𝟓𝟔 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

5.2K 166 22
                                    

"ABANG nak makan apa harini? Alang - alang Nad nak basuh baju dekat rumah, boleh Nad masak sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG nak makan apa harini? Alang - alang Nad nak basuh baju dekat rumah, boleh Nad masak sekali." Kata Nadra sambil melipat telekung untuk diletakkan ke atas sofa. Baru sahaja selesai solat subuh dengan suaminya.

"Tak susahkan sayang ke?" Soal Rayyan sebelum mencapai sejadahnya dan sejadah Nadra untuk dilipat lalu diletakkan di atas sofa juga.

"Tak lah abang, Nad dah lama tak masakkan untuk abang sejak mengandung ni. Rindu pula nak memasak." Balas Nadra sambil memandang ke arah Rayyan yang lagi tadi tidak mengalihkan pandangan daripada wajahnya. Cantik sangat agaknya isteri dia.

"Betul ni?" Soal Rayyan, ingin memastikan yang dia tak susahkan isterinya yang sedang mengandung. Walaupun perut masih kempis tapi dia agak risau dengan keadaan Nadra, sekarang juga kena jaga kalau tak nak apa - apa jadi kemudian.

"Iya..." Meleret suara Nadra sebelum tergelak kecil. Comel lah suami dia ni.

"Kalau macam tu, abang nak udang masak butter dengan sotong sambal, boleh?" Pesan Rayyan.

Nadra tersenyum lebar.

"Mesti lah boleh! Nad pun dah lama tak makan dua tu." Balas Nadra dengan teruja. Lama juga dia tak makan lauk yang Rayyan pesan tadi.

"Be careful, okay? Kalau ada apa - apa, jangan lupa call abang." Sempat Rayyan menitipkan pesanan. Nadra kan clumsy, kena lah selalu ingatkan kalau tidak jatuh tak pun terlanggar.

Sigh.

"Okey abang!" Nadra menunjukkan simbol 'okey' menggunakan jemari. Senyuman manis diberikan pada Rayyan sebelum dia mencapai tudung sarung berwarna coklat yang tergantung di atas kerusi plastik.

"Nad pergi dulu, abang rehat lah dulu. Lama kalau nak tunggu Nad masak." Pamit Nadra sebelum mencium belakang tangan Rayyan. Jejaka itu senyum segaris lalu mencium dahi Nadra lembut.

"Alright, drive safely." Pesan Rayyan lagi sebelum memerhati susuk Nadra yang keluar daripada bilik pesakit.

...

Rasa tak sedap hati mula menyulubungi diri Rayyan. Telefon pintar itu dipegang erat dalam tangannya, terpapar nombor telefon Nadra pada skrin itu. Sudah berpuluh kali dia cuba menghubungi Nadra tapi gadis itu tidak jawab walaupun sekali. Mahu sahaja dia keluar daripada hospital ini tapi kalau Nadra tahu mesti dia risau tapi sekarang ni, dia lagi risau akan gadis itu. Kalau ada sesuatu yang jadi macam mana? Kalau Nadra dalam bahaya macam mana? Dah lah tengah mengandung gadis tu.

Rayyan melompat turun dari katil dan lari keluar daripada bilik, telefon pintar masih lagi di tangan. Tak putus - putus Rayyan mengharap yang Nadra dalam keadaan yang baik. Dia keluar daripada pintu utama hospital tanpa selipar. Kaki ayam. Wajah sudah berkerut kerana risau. Bila cuba menghubungi Nabeel, pun tak jawab juga. Entah - entah mereka berdua dalam bahaya. Cuba hubungi Aqirah tetapi gadis itu tak angkat. Kenapa bila dalam situasi begini, semua tak jawab.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now