BAB 10

66 3 0
                                    

''Tya ? Dah bangun ke tu? Kamu tak pergi bersenam ke hari ni? Jangan kata mama yang tak kejut kamu.."

'Tya membuka mata dengan perlahan-lahan dan melihat jam loceng disebelah.

''Kejap lagi Tya turun,Tya dah bangun dah ni.." Jawab Tya dengan suara yang tersekat sekat.

Tya pun terus menuju ke bilik mandi dan bersiap untuk bersenam di taman rekreasi berdekatan rumahnya.

Setelah selesai bersenam tya pun bergerak pulang ke rumah,didalam perjalanan pulang dia melihat Ina sedang asyik menyiram pokok .

''Ina,rajinnya pagi-pagi menyiram pokok bunga ya.." tegur Tya.

''Eh kau bukan tak tau mak aku sayang betul dengan pokok bunga dia ni. Aku rasalah kan kalaulah aku dengan pokok bunga ni lemas kat laut..mak aku mesti selamatkan pokok bunga dia dulu tau. "

''Kau ni Ina pagi-pagi dah buat lawak antarabangsa ya.." Jawab Tya.

''Memanglah mak selamatkan pokok bunga tu..kamu kan pandai berenang.." kedengaran suara mak ina menjawab dibelakang.

''Haa.betul tak Tya aku cakap? Kau tak percaya...aku tak buat lawak..memang fakta tu.."

''Eh kejap Humaira Mak cik nak bagi nasi lemak ni haa.."

''Ya allah terima kasih mak cik Nab...Tya langsung memberi senyuman yang paling manis ,mana taknya Mak ina merupakan seorang tukang masak .tidak hairanlah semua makanannya sedap.

Setelah Tya mengambil makanan tersebut ,Tya pun bergerak pulang kerumahnya.

''Assalamualaikum.."

''Dah balik ke? Telefon kamu tu tak berhenti bunyinya..entah siapa yang whatsapp kamu tu..naik pening mama dengarnya..".

''Okay Tya pergi ambil telefon Tya..mama jangan makan ya nasi lemak ni..tunggu tya.."

''Eh budak bertuah ni,banyak macam ni pun kedekut.."

Tya melihat semua mesej tersebut adalah dari Ryan Haider.Tanpa Tya sedari Tya telah mengukir senyuman setiap kali  melihat semua mesej yang dihantar oleh  Ryan Hayder . Ryan juga membuat panggilan berulang kali. Ketika  Tya melihat semua chat dari Ryan ,telefon bimbitnya berdering sekali lagi  dan terpapar nama Ryan Hayder  di skrin.

''Hello Ryan? Ada apa tu?"

''Awak okay ke? Saya cari awak dari pagi awak tak balas saya pun..awak asyik nak lari je ya Tya.."

''Saya ada jelah..saya tak  bawa telefon tadi..okaylah saya nak sarapan ni...mesej jelah ya..bye."

Sekali lagi panggilan diletakkan tanpa sempat Ryan Membalas Bye untuk Tya.
Tya terus turun ke bawah untuk sarapan.

''Haa..mama makan ea? " soal Tya.

''Ada banyak lagi untuk kamu..buat penat ajalah kamu bersenam kalau sarapannya nasi lemak.."

''Ala mama...hari ni ja lepas ni tak buat dah..."

''Minggu lepas pun kamu cakap macamtu..kamu lupa ke? "

''Oh ye ke ma? Kali ni betul-betul ma.."

''Yelah tu Tya..mama memang percaya semua yang tya cakap tu...

Tya pun makan nasi lemak sambil membalas whatsapp dari Ryan Hayder.
Setelah selesai makan tya meminta izin untuk keluar sebentar untuk mencari barang untuk membuat pembentangan esok disekolah. Tya mengajak Nelly teman kerana Nelly yang paling dekat dengan rumah Tya.Mereka pun berjanji untuk berjumpa.

Tya mengenakan baju corak bunga dan skirt labuh berwarna putih..itu sahaja sudah cukup membuat Tya menyerlah.

Setiba di tempat yang dijanji,terlihat Nelly tengah asyik memilih baju untuk dibelinya.Tya pun terus melangkah kearah Nelly

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now