PROLOGUE

18.8K 1.8K 377
                                    









DERAP langkahnya kedengaran memijak lantai bumi, mendebarkan sesiapa yang berada di sekeliling. Tatapannya sahaja membuat sesiapa yang dipandang tidak mampu bertahan lama. Terasa dikelar-kelar melalui biasan pandangan sang pemilik anak mata hitam pekat itu.

Berhenti langkah di hadapan sebuah bilik hotel, bernombor 74, sudut bibir terjungkit sinis. Tidak terus memulas tombol pintu, dia kemaskan sedikit coat yang tersarung di tubuh. Bayi lelaki dalam lingkungan 12 bulan, lima hari yang berada di dalam dukungan orang kanannya ditatap sekilas. Bibir buang keluh panjang.

Saat ini, langit hatinya mendung, tidak seterang mentari. Ada guruh yang berdentum, hujan mencurah lebat. Menandakan amaran ribut bakal menghancurkan kapal bahagia di tengah lautan asmara.

Sudah puas tarik dan hembus nafas berulang kali, barulah tombol pintu dipulas. Tidak mahu emosi yang bertindak kejap lagi. Takut ada yang sakit kerana dia.

Masuk saja ke dalam bilik hotel tersebut, tiada sebarang suara dikeluarkan. Yang hanya terdengar di cuping telinga, hanyalah...

Suara desahan pompaan dua orang manusia berlainan jantina melayari bahtera 'syurga' di atas katil sana.

Kedua-dua pelaku terkaku tidak terkata tatkala melihat dia hanya berdiri di tengah bilik tanpa melakukan apa-apa. Sekadar menyaksikan pertunjukkan itu tanpa ada rasa. Wajah kosong, nampak tenang sangat. Seolah-olah tiada apa yang berlaku di depan mata dia sekarang ini. Walhal, si pelaku itu ialah isteri dia yang sah bersama si kekasih gelap.

Tak susah mana pun untuk menjejaki perempuan itu. Isterinya itu seronok bersama anak lelaki Dato' Kusyairi, jantan sial yang telah mempunyai tiga orang isteri. Berkemungkinan, isteri dia akan menjadi yang keempat selepas ini.

Emiir tarik senyum sinis.

"Kenapa berhenti? Dah cukup puas? Or kedatangan aku mengganggu—"

Wajah Isma berubah pucat lesi.

"Emiir...I can explain this..."

"Explain what?" Kening dijungkitkan. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Reaksi santai sambil menunggu isterinya terkocoh-kocoh menyarung kembali pakaian yang tak serupa pakaian itu. Bila melihatkan perempuan itu cuba datang mendekat, terus kaki berundur lagi dua tapak.

"Emiir, I—"

"Aku tak bodoh Isma Fathia. Dah berapa kali kau curang belakang aku."

"No!"

"Ini jantan yang ke berapa?"

Isma terdiam. Rasa terpukul dengan soalan suaminya. Menggeletar bibir, tidak mampu berkata apa-apa. Kali ini, tiada penafian dia mampu hujahkan untuk bela diri. Suami dia, Raja Emiir Farran bukan lelaki biasa. Lelaki itu tahu segala-galanya.

"See, you can't even answer it."

"It's okay. Aku datang bukan untuk buat kacau. Tapi kau kena ingat, aku diam selama ni sebab bonda dan ayahanda. Kalau bukan sebab dia orang, aku takkan simpan perempuan jalang macam kau. Aku dah ada bukti. Jumpa kau di mahkamah nanti."

Isma cuba menahan langkah Emiir daripada pergi, namun lelaki itu angkat sebelah tangan. Beri isyarat kepada dia agar tidak datang lebih dekat. Untuk kali ini, anak mata berkaca-kaca dia langsung tidak dapat memujuk amarah suaminya. Dalam pandangan lelaki itu, sudah tiada ruang langsung untuk dia.

"Satu peringatan untuk kau. Jangan cuba dekati anak aku. Aku akan tuntut hak penjagaan Eshaq. Kau— tak layak jadi seorang ibu. Perempuan jalang!"

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now