BAB 1

537 9 1
                                    

Ding dong !!
Ding dong !!

''Aik Bunyi loceng rumah aku ke? Siapa pula yang datang waktu hari cuti macam ni..hmm..aku baru nak santai-santai tengok cerita korea..."Bisik hati tya sambil mengunyah popcorn yang dibelinya semalam .

''Tya ! kamu pergilah tengok siapa yang datang tu..mama tengah sibuk kat dapur ni...kalau nak harapkan kamu tu memang tak makan lah kita semua.."Kata mama Tya dengan nada yang sinis.

''Ala mama ni kan selalu macam tu...Tya cakap sikit je tp mama bebel dekat tya panjang pula..hmm..Okaylah Tya pergi tengok..,"

Setibanya dipintu, Tya melopong kerana terkejut sahabatnya datang kerumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

''Wei korang ! mana tau rumah aku ? Kata tya dengan muka yang terkejut.

''Lah.. bukan ke kau sendiri yang bagi kitorang alamat rumah kau kan ..lagipun kitorang dah call 3 Kali kan...kau yang tak angkat.."Kata Nelly dengan nada suara yang agak tinggi.

''Entah kau ni lepas tu buat lupa pulak
Kau kan dah janji dengan kitorang nak keluar dengan kitorang study group dekat perpustakaan..lepas itu kita nak pergi ke pusat komputer kan siapkan tugasan yang cikgu bagi tu..."giliran Fira pula yang membuka mulut.

''Arghh sudah...handphone aku ada dekat bilik lah tengah charging. Aku lupa wei nak beritahu mama aku..kejap ya.. korang masuk dulu...aku kena pergi bersiap dulu..".Kata tya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

''Hah..apa yang kecoh dekat luar tu Tya !"
Jerkah mama Tya kepada anak kesayangannya .

''Kawan-kawan Tya datanglah mama nak ajak pergi study group dekat luar..boleh tak ma?" Soal tya dengan mengerlipkan matany berulang kali agar mamanya memberi keizinan untuk dia keluar.

''Boleh..tapi pastikan belajar ya semua.. Haa...jemputlah kawan-kawan kamu masuk dulu, kejap lagi mama hidangkan air.."Kata mama Tya dengan senyuman yang manis .

''Okay Ma ,arahan diterima...hehehe." Tya sempat gelak kecil melihat reaksi mamanya yang mudah berubah mood mengikut keadaan.

Tya pun terus bergegas naik ke bilik atas untuk bersiap.Setelah selesai dia turun ke bawah dan terus melangkah ke arah kereta bersama kawan-kawannya.

''Mama ! Tya gerak dulu...Apa-apa rodger okay! Maaf Tya tak dapat makan tengahari dengan mama " Tya melepaskan tawanya sambil melambaikan tangan pada mamanya.

''Jangan balik lewat sangat,nanti papa kamu bising ...mama juga kena jawab . jaga diri baik baik tya..hati-hati memandu tu,jangan nak berlumba pula.."Jerit mama Tya dengan nada yang memerli dari dalam rumahnya.

''Okay Madam ! Tya balik awal.."Jerit Tya sekuat hati.

''Eh..korang jom cepat nanti panjang lagi mama aku nak bagi pesanan hari raya...hahaha. lets go guys ! " Bisik tya dengan suara yang perlahan ,takut kalau mamanya terdengar .

Pacuan empat roda mereka pun terus meluncur keluar dengan laju dari perkarangan rumah Tya. Setelah Tiba sahaja di sana , terlihat beberapa orang pelajar daripada sekolah mereka juga hadir untuk belajar berkumpulan diperpustakaan teesebut.

Mereka pun terus mencari sumber buku dan mengambil tempat duduk yang agak jauh dari pelajar yang lain agar tidak menganggu fokus rakan mereka yang sedang belajar.Setelah cukup semua sumber rujukan yang mereka cari, mereka pun melangkah keluar untuk ke pusat komputer pula.

Tugasan yang diberi memerlukan mereka untuk pergi melayari internet di pusat komputer bagi tujuan mencari sumber rujukan tambahan di internet dan perlu membuat folio tambahan bagi menaikkan markah mereka ,
Jika bukan disebabkan laptop dirumah tya tidak boleh digunakan dia juga tidaklah rajin untuk berada lama di pusat komputer itu untuk menunggu gilirannya menggunakan komputer.

Ketika mereka sedang beratur ,tiba-tiba suara Nelly mula memecahkan kesunyian dipusat komputer tersebut.

''Hmm...korang ,kejap aku rasa kan aku macam kenal lah mamat depan kita ni..'' kata Nelly dengan bersungguh -sungguh.

