B A B 3

14K 1.6K 360
                                    

SUDAH seminggu kejadian di mana Jelita boleh terserempak dengan anak-anak 'raja' itu. Lagi yang tidak disangkakan adalah ketika Eshaq sanggup berjumpa dengannya senyap-senyap ketika di tandas restoran itu. Sampai ke hari ini, masih segar kejadian itu di kepalanya.

"Teacher jangan bagitahu sesiapa. Nanti daddy marah tak bagi Shaq jumpa orang tanpa izin dia. Shaq nak jumpa cikgu cantik je."

Cikgu cantik? Aku ke? Hahahaha.

Jelita ketawa-ketawa. Tak sangka dia boleh lihat sisi manja Eshaq yang itu. Di awal pertemuan mereka dulu, bila dia soal nama pun Eshaq seakan berat mahu buka mulut. Ternyata Eshaq ada sisi manja. Tipulah kalau tak ada, Eshaq itu budak-budak lagi. Memang patut dimanjakan pun.

Selesai membasuh tangan, Jelita pusingkan tubuh ke belakang tatkala merasakan ada jemari kecil memegang kakinya. Kening dikerutkan. Pandangan jatuh ke arah Eshaq yang sedang menguis-nguis rumput.

"Eh Eshaq!" Jelita pula yang terlebih teruja.

Bercangkung di depan Eshaq, laju saja tangan Jelita mengusap kepala budak itu penuh kasih sayang. Eshaq suka! Suka bila dimanjakan oleh cikgu cantik. Makin rapatkan tubuh, jemari kecilnya memegang bahu Jelita.

"Boleh Shaq peluk teacher?" soal Eshaq perlahan, berhati-hati.

Jelita diam sejenak. Anak matanya menyelam ke dalam pandangan penuh pengharapan Eshaq. Tidak tahu kenapa, Jelita jadi jatuh kesian. Tambahan lagi, bila teringat cerita Aliah tempoh hari. Kata Aliah, Eshaq tidak mempunyai seorang ibu.

Bibir tersenyum lembut. Tubuh Eshaq ditarik ke dalam dakapannya tanpa suara. Jelita mengusap kepala Eshaq berulang kali. Menyalurkan rasa sayang yang berlebih-lebihan kepada kanak-kanak lelaki itu. Eshaq masih terlalu kecil untuk tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

'Aku dulu waktu berumur macam Eshaq ni, mak pergi tumpang jamban rumah Makcik Senah pun dah melolong macam apa.' Sempat hatinya berbisik.

"Eshaq nak makan ais krim, tak?" soal Jelita setelah berpelukan selama dua minit lamanya.

Eshaq terdiam. Mula-mula kepala sudah angguk, namun menggeleng laju beberapa saat kemudian. Tersedar dari fantasi. Jika daddy tahu, mungkin cikgu cantik dia akan dikenakan tindakan. Diam-diam Eshaq mengeluh. Banyak perkara yang dia tidak boleh lakukan tanpa izin daddy.

"Shaq tak nak? Betul ni?" Duga Jelita lagi. Nampak macam tak yakin je budak ni. Macam mahu tapi seperti ada halangan.

"Shaq tak makan benda tu..." 

Jelita garu kening, hanya menggangguk faham. Aik? Takkan ais krim pun tak makan. Datang dari planet mana budak ni. Sejurus itu, Jelita menggenggam tangan kecil Eshaq. Membawa muridnya itu masuk ke dalam sebuah bilik rehat. Tubuh kecil Eshaq diangkat lalu didudukkan ke atas meja. 

Bekas makanan berisi maggi goreng basah diambil dari dalam beg kertas yang dibawa. Dibuka penutupnya lalu dihulur kepada Eshaq. Maggi Goreng Basah Kaw-Kaw bersama telur mata kerbau daripada Chef Jelita. Pagi ini Jelita tak sempat masak nasi, boleh pula bangun lewat kerana layan drama Korea malam tadi. Terpaksalah masak apa yang ada. Mahu tanak nasi, lama pula perlu tunggu. Jelita lebih suka membawa bekal sendiri ke tempat kerja. Tak lekang tabiatnya ketika zaman U dulu. 

Bila sejenis ada masalah trust issue kepada makanan luar, macam itulah dia. Kecuali kalau ada orang belanja, memang Jelita nombor satu mengajak! Tapi tak adalah teruk sangat, cumanya Jelita kadangkala memilih tempat makan. Trauma ketika zaman sekolah dulu, tak pernah luput dari ingatan. 

Ingat lagi waktu itu, ketika Jelita makan bersama rakan sekolahnya di sebuah kedai makan yang baru saja dibuka. Bukan main teruja waktu itu kerana ada orang ingin belanja dia makan. Tetapi hampir separuh makan sambal ikan keli, barulah salah seorang rakannya menegur. Ada sesuatu benda bergerak di dalam ikan itu. Bukan seekor dua tetapi banyak! 

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now