BAB 9

66 4 0
                                    

Tya mendengar radio seram pada malamnya kerana esok merupakan hari cutinya.ketika dia sedang mendengar dengan fokus , tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menyebabkan Tya terlepas telefon dari genggamannya.

''Ish ! Terkejut aku..nasib baiklah kau tak jatuh ke lantai ,kalau lah jatuh kat lantai tadi apa pun tak jadi...nak tunggu beli yang baru memang lambat lagi lah..kalau tak sebab atas belas ihsan abang irham tambahkan pembayaran ,tak adalah aku dapat beli Iphone ni..rungut Tya didalam hatinya.

Ketika sedang asyik mengomel didalam hati,tya tidak perasan yang dia dah tekan terima panggilan tersebut. Tiba-Tiba dia terdengar suara orang yang memanggilnya.

''Hello tya? Tya ? Awak dengar ke saya panggil ? Tya awak okay ke tu? Panggil Ryan lagi kepada Tya dengan berulang kali.

''Hello Ya ? Siapa?"

''Saya ni Ryan lah.."

''Haa?? Ryan ? Aduhai buat hal lah kau ni Tya..tulah banyak sangat berangan..kan dah tempah masalah baru..rungut Tya didalam hati.

''Tya ? Awak tengah cakap dalam hati ke? Soal Ryan.

''Eh awak ni kelakar juga ea..mana ada lah saya tengah cakap dengan kucing saya ni.."

''Oh untunglah awak ada kucing, saya dah  tak ada kucing lagi"

''Eh kenapa awak? Kucing awak dah mati ke? Maaf lah ya saya tak tahu.."

''Awak ni pandai aje cakap kucing saya dah mati..kucing saya tu panjang umur lagi ada tengah makan tu..kang dia terdengar ,lepastu terkejut mau mati betul-betul kucing saya tu...hahaaha.Ryan pun ketawa terbahak-bahak bagi mengelak rasa kekok pada diri Tya diperbualan mereka.

''Awak ni ada-ada jelah..saya serius tadi awak pula yang main-main..ish. "

''yelah kalau saya tak tanya awak.. awak tu asyik diam je..padahal saya tengok awak tu kepoh je kalau dengan kawan-kawan awak.."

''Eh awak ni banyak complainlah ,kira okay lah saya angkat call awak ni..kang saya letak sekarang haa cakap lah awak seorang ya.."Jawab Tya kepada Ryan.

''Macamlah saya tak tahu awak terangkat call saya kan? Mesti awak angkat tanpa niat kan? Saya tahu awaklah Tya.."

''Aik..baru pertama kali saya angkat call awak ni tiba-tiba dah tau tentang saya..siapa yang penyampai maklumat ni? Haa .jangan cakap Nelly yang bagitau tentang saya..ish kepohlah Nelly ni tau.."

''Tak tak bukan Nelly..tapi saya yang cari tau sendiri..sekarang kan zaman IT. "

''ya..tapi tak semua saya berkongsi dilaman sosial tu..tak payah lah nak gula-gulakan saya ya.."

''Tak kan lah saya nak gula-gulakan awak..awak je dah manis..kalau awak makan gula-gula semut semua pindah rumah awak tau...hahaha."

''Ohh ye ke? Baguslah tu..ada jugak semut merasa rumah besar kan..selalu buat rumah dekat tanah aja.."tanpa tya sedar Tya sudah gelak besar melayan karenah Ryan .

''Haa.boleh gelak rupanya awak ni.. "

''Dahlah awak ni kacau jelah,malas saya nak layan awak..saya  nak tido lagi bagus..".

''Okay tapi janjilah dulu lepas ni jangan lari dari saya.."

''Hei bila pula saya lari dari awak.. untuk informasi awak ,dari  saya lari baik saya pergi jogginglah...banyak juga faedahnya...okaylah bye."

Belum sempat Ryan membalas ,Tya sudah mematikan panggilan tersebut.

''Aik..belum sempat jawab lagi dia dah letak dah? Kata Ryan didalam hati dengan nada yang agak kecewa.

