BAB 7

93 4 0
                                    

Keesokan harinya Tya dipanggil guru kelasnya.Tya pun terus melangkah ke bilik guru bersama Deyla .

''Assalamualaikum..cikgu ada  panggil saya ya ? Soal tya dengan suara yang agak perlahan.

''Haah betul..kejap ya ,kamu masuk kejap sebab cikgu nak bagi senarai gerai yang nak berniaga masa hari kantin .nanti kamu tolong cikgu susun ya..kalau dah siap semua nanti bagitau cikgu ya.."

''Okay cikgu boleh...saya masuk kelas dulu ya..

Tya pun mengambil senarai tersebut dari meja cikgunya dan sampai sahaja dikelas, tya melihat Fira dan Nelly sedang asyik  berborak tentang budak handsome dikelas sebelah.

''Wei cerita pasal orang je korang ya..tak ada ke benda lain nak diceritanya dari jauh dah dengar suara kauorang..jerkah Deyla kepada Fira dan Nelly."

''Mana ada cerita pasal orang ,tengah cerita fakta sebenar sebabnya macam tak pernah nampaklah mamat tu..setahu aku kat kelas sebelah tak ada muka yang handsome macam tu jah.." Jelas Nelly sambil tepuk bahu Deyla.

''Woi sakitlah ! Jerit Deyla. Kalau ya pun handsome Tak payah lah sampai pukul aku...kemain beria  kau ya.. nanti aku bagitau pakwe kau baru tau..Kali ini giliran Deyla pula yang menepuk bahu Nelly"

''Tapi kan memang Handsome beb budak sebelah tu ,aku terserempak pagi tadi..aku rasa nilah lelaki yang paling handsome aku pernah tengok.."terang Fira kepada Deyla.

''Tak payahlah lebih sangat bagi  rating tu, baru je  semalam kau cakap si Ayish tu handsome .hari ni cepat betul kau dah ubah fikiran ya.." kata Deyla.

,''Dahlah korang ni..Cerita pun cerita jugak tapi tolong aku dulu..takkan kau nak tengok aku menderita seorang, daripada korang sibuk  bergosip meh tolong aku nak susun majlis hari kantin jumaat ni. Adalah juga pahalanya.."Bebel Tya sambil menjeling ke arah kawan - kawannya.

''Tenang lah beb Mestilah aku tolong nanti..siapa lagilah yang rajin kalau aku tak tolong kau kan..diaorang semua tak boleh harap sangat nanti kecewa hati kau lalu boleh buat kau  terus terluka.." Deyla sempat memerli Fira dan Nelly.

''Kau pun sama,jangan cakap je kang bunyi loceng kau orang pertama hilang dari radar..kata Tya kepada Deyla.

''Ya lah aku tahu...hari ni aku janji aku stayback tolong kau .."jawab Deyla.

Krakk
Bunyi  pintu kelas dibuka oleh cikgu Diha .

''Assalamualaikum semua.."

''Wasalam cikgu diha.."

''Okay kelas ,ambil semua buku nota  ni dulu.. cikgu nak edarkan kertas sebab hari ni cikgu nak buat peperiksaan tapi tak mengambil masa yang lama .cikgu nak review untuk tajuk lepas yang kita dah habis tu. Ambil seorang satu set . Cikgu bagi masa 1 jam 30 minit ya....tidak perlu jarakkan meja. "

''Okay cikgu "

''Ingat semua tulis pakai tangan bukan pakai mulut ya.."

''Aduhai masa ni pulak nak ada exam ,dah la malam tadi aku sibuk  habiskan drama korea sampai tengah malam..patutlah semalam aku macam tak sedap hati rupanya nak ada periksa hari ni .." rungut Nelly kepada rakan sebelahnya.

''Kau ni banyak alasan lah cakap jelah kau tak belajar, kan senang tak payah panjang sangat cerita tu.." Jawab Deyla sambil memandang  ke arah Nelly.

''Diamlah kauorang aku nak fokus jawab soalan ni.."marah Fira sambil menjelingkan matanya.

''Alahai kau ni acah acah pelajar harapan cemerlang pula ,padahal selalu je dapat number dua.."Kata Deyla kepada Fira.

''Eh okaylah Ada juga dapat  number dua ,daripada kau tu tak pernah dapat number dua..ish .cocok mata kau nanti.."

