Nur Tasnim Shahira mempunyai kehidupan yang diidamkan semua orang. Dia kaya, dia cantik dari kecil, dia ada dua kawan baik yang sangat dia sayang, dia ada suami yang selalu disisi malah bukan suami saja yang menyanyanginya namun seorang kawan lamanya, Ivy turut mencintainya lebih dari kawan. Tasnim tahu itu. Tasnim tahu Ivy sukakan dia kerana Ivy sendiri yang confessed. Namun Tasnim tahu Ivy takkan suruh dia buat benda bukan-bukan kerana Tasnim tahu bertapa Ivy sayangkannya sehingga takut Tasnim akan membencinya. Diantara dua kawan baiknya, Aida dan Ayra, Ivy adalah kawan baiknya yang dia juga sangat-sangat sayang. Namun, dia masih tidak lupa. Dia ada seorang suami yang sangat-sangat baik hati.