B A B 25

13.3K 1.7K 191
                                    

MASJID Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tepat jam sembilan setengah pagi, rombongan belah keluarga Jelita telah tiba di pintu masuk. Hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Keluarga Aliah juga turut serta sekali. Sudah tentulah mereka menjadi tetamu VVIP.

Sepuluh minit berlalu dengan rasa gugup yang tidak kunjung henti. Sekejap toleh ke kanan. Sekejap toleh ke kiri. Kemudian, Jelita tunduk pula. Menekur jemarinya yang mulai menggigil tak berhenti. Suhu hujung jemarinya turun mendadak. Sejuk bukan main.

Lagi-lagi apabila mendengar abah beritahu pihak pengantin lelaki akan tiba kurang sepuluh minit sahaja lagi. Terasa jantung mengepam darah dua kali ganda dari biasa. Dup dap, dup dap jantung Jelita. Mujur tidak keluar jantung dia dari soket. Kalau tidak, tak jadi majlis akad nikah, jadi majlis pengebumian pula.

Bahu terasa disentuh. Jelita menoleh. Membalas pandangan Aliah yang sedang tersenyum. "Jangan nervous tau. Relaks je!" Aliah kenyit mata.

Jelita ketawa perlahan. Angguk dan meluruskan pandangan ke depan semula. Seraut wajah manisnya yang kini disolek dengan solekan natural itu berubah serius apabila dengar mak pula beritahu kereta belah keluarga Emiir sudah tiba di luar pintu masuk. Semakin gementaran rasanya.

"Weih... dia orang dah sampai!" beritahu Aliah yang kelihatan teruja. Dia pula lebih-lebih. Padahal yang nak bernikahnya Jelita.

Selang beberapa minit selepas itu, seorang demi seorang wajah-wajah yang tidak asing di pandangan Jelita, mula menapak masuk. Bermula dengan Raja Emran, Wan Radea, Nenda Narisa, Lashira, Raja Rania, Raja Radha, Eshaq, Luthfan, dan berakhir dengan Raja Emiir Farran. Kemudian, ada juga beberapa wajah yang Jelita kurang pasti siapa. Mungkin saudara atau sepupu sepapat Emiir.

Hanya ada beberapa media yang dibenarkan merakamkan detik-detik penyatuan dua hati itu. Itu pun media-media yang telah ditapis dan telah mendapat kebenaran Raja Emran untuk membuat liputan.

Berita tentang pernikahan Raja Emiir Farran akan menjadi berita sensasi untuk dua minggu ini. Tapi siapa gerangan isteri kepada Emiir, tidak akan diwar-warkan dulu. Mereka akan 'simpan' siapa isteri Emiir, sesuai seperti keinginan Jelita sendiri.

Majlis diteruskan dengan kata alu-aluan dan kutbah nikah daripada wali.

"Innal-Hamda Lillahi, Nahmaduhu, wa Nasta'iinuhu, wa Nastaghfiruh, wa Na'udzu billahi min Syuruuri Anfusina wa min Sayyiaati A'maalina. Man Yahdihillahu Falaa Mudhilla lahu wa man Yudhlilhu, fa laa Haadiya lahu. Wa Asyhadu An Laa Ilaaha Illa Allah wahdahu laa Syariika Lahu wa Asyhadu Anna Muhammadan 'Abduhu wa Rasuluhu."

"... Surah An-Nisa ayat 1. Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan-Mu yang menciptakan kalian dari seorang diri, dan menciptakan dari seorang jiwa itu pasangannya dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan nama)-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

"Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia dari setitik air, lalu Dia menjadikannya keturunan dan kekerabatan, dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa. Dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ta'dhim dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, seutama-utama penciptaan makhluk dan atas keluarga dan sahabatnya dengan limpahan rahmat ta'dhim serta kesejahteraan yang banyak..."

"... Semoga Allah memberi berkah kepada majlis yang penuh barakah ini. Kami meninggikan berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah SWT atas segala limpah dan kurnia-Nya. Salam selamat kepada Raja Emiir Farran dan pasangan."

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now