BAB 6

94 2 0
                                    

Pagi ini Tya telah bergerak awal ke sekolahnya kerana minggu ini dia telah terlibat dalam aktiviti hari kantin sekolah.dia juga ditugaskan untuk merancang majlis tersebut.guru telah memberi kepercayaan kepada beliau atas sebab sikap aktif dan tanggungjawabnya yang lebih baik.oleh itu habis sahaja sesi persekolahan tya ingin pergi ke bilik guru untuk berjumpa gurunya.

Ketika Tya asyik menulis nota ,Zul rakan kelasnya  datang ke arah Tya untuk bertanya tentang majlis hari kantin.

''Tya aku nak minta tolong sikit ni ,kau kan Yang setup hari kantin nanti? Aku nak buat rumah hantu lah tya dengan pertandingan karaoke..nanti kau bagitahu cikgu Irdina ea.."

''Oh..ingatkan kenapalah tadi muka kau serius semacam..okaylah Zul  nanti aku tanyakan..sebab habis sekolah ni aku memang nak jumpa cikgu irdina pun.." Jelas Tya kepada Zul.

''haa.Okay cun ! Thanks Tya ."

''Most welcome !!"

Kriinng !! Krinng !!
Bunyi loceng menandakan habis waktu persekolahan sesi pagi . Tya terus mencapai beg galasnya dan pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Irdina selaku pengerusi majlis tersebut.

***Bilik Guru***

''Assalamualaikum..
Cikgu , Tya nak jumpa cikgu kejap boleh tak,tya nak tanya sikit untuk persiapan hari kantin jumaat ni..."

'' Ohh tya...boleh masuklah lagipun cikgu pun hari ni balik lambat sikit nak menanda kertas karangan tingkatan empat  ni ha.." Jelas cikgu Irdina.

''Cikgu Tya rasa nanti kita buat cabutan bertuah okay tak cikgu ,hadiah nanti Tya beli dengan kawan-kawan ,Tapi siapa yang nak masuk kena buat pembayaran terlebih dahulu..okay ke kalau macam tu cikgu?" Soal Tya .

'' Boleh juga tu..idea yang bagus .. nanti cikgu sampaikan idea tu kepada  pengetua sekolaj ya..mungkin ada yang boleh taja hadiah sekolah kita nanti.. nanti cikgu update dengan kamu ya.."

''Okay cikgu ,pastu tadi Zul ada jumpa Tya...dia beritahu tya dia nak buat rumah hantu dengan buat pertandingan karaoke.."

''Takpe Tya ,kamu rekod je nama dengan aktiviti yang diorang nak buat masa majlis tu nanti.lepastu kita bincang sekali lagi untuk pastikan  apa yang kita betul betul perlukan ya.."

''Baiklah cikgu , Tya faham. .nanti kalau ada apa-apa  tya beritahu cikgu eh.. terima kasih cikgu."

Setelah selesai,Tya pun melangkah keluar dari bilik guru lalu Tya melihat telefon bimbitnya terdapat 3 panggilan telefon yang tidak sempat diangkat. Tya terus menyimpan telefon dan terus melangkah ke arah kereta untuk pulang kerumah. Memang begitu  sikap tya,Tya  lebih berhati-hati untuk tidak mengangkat mana mana panggilan yang tidak diketahui siapa pemanggilnya.

seusai saja tya sampai ditempat parkir kereta, dari jauh Tya ternampak Ina ditempat tunggu bas.

''Ina !  Kau tunggu siapa tu? Kalau lambat lagi kau balik jelah  dengan aku..rumah kita kan sama lorong.."

''Oi Tya boleh ke ? Takut kau ada nak keluar ke mana mana ke? Tak susahkan ke ni beb? Soal Ina.

''Lah apa yang susahnya? Bukan ku kena tolak kereta nak hantar kau balik..Aku pun penat ni balik sekolah tak ada maknanya aku nak pergi merayap lagi.. nanti kang  tak pasal. aku kena dengar kuliah subuh dengan puan Aliyah.
.kau kenal kan mama aku punya overprotective tu...gurau Tya sambil mengangkat kening kirinya.

''Bolehlah kalau macamtu, sebab aku tertinggal bas sebenarnya, tadi aku ada hal terlambat sikit balik,pak cik bas tak perasan aku tak masuk dalam bas lagi,hmm.. kalau nak tunggu ayah aku balik lama lagi ,nasib baik jumpa kau.

'' Alahai masalah kecil  lah Ina..lain kali kau beritahu je aku..bukannya kau tak tau number phone aku.."

Sampai sahaja di perkarangan rumah ina ,tya pun keluar untuk berjumpa ibu ina.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now