Discontinued Sinopsis Ketika Aden berusia 15 tahun dia mengenali seorang perempuan yang sangat baik bernama Salwa. Gadis itu merupakan cinta pertamanya. Mereka berkawan lama sehingga masing-masing mempunyai pekerjaan sendiri. Aden kemudiannya melamar Salwa. Lamaran diterima dan dia gembira. Namun hakikatnya sejam sebelum majlis akad nikah berlansung Salwa mengkhianatinya. Dia pergi meninggalkan Ziqri Aden. Dia pergi buat selamanya kerana dia dan keluarganya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak ke masjid di mana majlis akad nikah mereka bakal berlangsung. Elizaberth Clara pula telah melarikan diri sehingga ke Malaysia hanya kerana seorang lelaki yang dia terlalu sayang. Iaitu Eric. Lelaki itu telah pergi buat selamanya dalam keadaan yang dia tidak pernah sangka. Selepas pemergiannya Clara berpindah ke Malaysia. Dia berharap sekiranya dia lari jauh untuk melupakan lelaki itu dia dapat ketenangan. Namun sebaliknya tidak. Dia dan Aden bertemu tanpa dirancang. Aden tak sengaja terlanggarnya lalu menjatuhkan satu-satunya barang peninggalan Eric buat Clara menyebabkan cincin itu hilang. Sejak dari peristiwa itu dia dan Aden sering terserempak. Sekiranya mereka terserempak pasti tiada beza seperti anjing dan kucing yang sedang bergaduh. Ada sahaja benda yang salah sorang dari mereka tidak berpuas hati berlaku. Siapa sangka pertemuan mereka berdua itu telah mendatangkan perasaan dalam diri Aden. Namun ketika dia ingin meluahkan kepada Clara gadis inggeris itu pergi secara tiba-tiba. Tanpa khabar berita. Apakah punca gadis itu pergi begitu sahaja dan mampukah Aden menjumpai dan meluahkan perasaannya? S T A R T : OLD VERSION : 02/10/2020 NEW VERSION : 01/02/2022 E N D : ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