Ryan pun tersenyum kerana akhirnya dia berpeluang untuk mengenali Tya humaira . Ryan sendiri tidak pasti kenapa dia ingin sekali mengenal gadis tersebut dengan lebih rapat.padahal terdapat ramai juga  perempuan yang menaruh hati dan  ingin cuba mendekatinya,akan tetapi sikitpun hatinya tidak terusik untuk menerimanya.

Selepas sahaja tamat panggilan tersebut ,Tya kembali semula  mendengar siaran radio cerita seram sambil merebahkan badannya dikatil.pelbagai persoalan berada difikirannya.Sedang Tya asyik berfikir kedengaran bunyi pintu biliknya dibuka.

Krakkk
Pintu bilik Tya dibuka oleh mamanya.

''Tya kamu dah nak tidur ke ? Kamu nak makan mi goreng tak? Mama ada masak lebih.."

''Mama tau kan Tya pantang dengan Mi..kenapa mesti mi goreng ? Kenapa mama mesti masak mi ? Tya dah niat tak nak makan malam sangat dah..tapi macam mana ni mama.."

''Alahai..budak bertuah ni..tak payah nak drama,kamu tu pantang nampak mi..bukannya alahan dengan mi..kalau lambat turun ,papa balik makan mi tu kamu yang ternganga..padan muka..bebel Mama tya dengan nada yang memerli.

Tya terus bangkit dan turun kebawah mencari mi goreng yang telah disimpankan oleh mamanya.Tya pun terus makan tanpa menoleh kiri dan kanan.

''Amboi,kalau bab makan laju kamu turun bawah ya? "

''Eh mama ada kat bawah ke..ingatkan mama dah masuk bilik tidur"

''Belum mengantuk lagi..mama nak tengok cerita drama ni ha.."

''Tak payah tengoklah mama, Tya dah tahu akhir cerita dia..nanti lepas dia terpisah ,pastu dia jumpa semula lepas beberapa tahun, dia pun dapat hidup bahagia bersama.."

''Bagus anak mama ni ya..lepas ni tukar sahaja  cita-cita kamu nak jadi guru tu..jadi lah pengarah filem ya..nanti jadikan mama pelakon utama ya Tya.."

'Boleh sahaja mama, tapi pelakon utama memang tak dapatlah mama..takut nanti semua orang murung  jual televisyen  diorang...hahaha."

''Eh budak ni.. makin kita melayan makin menjadi ya menyakat kita..kamu makan tu dah baca doa ke belum.mama tak dengar pun kamu baca doa."

''Hehe..dah bacalah mama tapi Tya baca dalam hati..sebabtu mama tak dengar.."

''Ada sajalah jawapan kamu tu..ni lepas makan jangan tak cuci pinggan..dah tinggal makan je tu..bukannya suruh masak..."

''Ya mama sayang...mestilah Tya basuh..tya kemas sekali dapur mama,tya bungkus terus semua..licin semua dapur mama.."

''sebelum kamu bungkus semua tu,mama yang bungkus kamu dulu..dah lah mama nak naik dulu..cerita mama ni dah habis..esok sambung lagi episod 19.."

Mama tya pun melangkah masuk kedalam biliknya . Tya pula yang tinggal keseorangan didapur mula rasa takut dan teringat kisah seram yang dia dengar sebentar tadi.dia pun percepatkan makan dan mengemas sambil matanya melilau kiri kanan kerana perasaan takut.setelah selesai dia mematikan lampu dapur dan  terus berlari sekuat hati naik ke atas  sehingga dia tertutup pintu bilik dengan kuat .

''Tya ! Kalau ya pun jangan dirobohkan pintu bilik tu..jangan sampai mama sedekah pintu bilik kamu tu dekat jiran..bebel mama tya.

''Tya tak sengaja lah ma..tertutup pintu kuat..Sorry..selamat malam mama."

''Selamat Malam" balas mama Tya.

Setelah itu Tya berubah fikiran untuk tonton drama korea pula kerana jam sudah menunjukkan lewat malam . disebabkan dia tidak boleh terus tidur kerana baru siap makan,dia pun mencari cerita korea yang viral untuk menemaninya ditengah malam tersebut sehingga mata Tya dapat dilelapkan.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now