''Korang gaduh jelah sampai esok tak payah jawab soalan periksa ni.."marah Tya sambil membesarkan matanya.

*******Selepas habis masa 1 jam 30 minit*******

''Baiklah semua dah siap ya ? Syafiq kamu kutip semua kertas letak kat meja depan."

''Baik cikgu"

Syafiq pun bangun dari mejanya dan mula kutip kertas satu persatu  dan meletakkan diatas meja cikgu Diha.

''Okay Kelas ,masa saya dah habis..saya keluar dulu ,keputusan  nanti saya bagi ya..jangan lupa buat nota bab baru yang kita mula semalam ya..esok kita bincang semula.."

''Baik cikgu ."

Cikgu Diha pun mengambil bag tangannya dan melangkah keluar kelas .

''Eh kau dapat jawab semua soalan ke tadi ?" Tanya Fira kepada kawan-kawannya.

''Taklah...aku baling dadu je tadi ,terus dapat jawapan .jawab Nelly kepada Fira.

''Eh boleh bawak dadu ke?ya je kau ni Nelly? "

''Mana ada dadu..dia pun tak pernah  main dam ular...nak datang dadu dari mana Fira oi..  kau ni percaya sangat lah dengan dia.Jelas Deyla kepada Fira.

''Malas ah aku layan kau ,tak habis asyik kenakan aku.." Fina pun merajuk sambil memandang ke arah lain.

''Haa.itulah kau cakap sikit merajuk,asyik nak merajuk je kau ni tau..kacau sikit je pun...lepas habis kelas nanti aku belanja kau aiskrim ya.."Nelly cuba memujuk hati Fira.

''Tapi Aku nak juga..kau belanja lah aku sekali ek...Kata  Deyla.

''Okay aku belikan untuk kau juga ,tapi kena guna duit kau..Jawab nelly sambil ketawa besar.

''Okay boleh ,tapi  guna duit dari dompet kau..."

''Biar aku yang belanja korang nanti..yang penting kena  tolong aku dulu.." Tya membuka bicara.

''haa.tu yang kitaorang nak dengar tu.."

''haa..tunggu apa lagi..Korang tak kemas lagi ke barang-barang ,lepas ni kita kan nak kena pergi bawah susun tempat niaga  jumaat ni, lepastu nak kena jumpa setiap orang yang jualan ni lagi..cepatlah korang.. kan lagi 5 minit nak balik dah ni...Jelas tya kepada Kawan-kawannya.

Kriiing !!!!

''Haa kan betul dah bunyi...baru je aku cakap dia dah bunyi...aku tunggu korang kat bawah tau..jangan balik terus ,aku tumbuk muka sensorang nanti.."

''Amboi yang ini pun..aku taulah kau ada karate ,tak habis  asyik nak tumbuk orang je ya....kau jangan sampai aku taekwando kau nanti.Jerit Deyla kepada Tya yang sudah berada ditangga bawah.

''Ala kau tu taekwando pun baru je mula kelas semalam..Kalau lawan dengan aku kau mesti kalah..."Kata Fira kepada Deyla.

''Diamlah kau ni pun.. orang dengar nanti..malu dok aku..kuang ajar ek kau.."

''Aku turun dululah ...Cepatlah korang tu, nanti makcik kat bawah tu membebel malas aku nak dengar  kuliah asar dia"

''Yelah..aku dah siap ni jomlah turun..."

Sampai sahaja dibawah tya  mencekak pinggang dengan muka yang agak merah kerana berdiri ditempat yang panas dengan agak lama juga untuk menyusun  khemah niaga tersebut.

''Woi korang mengelat ya...dah separuh baru nak turun ea.."

''Eh tak lah mana ada , kawan kau Fira ni banyak songeh..dia telah menyebabkan kami lambat wahai Tya Humaira."

''Dah tak payah nak ambil hati aku,baik kau susun kerusi ni lagi bagus tau.."

''Okay boss!!"

Mereka pun bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan hari kantin sekolah mereka sehingga pukul 5 petang.Setelah selesai mereka semua pun bergerak balik rumah masing masing dalam keadaan yang lelah tapi berpuas hati kerana dapat menyelesaikan kerja yang telah diamanahkan.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now