Seorang budak perempuan yang baru sahaja berpindah ke sekolah baharu atau lebih tepat lagi sekolah milik atuknya, Tengku Abdullah menjadi terkenal apabila dia menunjukkan aksi yang boleh menjatuhkan sesiapa sahaja termasuk geng yang sering membuli dan dibenci. "Ceh! Kuat la sangat! Fariz kau kan ketua pengawas, pergi la halang." -Nina- "Tak nak aku." -Fariz- Pertemuan selepas sesuatu kejadian berlaku menyebabkan Nina takut untuk berjumpa dengan Tengku Muhammad Fariz. "Haa ni anak antie nama dia Fariz." -Tengku Raisyah- "Kitorang dah lama kenal la mummy." -Fariz- "Maaf tapi saya rasa awak salah orang. Saya tak kenal awak." -Diana- "Senang betul kau lupa kan?" -Fariz- Kejadian itu membawa kepada penyatuan mereka. Tapi masjid mana sahaja yang tidak bergoyang? Kedatangan musuhnya di waktu sekolah bersama kembarnya membuatkan pasangan itu tidak gentar. Tetapi kawan sewaktu Fariz kecil, membawa kepada pergaduhan. Namun, apakan daya apabila Tengku Diana kembali bersama dirinya yang dahulu. Semua masalah yang datang bertubi hanya dianggap angin sahaja. Siapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Diana? Dia la permata hati kepada suaminya Tengku Muhammad Fariz. Apakah yang akan terjadi kepada hidup mereka? Adakah berkahir dengan bahagia atau kesedihan?