Dalia Imani, dengar sahaja nama dia pasti lelaki bernama Syafri Izwan akan mengelak dari dia. Entah apa si Dalia buat sehinggakan Syafri tak berminat dengan dia. Dalia lawa, Dalia cantik, Dalia comel! Semua Dalia ada. Tapi kenapa Syafri Izwan tak suka Dalia?! Dalia juga suka ais krim vanila! Semua kenalan dia sayangkan Dalia kecuali Syafri Izwan! Dalia suka Syafri. Syafri Izwan iaitu lelaki yang tak suka berkait dengan perempuan. Kehadiran Dalia membuatkan hidupnya menjadi huru-hara. Dimana-mana dia ada pasti si Dalia muncul. Bak kata Dalia ini adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. "Awak nak apa Dalia?" "Nak awak!" Syafri penat melayan karenah Dalia Imani yang mengada-ngada inginkan perhatiannya. Sebuah perjanjian dibina oleh Dalia. Dengan syarat, Syafri perlu akur arahan Dalia selama sebulan. "Sebulan je, untuk saya pikat awak. Kalau awak masih tak suka saya. Saya takkan kacau awak." "Ok fine." Dalia nekad untuk memikat hati batu Syafri. Disebalik sikap Syafri Izwan yang dingin. Ada rahsia yang belum terbongkar.