BAB 17

54 3 0
                                    

Awal pagi lagi Tya sudah tercongok didepan pintu syarikat Fayyadh Syah.
Tya sempat memerhati keadaan sekeliling bangunan tersebut .syarikat Fayyadh Syah sangat besar dan mempunyai ramai pekerja . Tya hanya melihat satu per satu pekerja Fayyadh Syah masuk untuk bekerja.

Sedang Tya asyik melihat sana sini.ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh dan datang semakin mendekat dengan Tya.

''Maaf bertanya..awak ni namanya Tya Humaira ke? "

''Ya kak..saya Tya..macam mana akak boleh tahu nama saya ya?"

''Mestilah akak tahu , semalam bos dah beritahu yang dia akan ada setiausaha peribadi baru,siap puji melambung lagi tau..hari ni dia masuk lambat sikit ,tiba-tiba ada hal yang perlu dia selesaikan..nama akak Fauziah..panggil aje kak Ji"

''Oh maaf kak Ji, sebelum ini siapa yang jadi setiausaha Fayyadh Syah? Maaf maksud saya setiausaha Bos? "

''Tak ada sesiapa pun Tya..kak Ji ni lah yang kena uruskan semua..kak Ji pun tak faham kenapa dia tak cari setiausaha dari dulu lagi..kebanyakan semua dia buat sendiri..kak Ji tolong apa yang patut jelah..ni Tya ada nanti  dapatlah bos tu balik awal sikit..nanti kak Ji ajarlah Tya  ya..jangan risaulah kak Ji ada "

''Terima kasih banyak lah kak Ji sebab nak tolong Tya"

''Tapi Kak Ji nak Bagitahu Bos kita tu memang lah tegas ,tapi dia baik je sebenarnya..Bos kan mestilah garang..ayat dia tu memanglah kadang-kadang susah nak terima ,tapi dah nama  kerja kan kenalah profesional.." Terang kak Ji.

''Maksudnya Bos tegas ke kak ji? Takut pula saya dengar.."Jawab Tya.

''Eh tak lah..kalau tak buat salah takkan lah bos tu tiba-tiba nak marah..dia makan nasi bukan makan orang..kak Ji dah kerja dengan dia lama dah..dah cukup faham dengan perangai dia.."tambah kak Ji lagi.

''Oh okay kak kalau macamtu.."

''Jom masuk kak Ji nak Tunjukkan bilik Tya. "

''Tya ada bilik juga ke Kak Ji ? ".

''Itu semua arahan Bos kita tu,kak Ji ikutkan sahaja.. nanti kak Ji pula yang kena marah.."

Sampai sahaja dibilik kerja Tya.tya berdiri terpaku .

''Tya masuklah yang kamu tercegat kat pintu masuk tu dah kenapa ?"

''Tya rasa yang ni bukan bilik Tya..mungkin bos tersalah bagi bilik ni.."

''Lah dah kenapa pula ? Semua dekorasi ni boss yang minta  khas untuk kamu tau Tya..mana mungkinnya dia tersalah bagi bilik.."

Tya melihat sekeliling bilik..dekorasi semua sesuai dengan citarasa Tya..sungguh Tya tak sangka dengan keadaan bilik kerja  tersebut

Tya pun duduk ,sementara kak Ji mengambil beberapa fail untuk diberi kepada Tya.

''Tya ? Ni semua fail tentang syarikat..kamu boleh tengok ,belajar sendiri dulu..nanti ada soalan boleh panggil kak Ji kat sebelah ya.."terang Kak Ji.

Tya hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju kerana Tya masih lagi merasa tidak percaya berada di bilik yang sangat indah. Hal ini kerana , semua yang Tya suka ada dibiliknya termasuklah  makanan dan minuman ringan kegemarannya.Mula terdetik dihatinya kalau macam inilah gayanya tak sambung belajar pun tak apa.

Tya pun membelek fail yang ada ,Tya sempat melihat carta organisasi syarikat .dia melihat syarikat yang diketuai oleh Fayyadh Syah itu sangat besar,tapi makcik hasnah tidak pernah meninggi diri ,selama ini dia hanya beritahu Fayyadh Syah merupakan pengurus di syarikatnya yang kecil.

Ketika Tya sedang fokus ,Tya melihat Kak Ji datang ke arahnya .

''Tya , Boss dah masuk..dia kata dia nak jumpa kamu sekejap..Jom Kak Ji temankan.."

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now