(Kemaskini setiap Ahad) Dunia Suppertide terbahagi kepada beberapa seksyen. Setiap seksyen mempunyai peranan masyarakat tertentu. Suatu pandemik misteri telah menyebabkan saintis-saintis berusaha untuk mencari vaksin untuk menyelamatkan penduduknya. Kisah ini bermula apabila seorang kanak-kanak dijangkiti virus dan perlu diselamatkan. Namun, sejarah lampau dan strata yang berbeza menyebabkan perkara ini tidak mungkin berlaku. Penduduk kampung bergantung harapan kepada seorang pemuda yang hadir di kampung mereka, yang juga mungkin memegang kunci penyelesaian kepada masalah dunia itu. Nota penulis: Idea ini tercetus sejak tahun 2003 melalui perbualan kosong bersama rakan-rakan yang ketika itu ingin membuat drama untuk Bulan Sains. Selamat membaca dan sila tinggalkan komen untuk membantu saya memperbaiki penulisan ini. Terima kasih!