B A B 10

13K 1.5K 448
                                    

JELITA ELNARA kerutkan kening. Meluruskan pandangan ke suatu arah. Mengecil mata gadis jelita itu. Macam kenal tapi macam tak. Tetapi bila figura bertubuh tegap itu makin menghampiri, buntang
mata Jelita dibuatnya. Aliah di sebelah sudah menyenggol lengan Jelita. Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Wei hensemnya! Raja Emiir ni kalau jumpa depan-depan, boleh pengsan!" Aliah memulakan sandiwara. Berpura-pura ingin rebah ke tanah.

Namun, pukulan pada bahunya mengejutkan Aliah. Wajah resah Jelita sedikit sebanyak membuatkan Aliah berasa hairan. Aneh. Kemudian, mata kembali lurus memandang Emiir yang semakin menghampiri. Lelaki itu tanggalkan Ray-ban yang boleh mencecah harga ratusan ringgit itu.

"Diamlah sengal..." gumam Jelita sambil mengukir senyum paksa kepada Emiir. Pinggang Aliah dicubitnya diam-diam. Masam muka teman sekerjanya itu. Pantang nampak lelaki tampan. Tak boleh duduk diam agaknya.

"Eh encik...buat apa kat sini? Kalau nak ambil anak, rasanya Eshaq tak datang tadika hari ni."

"Nak ambil kau." Wajah stoic seperti selalu. Nak kata bergurau memang jauh sekali.

"Tu dengar tu. Dia nak ambil bakal isteri dia. Hahahah." Aliah tersenyum simpul geli hati. Sempat ditertawakan Jelita yang sudah berubah wajah.

Jelita berdehem-dehem. Cuba menayang wajah tenang sebaik yang mungkin. Yang sebetulnya Jelita baru teringat pesan Emiir malam tadi. Lelaki itu mahu bertemunya pada jam satu petang. Fikirnya Emiir tidak serius. Mungkin bermain-main. Malahan, Emiir sudah terpacak di depan tadika sepuluh minit awal.

"Aku dah pesan kan semalam. Kau lupa ke?"

"Saya ingatkan encik main-main je..." Garu kepala. Tersengih bersalah.

Namun, Emiir tidak beri sebarang reaksi. Hanya senyap sambil mencerlung Jelita bagai mahu ditelannya hidup-hidup. Dia terpaksa tangguhkan mesyuarat penting semata-mata ingin menyelesaikan hal ini secepat yang mungkin. Tapi Jelita anggap dia main-main?

Emiir mengerling Aliah sekilas. "Nak pinjam perempuan ni kejap."

'Perempuan? Hello! Aku ada nama okey!' Batin Jelita separuh menjerit. Dia pandang Emiir tidak puas hati. Nama dia sedap-sedap, tetap dipanggil perempuan. Biadab betul!

"Eh boleh-boleh. Tak payah pinjam-pinjam. Ambil terus pun tak apa. Hehehe..."

Puk!

Tangan Jelita menampar lengan Aliah tanpa berfikir banyak kali. Sesuka hati saja buat keputusan macam itu. Disebabkan dia terasa hati kerana Emiir memanggilnya 'perempuan', Jelita tak jadi untuk ikut Emiir. Dia pun ada perasaan. Emiir memang jenis tak reti jaga hati orang lain agaknya.

"Dah, saya tak mahu keluar dengan encik. Bye!"

Belum sempat Jelita ingin memusingkan tubuh, Emiir terus menarik lengan baju kurung gadis itu. Membuatkan tubuh mereka hampir berlaga. Mujur Emiir sempat menjauh. Wajahnya serius. Dia tak pernah sangka Jelita sejenis yang degil macam ini.

"Get in the car now," arah Emiir tegas.

"Saya tak mahu. Encik siapa nak paksa-paksa saya?" Jelita jungkit kening. Berani menentang indera hitam pekat milik lelaki tinggi lampai itu. Dia terpaksa mendongak.

"Masuk sendiri atau nak aku dukung?"

Bulatkan mata, Jelita menggeleng kepala laju-laju. Terus berlarian anak dan masuk ke dalam perut kereta milik Emiir tanpa pamitan. Tindakan sepantas kilat. Pintu kereta turut dihempas kuat-kuat. Meskipun begitu, Jelita masih mahu tunjuk protes. Biar sampai tercabut sekalipun pintu kereta ini, kesah apa dia. Bukan kereta dia.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now