"Saya akan pastikan Park Jimin akan menjadi milik saya sepenuhnya suatu hari nanti..." Taehyung berkata dengan sangat yakin ia seperti dia benar-benar tidak bergurau dengan setiap perkataan yang dilontarkan olehnya. "Awak memang sudah gila dan lebih baik awak berhenti berharap akan mendapat Jimin sebab selama-lamanya Jimin tidak akan pernah mungkin akan mencintai awak ataupun bersama dengan awak, Kim Taehyung." Kata kawan baik Taehyung iaitu Ryujin. Ryujin hanya tidak mahu Taehyung terus menerus berharap kepada seorang lelaki yang langsung tidak pernah menghargainya dan dia hanya mahu melindungi kawan baiknya daripada terluka. Tetapi Ryujin tahu Kim Taehyung tetaplah Kim Taehyung dan dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkan kekasih hatinya walaupun dia perlu melampaui batas. Ini adalah kisah bagaimana sukarnya untuk Kim Taehyung mendapatkan seorang lelaki bernama Park Jimin yang menjadi kegilaan ramai orang. Adakah Taehyung akan berjaya membawa cintanya bersama dengannya? MinV Park Jimin - Top Kim Taehyung - Bottom