𝟑𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

7.7K 238 15
                                    

PINTU bilik dikuak oleh Nadra, kepala sahaja dimasukkan untuk melihat suaminya yang sedang fokus memakai tali leher

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik dikuak oleh Nadra, kepala sahaja dimasukkan untuk melihat suaminya yang sedang fokus memakai tali leher. Senyuman manis ditayangkan apabila Rayyan menoleh ke arahnya. 4 hari lepas, mereka telah berpindah ke rumah Rayyan. Sejujurnya, Nadra rasa teruja melihat reka bentuk rumah suaminya itu. Semuanya Rayyan yang design, dari A sehingga Z. Penat juga mengemas barang Nadra yang banyak itu, iye lah dah bersuami kan? Mestilah banyak barang nak kena bawa. Nanti dah jarang jumpa dengan ibu ayah, takde lah Nabeel untuk kacau dia dan Aqirah untuk dia mengusik.

"Abang, Nad dah siapkan sarapan tau." Ujar Nadra yang masih memandang ke arah Rayyan dengan senyuman manis. Rayyan mengangguk sambil membetulkan tali lehernya. Kemeja yang berwarna putih itu dikemaskan. Harini Rayyan nak sepasang dengan Nadra. Gadis itu pula memakai blaus berwarna putih dan tudung pink lembut. Nasib baik bukan tema Blackpink harini kalau tidak esok tema Straykids pula!

"Okay, my love. Kejap lagi abang turun..." Balas Rayyan dengan senyuman manis. Nadra hanya membalas senyuman Rayyan sebelum merapatkan semula daun pintu lalu menuruni anak tangga untuk ke dapur yang besar itu. Dah 4 hari duduk sini pun Nadra masih tak puas nak tengok satu per satu. Estetik! Nadra suka benda estetik ni! Teh strawberi kegemaran Rayyan yang telah siap itu dibawa ke meja makan. Jenama pinggan, mangkuk dan cawan semua sama, tiada yang sesat pun. Ini memamg rumah impian Nadra tapi tak sangka pula ini juga rumah impian Rayyan. Jodoh!

Cermin besar yang berada di ruang tamu itu dipandang sambil membetulkan tudung yang sedikit serabai disebabkan memasak tadi. Rayyan nak sangat makan nasi goreng kampung daripada air tangan Nadra. Teringin katanya! Makeup pun tidak terlalu tebal seperti selalu, Rayyan pun tak galakkan dia memakai makeup yang tebal. Nak tebal - tebal depan suami je nanti. Nadra pun tak suka nak pakai tebal nanti dia sendiri yang rimas sebab dia mudah berpeluh. Nadra melangkah semula ke meja makan untuk menciduk nasi goreng ke dalam dua pinggan.

"Sayang..." Rayyan menegur dari belakang, lengannya melingkar di pinggang Nadra sebelum dia memeluk erat isterinya. Pinggang Nadra diusap lembut dengan ibu jari lalu dagu Rayyan disandarkan ke bahu Nadra.

"Ye abang..." Balas Nadra lembut, dia sudah tahu taktik suaminya bila dia sedang membuat kerja, suka sangat peluk dia dari belakang. Nadra sambung menciduk nasi goreng itu ke dalam pinggan tetapi senyuman diberi pada Rayyan. Ciuman lembut menghinggap di pipi Nadra.

"Wanginya isteri abang ni..." Ujar Rayyan lembut sebelum mencium pipi isterinya buat kali kedua. Mahu sahaja dia menyembamkan wajahnya ke tudung isterinya tapi nanti kena marah pula. Tudung perempuan jangan bawa main, boleh hilang mood nanti disebabkan tudung sahaja.

"Harini je ke wangi?" Usik Nadra sebelum menoleh ke arah suaminya dengan kening yang terangkat. Makin lama makin berani pula Nadra nak mengusik suami sendiri. Mana dia dapat keberanian tu pun dia sendiri tak tahu, yang penting dia selesa dengan Rayyan walaupun ada waktu dia masih malu lagi. Tak selalu dia berani macam ni.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now