Waldan Hulaif Alfatih seorang jejaka yang baik. Seorang yang faham akan agama. Seorang yang dididik dengan penuh kasih sayang dan diterapkan dengan agama dalam diri. Sudah tentu juga dia mempunyai citarasa untuk memilih seorang perempuan untuk digelar isteri. Tetapi, dia telah memiliu untuk disatukan dengan Khawla Nadeen Elzahra seorang gadis yang liar. Gadis yang sentiasa berfoya-foya dan bebas dikelilingi lelaki. Waldan sendiri tidak pernah terfikir untuk memiliki isteri seperti Khawla. Tetapi, sebaik sahaja terlafaznya ucapan "Aku terima nikahnya." Maka, Waldan juga telah berjanji dengan dirinya untuk mengubah Khawla menjadi seorang isteri yang baik. Dia akan cuba mencintai seorang perempuan yang bernama Khawla Nadeen Elzahra. Cinta mula hadir di dalam hati Waldan apabila dia dan Khawla tinggal dalam satu rumah. Waldan sentiasa sabar akan perangai Khawla yang suka memberontak. Khawla sedikit demi sedikit menerima kehadiran Waldan dalam hidupnya. Dia cuba mencintai Waldan. "Nadeen... Abang tahu. Abang bukan yang terbaik untuk Nadeen. Abang benarkan Nadeen balik ke pangkuan keluarga Nadeen. Abang tak akan lepaskan Nadeen. Tapi, abang nak Nadeen sedar yang abang sentiasa mencintai awak." Dan benarlah... Jika sudah tibanya ajal, apa lagi yang harus kita katakan "Tidak" sedangkan itu ketentuan dariNya. "Tenanglah kau di sana buat pemilik hatiku. Waldan Hulaif. Abang banyak ajar saya erti setia. Seperti nama abang Hulaif. Abang juga ajar saya untuk jadi anak yang baik sama seperti nama abang Waldan dan Alfatih yang bermaksud pembuka. Awak berjaya membuka hati saya. Terima kasih untuk semuanya abang. Ana uhibukka fillah." "Bukan cinta sempurna jika tidak ada pengorbanan." #InkfinityNovellaContest #INC2023 Coverbook by @laurelmedisa Start : 11/2/22 Finish : 12/3/22
16 parts