B A B 23

12.2K 1.5K 317
                                    

BESAR kecil, besar kecil Jelita pandang Lashira di samping Emiir. Dia peluk tubuh sambil bersandar. Kenapalah rasa lama sangat nak sampai ke kedai runcit ni? Padahal bukan jauh pun. Melihat Lashira tersenyum-senyum kerana telah 'menang' kali ini, Jelita merengus kuat-kuat. Biarlah kalau Emiir tahu dia tengah sakit hati.

Disebabkan nenda masuk campur tadi, Emiir benarkan Lashira supaya duduk di tempat duduk depan. Hampir meletup-letup kepala Jelita. Lagi-lagi apabila Lashira lempar senyum kemenangan kepadanya. Kalau bukan kerana nenda, memang Jelita tak akan mengalah. Tapi kerana dia ingin ambil hati orang tua itu, terpaksalah pura-pura tidak kesah. Pura-pura tidak ambil hati langsung.

Jelita-1.
Lashira-1.

"Abang datang sini lama ke?" soal Lashira lembut. Tubuh dipusing menghadap Emiir yang diam memantung di sebelah. Serupa cakap dengan tunggul kayu.

Hening mengulit suasana.

"Abang, Shira cakap dengan abang ni kan." Panas juga hati Lashira dengan layanan acuh tak acuh Emiir.

Nak cakap dia tak cantik, gila tak cantik. Sudah cukup cantik. Kalau nak dibandingkan dengan Jelita, bawah tapak kaki dia aje. Tapi tak tahulah kenapa Emiir boleh pilih perempuan tidak sama taraf seperti Jelita itu.

Menyakitkan hati betul! Bertahun-tahun dia cuba masuk jarum semenjak penceraian Emiir dengan Isma. Lama dia tunggu lelaki itu. Tup-tup perempuan asing seperti Jelita ini dapat tempat dulu.

"Dua hari."

"Oh, sekejapnya... tak sempat Shira nak lepas rindu."

"Ehem! Ehem!" Jelita berdeham-deham kuat. Saja menarik perhatian Lashira. Tatkala mata gadis itu mula mencari wajahnya, Jelita pasang riak angkuh di wajah. Menjungkit-jungkit kening seperti tiada apa-apa.

Diam-diam, Emiir mengerling cermin sisi pandang belakang. Sempat mencuri reaksi Jelita ketika berlaga mata dengan Lashira. Kening dia turut terangkat sebelah. Amboi, nampak tak puas hati sangat muka tu.

Tidak menghiraukan pertengkaran sengit mata kedua-dua orang gadis itu, Emiir fokus memandu kembali. Mujur dia bawa Jelita sekali. Kalau tidak, rasanya memang awal-awal lagi dia campak Lashira masuk Laut Cina Selatan. Suka sangat menggelenyar tidak tentu pasal.

"Jauh lagi ke nak sampai, Emiir? Saya macam dah haus ni. Tengah kering tekak. Rasa panas sangat dalam ni. Rasa macam ada bahang-bahang neraka. Haih. Tak tahanlah saya. Awak bawa cepat sikit boleh tak?"

Merah muka Lashira mendengar kata-kata pedas Jelita. Jika diikut rasa hati, ingin ditarik-tarik rambut separas bahu milik bakal isteri Emiir itu. Mujur ada Emiir. Lashira perlu tunjukkan perangai yang baik. Dia tak boleh tunjuk yang dia lebih 'teruk' berbanding Jelita. Lashira akan buktikan pilihan Emiir itu salah!

"Dah nak sampai. Sabar sikit."

"Tapi saya tak boleh sabar dah ni. Nak meletup-letup rasa!"

"Eh, kau ni dah kenapa? Kan Abang Emiir suruh sabar, sabar ajelah. Nak suruh Abang Emiir bawa macam pelesit ke? Kau jangan bawa perangai rempit kau dalam keluarga kami, ya."

Jelita ketawa olok-olok. Kembang-kempis hidungnya mendengar kata-kata Lashira.

"Kau kata aku rempit?"

"Yalah, habis tu... takkan aku pula? Cuba kau tengok gaya kau ni. Dengan t-shirt yang entah apa-apa. Tak berselera tau tengok. Kesian Abang Emiir terpaksa hadap muka kau hari-hari nanti."

"Hey! Kau jangan nak kutuk-kutuk muka aku ya! Muka aku yang macam Taylor Swift ni kau samakan dengan minah rempit? Kat rumah nenda tu tak ada cermin ke? Ke belum cukup besar untuk cermin diri kau? Yelah kan... sanggul kau tu saja dah sebesar helmet." Jelita lancarkan peluru berpandu.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now