"Daripada ayah kahwinkan lela dengan Abang Harraz, lebih baik ayah kahwinkan lela dengan monyet!" - laila Apalah nasibnya...Seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga.Sudahlah malunya berbakul-bakul kerana dihina, sekarang kena kahwin paksa pulak! "kenapa kau kahwin dengan aku? kau suka aku ke?" - laila "Kalau aku kahwin dengan kau tak bermakna aku sukakan kau! ini semua sebab tanggungjawab, tak lebih dari itu. So jangan nak perasan" - Harraz Benarkah kerana tanggungjawab Harraz sanggup berkahwin dengan adik tirinya? atau mungkinkah dia sudah jatuh cinta? apakah yang bakal terjadi dengan perkahwinan mereka? Dalam masa yang sama, azmir...Playboy bermulut manis datang menagih semula cinta laila. Rasa menyesal mempermainkan laila memaksa dia memujuk gadis itu untuk menerimanya semula "Kalau you tak bahagia dengan abang tiri you, i sanggup tunggu you" - azmir