B A B 8

17.5K 1.6K 437
                                    

SEPERTI kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan, tapi ini pekerjaan yang dia pilih. Dalam letih, ada rasa bahagia. Melihat tawa anak-anak kecil itu, cukup melegakan hati kecil dia. Setidaknya hati rasa lebih tenang. Tak sakit otak kena fikir itu dan ini.

"Teacher..."

Suara kecil itu menyentakkan Jelita dari lamunan panjang. Terasa ada jemari kecil mencuit-cuit lengan dia. Pandangan terus dijatuhkan ke arah punca suara. Sepenggal senyuman terukir di hujung bibir.

"Yes honey?" Masih memandang, bibirnya merekah dengan senyuman lebar. Jemari jatuh mengusap kepala anak kecil di bawah dengan lembut. Penuh kasih sayang. Jujur katakan, dia sudah terlanjur sayang. Sayang sangat!

"This is for you..."

Terletus tawa kecil saat anak kecil itu malu-malu menyua tiga kuntum bunga kertas yang entah sejak bila dipetik. Disambut dengan senang hati. Turut menurunkan tubuh sedikit. Ingin menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Rasa terharu.

"Thank you Eshaq!" Puncak kepala anak kecil itu menerima kucupan pantas. Tidak lupa juga, tubuhnya dipeluk erat-erat.

"Ehem!"

Mendengar suara rendah nan berat itu, tubuh Eshaq dilepaskan. Jelita kembali berdiri tegak di sebelah Eshaq dengan kening terjongket. Sedikit hairan. Kurang familiar sebenarnya. Lelaki lengkap bersut dan memakai ray-ban hitam itu, macam kenal. Tapi siapa ya? Mahu bertanya, tapi takut tersalah kata. Jelas dia nampak bingung. Kening yang tidak gatal digaru.

"Who are you?"

"I'm Eshaq's father. Pleasure to meet you Jelita Elnara." Tegas nadanya membuat seluruh tubuh sang Jelita kejung beku. Emiir tanggalkan ray-ban. Anak mata hitam pekat itu memanah seluruh wajah bersih Jelita yang terlihat kaku. Dari atas hingga ke bawah diushanya Jelita.

Jelita berdehem sedikit kuat.

Sudah apa pasal pulak mamat ni usha aku macam itu? Ada tahi hidung melekat dekat pipi ke atau lipstick terlebih landasan bibir?

Baru saja Jelita ingin buka mulut, ada satu suara garau menegur dari belakang Emiir. Gayanya santai sangat. Memakai baju T berkolar hitam dan jeans biru tua. Kalau yang ini Jelita kenal sangatlah. Luthfan melambai ke arah Jelita dengan sengih lebar.

Rancangannya untuk bawa Emiir jumpa Jelita berjaya! Puas dia mendesak Emiir supaya datang menjemput Eshaq di tadika hari ini. Hampir dua jam jugalah dia ikut bontot Emiir ke hulu dan ke hilir. Sampai Emiir rimas, barulah lelaki itu mengalah.

"Finally, we meet again, sweetie Jelita!" sapa Luthfan penuh ramah.

Jelita senyum sahaja. Sesekali mata mengerling Emiir yang senyap tidak bersuara. Macam tunggul! Rasa janggal pula. Kemudian, mata Jelita menangkap Luthfan menyenggol bahu Emiir. Siap berbisik-bisik. Entah apa yang dibisiknya pun tak tahulah. Malas ambil tahu dan tak mahu tahu.

"Sekejap ya saya ambil beg Eshaq."

"Nak ikut!" Eshaq pegang tangan Jelita. Beriringan masuk ke dalam semula.

Luthfan menjeling Emiir tajam-tajam. Bahu lelaki itu dicuit. Emiir tetap menjadi diri sendiri. Tidak diendahkan kerenah sahabatnya itu. Masih juga jahit mulut, mata memandang Jelita dan Eshaq yang beriringan tangan.

"Hesyhh! yang kau jadi tugu negara tadi tu kenapa? Aku dah suruh kau hafal skrip aku bagi tu kan?!" Luthfan mendengus.

Penat-penat satu malam tidak tidur kerana terpaksa karang ayat jiwang karat untuk Emiir. Takkan Emiir tak hargai langsung usaha dia!

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now