Syurga

237 11 3
                                    

Tasnim membetulkan tudungnya dihadapan. Shawl chiffon. Banyak-banyak tudung, dia suka sangat dekat shawl chiffon. Senang nak pakai. Kalau malas pun boleh gantung gitu ajer. Lagipun lagi lawa pakai shawl dari tudung sarung tu.

PAK!

Tasnim berpaling ke kiri dimana suaminya berada. Cawan yang berisi air masak tumpah ke lantai. Tasnim tersenyum manis.

"Apa?"

"Cantik."

"Mengada. Go get ready. Quick. We need to go back to Malaysia today."

"Erm." Amin tunduk kebawah dan angkat cawan plastiknya. Air yang tumpah dia lap pakai tisu dapur lalu berlari anak ke tingkat atas untuk tukar baju.

Tasnim bercekak pinggang. Dia bukan main bersiap, suami dia setakat t-shirt biasa dan seluar pendek je? Pening kepala. Sempat juga Tasnim sentuh kepalanya sendiri. Ni pun dah ada tanda-tanda pening kepala sebab perangai suami.

Loceng bilik dibunyikan. Tasnim berjalan ke pintu. Mujurlah dia selesai pakai shawl ni. Apabila pintu dibuka, Tasnim memberikan satu senyuman mesra kepada wanita dihadapannya.

"Ivy. Yes, Ivy?"

"Cepatlah. Apa yang lama sangat? See? I'm with my luggage already!" Rungut Ivy, menunjukkan luggage miliknya yang besar gedabak. Sempat pula dia sarungkan kaca mata hitam. Di bilik sebelah, kelihatan Aida sedang terlompat-lompat pakai kasut depan pintu. Tasnim ketawa. Comelnya kawan-kawan dia ni rushing nak ke airport.

"Baru pukul berapa. Sabarlah. Sekejap, tunggu big boss."

"Stupid big boss! Tunggu I kahwin nanti lelaki tu bawah kaki I!"

"...I tak boleh letak dia bawah kaki sebab syurga I kat bawah kaki dia."

"Yeke?" Ivy membulat mata. Ayra menolak Aida keluar dari bilik. Dia tarik semua beg baju lalu ditutup pintu perlahan namun masuk balik untuk ambil telefon dan headphone.

Terpaling pelupa, handphone pun boleh tertinggal. Tasnim hanya tersenyum. Setelah sekian lama, akhirnya Amin turun ke bawah dengan dua buah luggage dan 3 totebag. Sedangkan pergi 3 hari je ke  Amsterdam ni. Itu pun penuh tangan dengan beg saja.

"Dah, jom."

Tasnim bawakan satu beg luggage dan satu totebag. Yang lain bagi Amin bawa. Ivy senget kepala. Dahinya berkerut.

"Amin, tunjuk kaki boleh?"

"Huh?" Terpinga-pinga Amin tunjuk tapak kakinya. Bibir Ivy muncung seketika.

"Mana syurga?"

Sampai Aida dan Ayra turut tergelak. Terbahak-bahak mereka gelak sebab benar-benar Ivy mahu cari syurga dibawah tapak kaki Amin. Tasnim memegang tangan Ivy erat dan meletakkan kepalanya dibahu Ivy. Sempat mereka selfie sebelum berjalan ke lif.

"Syurga dibawah tapak kaki bermaksud I kena hormat suami I macammana I hormat ibu bapa I dulu." Jelas Tasnim. Terlepas juga tawa dia. Ivy tersengih. Itu rupanya maksud dia. Manakan dia nak tahu?

"Lah, yeke? Erm, ha! Syurga Aida bawa tapak kaki I!" Ujar Ivy bangga. Aida ketawa lagi. Pipi Ivy ditepuk lembut.

"Alahai comelnya. Dah, jom."

"Okey!"

Amin tersenyum dibelakang sekali. Dah dia seorang je lelaki, kenalah duduk belakang sekali. Kang jalan sebelah Tasnim nampak macam mengada pula.

Tasnim romantik je. Dia boleh je kalau nak peluk dia depan orang tapi tulah. Kalau depan kawan-kawan Tasnim malu kecuali kalau hari bahagia dia iaitu hari perkahwinan ataupun apa-apa majlis yang meraikan sesuatu. Barulah Tasnim boleh bermanja dengan suami.

Atau lagi tepat, di rumah.

Him and Her.Kde žijí příběhy. Začni objevovat