naik anak tangga itu untuk menuju biliknya, Nadra langsung tak dipandang. Membulat mata Nadra saat melihat Nabeel yang tidak pernah merajuk itu. Dah kenapa pula dengan abang dia yang seorang ni? Tak pernah merajuk seumur hidup, tiba - tiba pula!

"Aik? Merajuk pula..." Omel Nadra sebelum tergelak kecil, dia mendongak untuk memandang Rayyan yang lebih tinggi itu lalu tersenyum manis. Rayyan pula memandang Nadra sebelum mengusap pipi Nadra dengan lembut.

"Tak nak pujuk ke?" Soal Rayyan lembut.

"Nanti lah... Mengada je dia tu, makin tua makin kuat merajuk." Omel Nadra dengan mulut muncung. Rayyan tergelak kecil mendengar omelan isterinya itu sebelum mengucup pipi Nadra.

"Lah... Tengah sibuk berdua rupanya... Kenapa tak masuk?" Suara ibu yang lembut itu membuat Nadra dan Rayyan serentak menoleh, ayah berdiri di sisi ibu. Mereka hanya tersengih seperti kerang busuk pada ibu dan ayah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, bu..." Nadra dan Rayyan mencium tangan ibu dan ayah sebelum mengambil tempat duduk di sofa yang empuk itu. Rayyan merapatkan tubuhnya dengan Nadra, tangannya memegang erat tangan isterinya sambil mengusap lembut dengan ibu jari. Nadra membiarkan perkara itu, dah tahu Rayyan suka melekat dengan dia.

"Nabeel mana? Bukan dia ada dekat bawah ke tadi?" Soal ibu yang baru sahaja mengambil tempat sebelah ayah di sofa di hadapan Rayyan dan Nadra.

"Merajuk bu... Nad bergurau je tadi." Balas Nadra, menahan diri daripada ketawa. Ibu mengeluh, ayah pula menggeleng kepala. Apa lah anak sulungnya itu, dah tua bangka pun nak merajuk. Malu adiknya sendiri yang tengok, macam budak sekolah!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now