BAB 29

68 3 0
                                    

Hari ini Tya pergi kerja menggunakan kereta Fayyadh walaupun sebenarnya dia tidak berani bawa kereta yang bukan kepunyaannya.Namun bagi mengelakkan bos nya bising dia pun beranikan diri untuk memandu kereta tersebut. Hari ini Tya ada kelas separuh hari. Oleh itu ,dia akan berada di Office separuh hari sahaja.

Fayyadh Syah yang telah sampai lebih awal sempat melirik Tya Humaira masuk ke biliknya.Dia juga sempat melihat Tya memegang kunci kereta yang telah dia berikan.

Sampai sahaja di meja Tya.dia meletakkan bag tangan atas meja dan pergi ke tandas terlebih dahulu. Fayyad hanya memerhati daripada jauh.

Setelah Tya kembali ke mejanya, Tya  mendapat panggilan dari mamanya.

''Hello mama?Tya nak mula kerja ni..ada apa mama?  " Soal Tya kepada mamanya.

''Tya hari ini lepas sahaja kelas terus balik rumah tau..ada perkara yang mama nak bincang dengan Tya..hal ni penting tau melibatkan hidup dan Mati tau.." Jawab mama tya.

''Aik penting sangat tu mama risau Tya sampai dah  melibatkan hidup dan mati " jawab Tya kepada mamanya.

''Ya betul..nantilah kamu sampai rumah baru kita bincang.." Tambah mamanya lagi.

''Okay lah mama tunggu Tya balik...Tya nak kena siapkan kerja dulu..kang jadi singa pula bos Tya tu.."

''Eh kamu ni Tya..pagi-pagi dah mengumpat bos kamu"

''Ala mama bukan sekalu , seminggu dalam 5 kali aje mengumpat dia.."

''Ish..ada aje kamu ni Tya.okaylah baik-baik kerja tu.."

''Baik mama..bye! "

Tya meletakkan telefon bimbitnya di dalam bag semula , dia baru sahaja perasan ada kertas kerja dia yang hilang,dia pun mencari-cari kertas tersebut.ketika dia membuka lacinya ,baru dia teringat tentang hadiah yang dia dapat di meja kerja  setelah dapat keputusan cemerlang masatu. Sekali lagi dia mengeluarkan rantai tersebut dan x cuba memakainya .

''Cantik gila kan rantai ni..tapi siapa yang bagi ya haritu..nak cari pun langsung tak ada kad atau nama..aku pakai aje lah lagipun inikan hadiah aje..entah-entah Kak Ji yang bagi kot" Ngomel Tya didalam hati

Tya pun membuat kerja yang ada dengan sehabis cepat yang boleh ,kerana dia masih ada kelas yang perlu diselesaikan,bekerja sambil belajar adalah perkara yang agak sukar untuk Tya,namun Tya tetap tidak berputus asa untuk  terus kuat.Tya pun keluar pejabat sambil menberi signal pada bosnya untuk memberitahu dia pulang untuk pergi ke kelas .

**************************************************************************

Selesai sahaja kelas ,Tya pun terus pulang ke rumahnya. Keluarga Tya pun sudah berkumpul,hanya  menunggu Tya diruang tamu.

''Assalamulaikum..Tya dah balik ni..hmm Kenapa ni ada masalah besar ke ?kenapa semua muka serius je..sampai papa pun balik rumah awal " Soal Tya.

''Waalaikumussalam..ya memang kami ni serius nak berbincang dengan kamu.." Jawab mama tya.

''Kita ada masalah apa mama ? Janganlah buat Tya takut.."

''Semalam  Ada orang masuk merisik dan meminang kamu, mama dah cakap yang kamu ni sekarang masih tengah sibuk belajar sambil bekerja..tapi dia kata dia nak mengikat pertunangan dulu."

''Bertunang? Siapa pula ma?Tya kenal ke orangnya tu? Tanya Tya lagi.

''Dia dah bagi mama cincin merisik dan bertunang  untuk kamu.Tya tengoklah dulu...mama dan papa memang dah berkenan sangat"

'''Oh..Kalau okay untuk mama dan papa..Tya terima je". Jawab Tya Ringkas.

''Betul ke ni Tya? Alhamdulillah...dah lama sangat mama berkenan dengan budak tu..haa.nak tengok tak gambar dia? Tanya mama Tya.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now