COMPLETED ✅ Sinopsis Menjadi anak dara yang masih single pada usia lewat 30-an tidak mudah. Ada saja cerita buruk yang sampai ke telinga. Tapi, prinsip hidupnya simple! Butakan mata dan pekakkan telinga. Emaknya pula tak jemu-jemu carikan calon suami untuknya. Seri terpaksa setuju bila emaknya ugut nak lari dari rumah. Malangnya kali ini calon suaminya adalah seseorang yang emaknya panggil tuan haji. Oh My God! Mesti dah bongkok. Temujanji pertama diatur dengan tuan haji. Kata orang nak face to face sebelum ikatan termeterai. Tapi, bayang tuan haji pun tak nampak! Yang muncul ialah lelaki pervert tak guna yang menyakitkan hati. Muka boleh tahan hot. Kategori stok sugar daddy idaman dara. Tapi, mulut dia celopar nak mati. Urghhh!!! Seri tak sangka pula lelaki pervert itu adalah pengetua di sekolahnya. Kebetulan yang terlalu menyakitkan! Tapi, kejutan yang paling dahsyat ialah saat dia bertentang mata dengan tuan haji. Rupa-rupanya lelaki pervert tak guna, pengetua sekolah dan tuan haji adalah orang sama. Cikgu Seth Sidhqi namanya. Bila berdua dengannya Seth jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Pening kepalanya nak melawan perangai Seth. Merenyam lain macam. Tapi, tak apalah! Asalkan Seth cuma gatal dengannya seorang. Bak kata orang putih, he's mine!Namun, ada awan hitam memayungi saat mereka asyik melayari bahtera asmara. Tragedi yang menimpa telah merubah Seri sepenuhnya. Rindu dan cinta yang dulunya menjadi nyanyian terindah di bibir mereka berubah menjadi lagu duka. Puas Seth memujuk dan merayu. Namun, ego yang terpalit di hati Seri tetap menggunung. Ego dan degilnya seorang Seri buat Seth rebah di pintu duka. Tapi, Seri adalah bidadarinya. Seth tak ada pilihan. Dia harus kuat. Seth yakin masih ada jalan bahagia untuk mereka kerana Seri satu-satunya cinta yang pernah singgah di hati. Dan, dia yakin cinta di hati Seri juga tak pernah hilang.