B A B 17

14.2K 1.5K 322
                                    

RÉ ART STUDIO. Berpijak kakinya kini di sebuah galeri lukisan yang nampak gah dengan dekorasi ala-ala Itali. Pandang kiri. Pandang kanan. Pandang serata tempat. Bukan sekeping. Bukan dua keping. Malah, pelbagai jenis lukisan ada di sekelilingnya.

Mulut ternganga buat beberapa ketika. Pelbagai lukisan daripada pelukis-pelukis seantero dunia itu buatkan dia telan liur. Wah! Selalunya dia nampak dalam Youtube atau video-video di media sosial yang tersebar aje.

Seketika anak mata polosnya merenung pada satu lukisan. Di bawahnya tertulis RE.

Siapa RE? Kenapa letak nama RE?

Semua persoalan itu hanya terluah di hati. Ingin bertanya kepada Emiir, takut orang tu tak sudi nak jawab. Sesekali kerling lelaki tinggi lampai di sebelahnya itu. Lelaki itu berpeluk tubuh, lengan kemeja di singsing ke paras siku.

Hot! Tapi...astaghfirullahalazim. Apa kau fikir ha?

Melurus pandangan ke depan kembali. Renung lama lukisan itu. Dia boleh agak lukisan tersebut dicat menggunakan cat air dan gouache dengan sorotan putih dilakukan di dalam gouache.

Adalah sikit dia belajar tentang seni dulu. Tapi itu cerita dua tahun lepas. Waktu mula-mula dia berjinak untuk jadi dia yang sekarang. Dah lama juga dia tak sentuh berus cat. Jari dah 'keras'.

"Kau suka lukisan ni?" soal Emiir dari sisi. Turut merenung lukisan di depan Jelita.

Jelita toleh sebelah seketika. Tapi tak lama kemudian, dia turut pandang kembali potret di hadapannya. Potret itu menggambarkan seorang perempuan sedang duduk di bawah sebuah pokok. Ditemani kelamnya malam, cerianya secerah bintang.

Satu lukisan yang simple. Kalau bukan peminat seni, mungkin orang akan anggap benda biasa saja. Macam lukisan budak sekolah. Lakar sana, lakar sini. Simbah cat, siap! Tapi dia tahu ada makna tersurat di sebalik lorekan cat tersebut. Ada sesuatu. Sesuatu yang menggambarkan sebuah perasaan.

Hanya pelukis yang boleh menceritakan rahsia terkandung di sebalik apa yang ada pada warna di atas kanvas itu. Seabstrak mana contengan berus lukisan itu, begitulah realiti kehidupan seorang pelukis. Tidak mudah, tapi bila ada usaha, pasti ada hasilnya.

"Suka... penuh seribu satu rahsia."

"Kau minat seni?" tanya Emiir lagi.

Buat seketika ada satu rasa menyelusup di celahan hati. Kalau Jelita jawab ya, bermakna mereka ada satu minat yang sama. Pandang Jelita pula. Sisi wajah gadis itu nampak sempurna walau dari sisi mana sekalipun. Emiir tidak boleh nafikan itu.

"Ermm, suka. Minat tu ada. Tapi saya tak ada bakat. Orang kata apa tu, minat-minat taik kucing," seloroh Jelita di akhir bicara.

Saja nak menggempitakan suasana yang terasa sedikit canggung bila perasan Emiir sedang merenung dia. Satu je dia perasan tentang Emiir. Lelaki itu suka merenung. Memerhati. Mencerlung. Memanah pandangan. Hah, dan seangkatan dengannya lagi.

"Encik suka seni juga ke?" Jelita toleh kepala. Bawa pandangan melurus berani ke anak mata hitam pekat itu. Melangut jugalah. Tak sampai. Kalau tidak, terpaksa pandang dada Emiir je.

Giliran Jelita pula bersoal siasat. Nak tahu juga minat Emiir. Kegemaran Emiir. Kesukaan Emiir. Kalau boleh nak tahu semua benda tentang lelaki itu. Tapi kalau dia tanya terus terang, jatuh pula maruah dia nanti. Takut Emiir syak dia bukan-bukan pula.

Emiir angguk. "Yes, I love arts."

"So, you're an aesthete."

"Kau tahu istilah tu?"

"Mestilah tahu! An aesthete is someone who loves and appreciates works of art. And I can see that you're a person who is mainly interested in beauty. Sebab tulah encik beria-ia nak kahwin dengan saya. Muka saya kan iras-iras Taylor Swift. Kembar lain mak, lain bapa, lain negara aje."

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now