𝟐𝟒 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.9K 308 26
                                    

"AND that woman is you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AND that woman is you." Sambung Rayyan dengan jujur. Mungkin di mata Nadra, ia hanya sekadar kata - kata yang semua lelaki boleh sebut tetapi sukar nak tahu kalau dia maksudkan setiap perkataan tersebut. Nabeel pun ada berbual juga dengan Rayyan tentang Nadra, dia tahu gadis ini kerap overthinking dengan keadaan sekeliling walaupun dia nampak keikhlasan orang itu tetapi terselit pemikiran negatif. Dia tak salahkan Nadra pun dan dia tahu tak guna kalau dia bercakap lebih tapi tak buktikan.

Jujur dalam hati Rayyan hanya ada Nadra seorang, tiada nama wanita lain di dalam hatinya kecuali Nadra. Gadis yang dihadapannya sahaja mampu membuatkan hati berdegup dengan hebat. Rayyan nekad untuk memperisterikan Nadra tanpa sebarang keraguan. Tiada sebarang kesalam pun yang ada bila dia berjumpa dengan keluarga gadis itu.

Rayyan memperhatikan reaksi Nadra yang sedang kemerahan seperti tomato itu. Comel! Berkerut dahi Rayyan sebelum melarikan pandangan. Lama betul menatap wajah cantik tu!

Nadra pula hanya diam tak terkata.

"Kalau Nadra nak tahu, saya tak pernah bercinta sepanjang saya hidup apatah lagi jatuh cinta. Saya sendiri tak faham apa erti cinta itu." Jelas Rayyan, bukan mahu riak tetapi dia mahu Nadra tahu tentang dirinya yang tak biasa dengan 'cinta'.

Wajah Nadra berubah terkejut, dia mengangkat kepala dan memandang Rayyan dengan mata yang sedikit membesar. Nadra ingatkan dia ni duda ke apa! Tak pernah jatuh cinta? Ye ke? Takkan lah tak pernah ada cinta monyet waktu sekolah dulu?

Rayyan masih mencuba untuk memikat hati Nadra dengan kejujurannya sendiri. Tak guna menipu. Rayyan rasa dia tidak cukup lagi berusaha untuk memiliki gadis ini. Kalau lah dia boleh culik Nadra, bawa jumpa tok kadi terus mungkin dia dah buat tapi dia tahu apa pengakhirannya nanti. Nadra akan jatuh benci pada dia kerana memaksa.

"Sir tak pernah ada cinta monyet ke waktu sekolah dulu?" Soal Nadra ingin tahu. Mana lah tau ada momen baling surat dekat crush ataupun datang sekolah semata nak jumpa crush.

Rayyan tergelak kecil sambil menggeleng kepala. "Kawan baik saya sendiri risau tengok saya yang tak suka dengan mana - mana perempuan dekat sekolah, dia ingat saya gay macam awak cakap haritu." Balas Rayyan.

Membulat mata Nadra. Dia ingat lagi ke? Alah, bukan dia sengaja pun nak cakap macam tu.

"Erk... Mesti Sir pandai kan dulu." Nadra cuba mengubah topik.

"Takde lah pandai mana, saya biasa je." Balas Rayyan. Padahal dia lah selalu dapat tempat pertama di dalam kelas dan satu batch. Spm pun straight A+. Apa yang biasanya? Dia cuma taknak berlagak depan Nadra. Dia pun berusaha keras untuk dapatkan apa yang dia nak, macam semua pelajar.

"Nadra. It might be cringe but after you came into my imperfect life, you've shown me the meaning of love. Mungkin awak tak tahu tapi saya sendiri yang rasa." Sambung Rayyan apabila melihat Nadra yang kembali senyap. Anak mata mereka hanya menatap antara satu sama lain.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now