Cinta? Ada apa dengan cinta? Bagi seorang lelaki bernama Noah Gibran cinta hanyalah membawa malapetaka kepadanya. Tiada apa yang boleh dicapai dengan cinta. Tetapi berbalik pula bagi Seroja Putih yang baginya cinta adalah penyembuh bagi semua luka. "Hei bagilah balik kunci saya tuu!" - Seroja Putih "Alololo ciannya dia tak sampai ye? Dasar pendek!" - Noah Gibran Benarlah kata orang tua-tua dahulu bahawa kalau dah jodoh tak kemana. Disebabkan orang tua mereka berpegang teguh pada janji dan telah mencapai kata sepakat, mereka berdua disatukan. "Kenapa setiap kali saya dirundung masalah, tanpa perlu saya panggil awak ada je untuk lindungi saya..." - Seroja Putih "Kau tu dahlah pendek, kecil macam budak darjah dua kau pergi mana pun aku kenalah ada." - Noah Gibran Tanpa disedari, Seroja telah meleburkan hati kerasnya Noah dengan perspektif cintanya walaupun dia tidak pernah tahu Noah telah lama memendam rasa yang mendalam terhadapnya. "Saya sukakan awak dah lama dah tapi awak je yang tak nampak semua tu!" - Seroja Putih "Aku pun sebenarnya sukakan kau, Seroja. Aku sayangkan kau lebih daripada nyawa aku sendiri. Cuma aku tak tahu macam mana caranya untuk aku bagitahu kau." - Noah Gibran Ingin tahu kisah selanjutnya? Bah sini kamu baca novel coretan saya dalam cerita My Protector Mr. Badboy. #coretan pertama #saya budak baru belajar mengarang novel #still in editing #sangat dilarang keras untuk sebarang aktiviti PLAGIAT!