''Aduhai...Mamat mana pulak ni Nelly" ..soal Deyla dengan menjegilkan biji matanya.

''Haih. .Yang beratur depan kita ni..tak kan lah pakcik yang jaga kaunter tu pula...kejap korang, bagi aku masa sikit,aku nak jumpa dia kejap." Lalu Nelly pun pergi untuk mencari kepastian .

''Harith ! Harith Aryan kan ni?" Soal Nelly .Aku Nell lah...Nell diva...kau tak kenal aku ke? Dulu kan kita pergi sekolah sama-sama naik basikal sampai kau jatuh longkang...hahaha"

''Oi ! Lain lah kau sekarang Nell ,dah berubah banyak,dulu tudung senget entah nak ke mana... lama wei tak jumpa kau...yelah sejak kau pindah tu terus kita tak jumpa dah..Kau buat apa kat sini? Soal harith kepada Nelly .

''Wei kurus ya kau sekarang..Aku agak je tadi ,nasib baik betul,kalau salah orang mau setahun aku tak datang sini..hahaha.Aku datang dengan kawan- kawan aku tu kitorang ada tugasan nak kena buat. Alang-alang dah terjumpa ni aku nak jemput kau datang kat majlis hari lahir aku hujung minggu ni...kau bawaklah kawan kau yang mana ada lapang tu..hehehe" .Bolehlah buat tambah kenalan...Nelly berkata dengan nada gurau sambil mengangkat keningnya .

''Hahahahah...barulah handsome bila dah kurus ni..tentang majlis tu...mesti aku datang, makan percuma tu mestilah aku datang Nell.Lagipun aku pun dah lama tak jumpa dengan keluarga kau kan. Rindu juga nak makan mama kau punya kuih seri muka..."kata harith sambil ketawa terbahak bahak.

''halah tak payah nak seri muka sangat lah..kang aku tumbuk muka kau baru betul berseri muka...Okaylah..ingat tau hujung minggu ni.. aku gerak dulu...kau masih guna number lama kan..nanti aku bagi lokasi okay...kawan aku pun dah tunggu lama tu..."kata Nelly kepada Harith sambil menunding jari ke arah kawan- kawannya. Nelly pun berlalu pergi ke arah kawan-kawannya selepas habis berborak.

'' Eh korang,sorry lah lama duduk sembang tadi...mamat tu kawan kelas aku dulu masa dekat sekolah rendah .
Tapi masa tu aku pindah sekolah lain..dah lama tak jumpa jadi banyaklah juga nak tau perkembangan terbaru..hehe."kata Nelly sambil menjulingkan matanya.

''Aku agak dah kau tu kan kepoh...mesti lah kau nak tau semua..tapi helok jugak mamat tu...dah ada yang punya ke...hahaha''.gelak Fira sambil menutup mulutnya ,risau kalau ramai yang terdengar.

''Haa...yang tu aku tak pasti dia masih ada makwe ke tak..tapi nanti aku siasat dia masih dengan Elina ke tak.. apa yang pasti aku ada ajak dia datang majlis hari lahir aku...nanti bolehlah aku tanyakan ya Fira...mana tau tiba-tiba terpikat pula dengan kau kan."kata Nelly dengan nada yang mengejek.

''Hmm takpe, aku pun baru je putus ,tak nak lah aku cari pakwe baru,aku rasa aku dah seriklah nak bercinta lagi.." Fira meluahkan rasa hati dengan mimik muka yang sedih.

''Yelah tu, tapi maaf aku tak sedih pun..macamlah aku ni tak kenal kau kan, sekejap je trauma kau tu..masuk hari ni dah tiga kali kau kata kau trauma..tapi nanti kau diam-diam ada pakwe juga.."Sindir Deyla kepada Fira.

''Sekurang- kurangnya aku tak playgirl macam kau..".Jerit fira dengan kuat sehingga semua mata memandang ke arah mereka .

''Whatever ! Stop it please.. Jangan buat malu kita ya..kang tak pasal kita jadi viral pula kat dalam ni...Yang penting aku tak nak tau semua tu...Jom lah dah ada tempat kosong tu..." Tya mulai bicara dengan muka yang tampak kurang senang dan bosan melihat sikap kawan-Kawannya itu.

Setelah menghabiskan masa yang lama dipusat komputer tersebut ..jam ditangan tya pun sudah menunjukkan jam 5 petang dia perlu pulang ke rumah dengan segera .Tya terus beritahu kawannya untuk benarkan dia pulang terlebih dahulu..hal ini disebabkan perjanjian Tya dengan papanya untuk pulang tidak lebih dari pukul 6 petang.

Oleh itu, tya sehabis baik menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan cepat.manakala kawan-kawannya masih tetap di pusat komputer untuk melayari internet .

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora